16 December 2011

di Mcburney's point ada peringatan tuhan

salam.

lama gila takda entri kat blog ni. so den nak ambik sikit masa untuk menulis pasal satu benda yang nampak remeh tapi selalu sangat terjadi sebenarnya.

appendicitis.
inflammation of appendix.

appendix ni satu benda alah dekat area usus besar. setakat ni function dia masih di luar pengetahuan manusia, hanya Allah je yang tahu.

jadi apa yang spesel sangat dengan appendix ni?
appendicitis ni, kalau kena, sakit merana dia tuhan je tau. duduk serba tak kena, baring sakit, duduk pun sakit, diri lagi la tak larat. selalunya bila dapat tau tu appendicitis, memang dah tak sempat nak buat apa, tinggal nak bedah jela.

simptom
tiba-tiba rasa sakit kat area perut (mid-abdomen) dekat area yg doktor panggil Mcburney's point.
tanda-tanda dia ada banyak, so boleh la google sendiri ye.



cause
aku tak berapa nak sure. kalau kita google, ada banyak fakta boleh kita jumpa. makan pedas, bijik jambu batulah bagai, tapi yang surenya, apabila appendix ni tersumbat dan mula membengkak. kalau teruk gila, boleh meletup woo. dahsyat.

solution
selalunya kalau dah tau ada appendicitis ni, takda cara lain dah. memang bedah la biasanya. but do not worry, itu hanya minor surgery dan kalau buang pun appendix tu, takda apa effect pun setakat ni (yang manusia tau).

dan benda ni buat aku tertanya-tanya, kenapa ada appendix kalau hanya akan membuat kita sakit, dan takda function pun even kalau kita buang?

Allahu Allah.
kita seakan lupa bahawa tuhan yang mencipta kita itu Maha Bijaksana bila kita kata begitu.  setiap apa yang Allah jadikan itu ada hikmahnya yang tersendiri.
cuba fikir balik, kalau kita tahu appendicitis ni sakit, kita akan jaga makan minum kita. dan menjaga makan minum kita pun satu tuntutan dalam Islam. yelah, bayang cemana nak pegi keja jaga keluarga kalau badan kita sakit terbaring je kan?
dan buat yang kena pulak, itu adalah satu peringatan. bahawa makan itu berpada-pada. bila kita tak jaga makan, ha nah, ini padahnya. sakit kan. so harapnya lepas itu kita akan jaga makanlah supaya lepas ni takda masalah kat benda yang lagi penting macam kidney, liver atau colon sendiri. cuba kalau pemakanan kita efek organ2 penting tu? masa tu takda guna dah menyesal. masa ni lah kita nak ingat awal-awal.

dan benda ni jugak buat aku teringat satu hadis yang pernah belajar waktu sekolah dulu,

“Ada dua kenikmatan yang manusia selalu terlalai, iaitu kesihatan dan waktu lapang.”
(HR. Al-Bukhari no. 6412)

dan Allah beri kita satu warning sign, iaitu appendix.
dan kata manusia pula, appendix tiada fungsinya.

betapa Allah lebih tahu daripada hamba-hambaNya.

so folks, jom jaga kesihatan kita! nak buat ibadah pun senang dan tak terhalang
(if you know what i mean~)


yikes!

wallahua'lam.

(sumber dari wikipedia dan kelas anatomy dulu.)



Share |

09 November 2011

Seksualiti itu tidak merdeka











Manusia bermula dengan Adam dan Hawa. Itu yang jadi kepercayaan orang Islam dan juga penganut agama Nasrani, melainkan kalau korang berpegang dengan Teori Darwin yang mengatakan manusia sekarang berevolusi daripada spesis lain atas konsep survival of the fittest.

Kaum dari leluhur Adam dinamakan lelaki. Daripada leluhur Hawa pulak dinamakan perempuan. Lelaki ada sebatang zakar, sepasang testis, kelenjar prostat, uretra dan kepala takuk yang menjadikan ciri jantina mereka lelaki. Perempuan pulak ada vagina, labia majora, bijik kelentit, uterus, ovari dan selaput dara yang menjadikan ciri jantina mereka sebagai perempuan.

Zakar dan vagina bila bertemu pada saat libido bergelora di kalangan lelaki dan perempuan, antara fungsi utamanya adalah untuk tujuan pembiakan. Untuk membiak, sperma daripada lelaki perlu bercantum dengan ovum daripada perempuan, daripada hasil percantuman tu akan membentuk zygote yang kemudian berkembang menjadi blastocyst, dan seterusnya melalui proses mitosis, pembentukan neural plate dan neural tube..akhirnya susuk manusia pun terbentuk dengan izin Tuhan yang Maha Pencipta.

Itu dari segi adatnya lah. Tapi ada jugak makhluk bernama manusia ni yang suka buat perangai buruk yang lebih jahanam daripada syaitan & iblis. Ada yang memasukkan zakar mereka ke dalam rektum. Ada yang memuaskan nafsu dengan cara menggunakan dildo. Ada yang buah zakar dan testes, lepas tu buat vagina tiruan.

Kemudian mereka-mereka yang melakukan perbuatan seks luar tabi'i ni meminta supaya manusia lain memahami dorang. Sebab naluri dorang memang dah macam tu. Sebab dorang keliru dengan diri dorang dan akhirnya dorang ambik keputusan memilih jalan hidup macam tu - sebab itulah diri dorang sendiri. Dorang cakap laa...

Manusia dilahirkan dengan fitrah. Fitrah manusia berkenaan dengan seks & pembiakan - yang lelaki akan bersatu dengan perempuan untuk membiak, untuk melepaskan rindu dendam syahwat. Batang zakar bukannya untuk dimasukkan ke dalam rektum manusia, rektum haiwan mahupun ke dalam rongga jenazah.

Secara personal, berdasarkan logik akal, pengetahuan, fitrah dan pegangan akidah aku - secara total aku menolak homoseksual, serupa macam aku menolak zoophilia, necrophilia, incest (sumbang mahram, kalau korang tak faham bahasa orang England) dan sadism & masochism.

Seksualiti itu ada lorongnya. Bukan sesuatu yang merdeka untuk diredah membabi buta sesuka hati.

Nota: Sebelum tahun 1973, homoseksual dikategorikan sebagai salah satu gangguan mental di dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatrik Amerika iaitu Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders.


Share |

20 October 2011

Unit SI

Dalam kehidupan seharian, aku rasa kita semua familiar dengan unit ukuran. Sebagai contoh, kalau korang pergi beli kain untuk buat baju, selalunya mesti tauke kedai tanya, "Nak beli berapa meter?". Kalau korang pergi ke pasar nk beli ikan, kebanyakan ikan dijual berdasarkan berat, contoh RM 14 untuk 1 kilogram.

...............................

Korang tak pernah pergi beli kain, atau beli ikan?? Kesian, takziah kepada golongan2 seperti korang. Ok la, kat sekolah mesti korang belajar pasal nak kira luas segiempat, segitiga, bulatan. Nak buat pengiraan tu mesti ada unit ukuran, contoh kalau korang nak kira luas segiempat sama, panjang setiap sisi tu kena tau la berapa panjang dia, 1 cm ke, 1 meter ke, 10 kilometer ke. Jadi centimeter, meter dan kilometer tu merupakan unit ukuran untuk mengukur panjang, atau pun jarak di antara dua titik. Kalau kilogram pulak, guna dia untuk mengukur jisim. Jisim ok, bukan berat. Berat tu dalam istilah sains sama dengan jisim darab pecutan graviti. Berat manusia kat bumi tak sama dengan berat manusia yang sama bila berada di bulan, sebab pecutan graviti di bulan berbeza dengan kat bumi.

Kalau zaman dahulu kala, masyarakat Melayu sebagai contoh, tak gunakan istilah meter, kilogram dan sebagainya untuk mengukur sesuatu. Dorang ada cara sendiri la nak membuat pengukuran; kalau korang pernah dengar istilah hasta, jengkal, rantai, tu semua ialah unit ukuran masyarakat Melayu pada masa dulu. Orang British pun sama jugak, dorang ada sistem pengiraan dorang sendiri. Feet, Inches, Yard, tu yang orang British punya style.

Bila setiap negeri, negara ada sistem pengukuran masing2, maka susah la nak berurusan. Contohnya katakan Hang Jebat pergi England, jumpa pulak kain ainul-lil-banat yang cun, pastu dia cakap kat tuan kedai, "Sir, can I have this cloth, give me 5 hasta" maka tuan kedai pun mesti la pelik, mungkin tuan kedai jaab "Ambo tok jual paka hasta boh, demo nok beli berapo ela (yard = ela (bahasa Melayu) ?". So dah jadi problem.

Jadi untuk menyeragamkan sistem pengukuran antarabangsa, maka diadakan persidangan di Perancis sekitar tahun 1960. Lepas berbincang, dorang pun sepakat menyeragamkan unit pengukuran yang kemudian dinamakan sebagai SI unit. SI = Systeme Internationale, ni bahasa Perancis.

Ada beberapa kuantiti pengukuran yang diseragamkan, yang paling pentingnya dan yang korang belajar kat sekolah kalau tak silap aku; panjang, jisim, masa, arus elektrik dan suhu. Unit SI bagi panjang ialah meter, jisim = kilogram, masa = saat, arus elektrik = Ampere, suhu = Kelvin. Jadi bila saintis-saintis di seluruh dunia tulis article untuk diterbitkan dalm majalah saintifik iaitu journal, bagi sebarang unit pengukuran, pengiraan akan ditunjukkan dalam unit SI. Jadi perkara ni bukan saja memudahkan urusan kat seluruh dunia, malah mengelakkan salah faham. Bayangkan kalau korang pergi kat highway negeri China, kalau dibuatnya negara tu tak guna ukuran kilometer untuk ukur jarak jalan raya, tak ke haru korang nanti nak mengagak jarak perjalanan? 

Tiap kali aku bagi assignment mesti takde orang nak buat. Tapi lantak korang la, nak buat ke tak itu korang punya pasal. Kalau korang rajin, cuba korang cari definisi untuk setiap unit ukuran ni:

a) 1 meter
b) 1 kilogram
c) 1 saat
d) 1 Ampere
e) 1 Kelvin

1 meter tu macam mana definisi 1 meter yang tepat, adakah 1 meter tu bersamaan dengan panjang keris Taming Sari, adakah 1 meter tu bersamaan dengan panjang 20 batang rokok Dunhill yang disambung berterusan? 1 Kelvin tu apa definisi dia, adakah 1 Kelvin bersamaan dengan suhu bawah Jurang Mariana, atau suhu kat bawah laut Kutub utara ke? Cari cari..



Share |

06 October 2011

Airmata Bawang

kenapa kita akan menangis bila memotong bawang?

jawapan ringkasnya, kita menangis kerana apabila memotong bawang akan membebaskan enzim yang bergabung dengan molekul lain, menukarkan sebatian sulfur di dalam bawang kepada molekul yang menghasilkan bau yang kuat. badan akan bertindak balas dengan menghasilkan airmata untuk mengelakkan kimia yang tidak elok itu daripada memasuki mata. penukaran itu mengambil masa lebih kurang 30 saat dari mula bawang itu dipotong, dan semuanya akan selesai selepas 5 minit anda memotong bawang, melainkan kalau anda potong bawang yang lain.

ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memanstikan tidak terlalu banyak molekul yang busuk dan memedihkan ini sampai ke mata. kimia itu larut dalam air, maknanya jika bawang dipotong sambil dilakukan di bawah air yang mengalir, kimia itu akan dialirkan. dengan cara ini, tidak terlalu banyak kimia itu naik ke udara dan menyebabkan orang menangis.

lain-lain idea yang baik ialah dengan memanaskan atau membekukan bawang untuk memperlahankan tindak balas antara sebatian sulfur dan enzim, memotong dengan cepat ataupun gunakan kipas untuk menolak kimia itu ke tempat lain. maka, sesiapa yang ada masalah dengan bawang, selepas ni bolehlah praktikkan cara-cara ini untuk mengurangkan pedih mata.


jenis bawang yang berlainan mengandungi jumlah dan jenis sulfur yang berlainan. sesetengahnya lebih keras, dan sesetengahnya tidak. bawang yang lebih banyak kandungan airnya cenderung untuk mempunyai sulfur yang lebih berbanding yang lain, sebagai contoh, bawang besar lebih banyak gasnya berbanding bawang putih. walaupun pedihnya mata kerana bawang, tahukah anda bawang itu mempunyai banyak nutrien termasuk vitamin B, dan C, temasuklah bertindak sebagai anti radang dan anti alergi.

aku sangat menggemari bawang goreng. selalunya aku akan meratah bawang goreng sebab bawang goreng tu snek yang lazat. haha. walau bagaimanapun, aku tetap alah dengan bawang kerana gasnya tu mampu buat kulit muka aku menjadi gatal-gatal dan ditumbuhi jerawat air berbau bawang. mungkin kulit aku alah dengan sulfur. tapi bagaimanapun selalunya aku akan kupas bawang yang telah disejukbekukan di dalam peti ais terlebih dahulu. jadi tak ada masalah sangat gatal-gatal tu.


Share |

13 September 2011

Kolesterol dan statin

Lemak, atau dalam bahasa saintifiknya lipid merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan sel dalam badan manusia. Tapi lemak yang berlebihan boleh memudaratkan tubuh badan. Lemak yang diserap daripada makanan akan diproses menjadi kolesterol, dan kolesterol akan diubahsuai untuk menjadi larut dalam darah lalu diangkut dalam salur darah dalam bentuk lipoprotein. Salur darah manusia yang terdiri daripada lapisan sel yang nipis boleh tersumbat sekiranya lipoprotein terlalu banyak dalam aliran darah.

Dalam perubatan moden, masalah hypercholesterolemia atau pun masalah tinggi kolesterol dalam darah boleh diatasi dengan menggunakan ubat yang dinamakan statin. Statin bertindak merencatkan penghasilan kolesterol, dan seterusnya menurunkan tahap lipoprotein dalam darah. Hasilnya, risiko salur darah tersumbat akibat kolesterol akan menurun. Terdapat beberapa jenis ubat dari kumpulan statin yang digunakan di hospital dan dijual di farmasi sebagai contoh Lovastatin, Simvastatin, Atorvastatin, Rosuvastatin dan Pravastatin. Ubat-ubatan statin perlu dimakan pada waktu malam iaitu sebelum tidur kerana hati (liver) manusia menghasilkan kolesterol secara aktif pada waktu malam, ketika proses penyerapan makanan dah lengkap atau tak berlaku pada waktu tu. 

Ada satu jenis statin, iaitu Lovastatin boleh didapati daripada bahan makanan seharian kita, iaitu cendawan tiram dan juga beras merah (red yeast rice). 



Cendawan tiram mengandungi sehingga 2.8% kandungan lovastatin, manakala beras merah pernah satu ketika dulu dikawal penjualannya oleh US FDA atas faktor kandungan lovastatin dalam beras tersebut, yang pada ketika tu lovastatin merupakan ubat terkawal yang memerlukan preskripsi daripada doktor. Beberapa kajian klinikal dan juga meta analisis yang dijalankan oleh saintis mendapati beras merah secara signifikan, dapat menurunkan tahap kolesterol dalam darah sehingga 35% dan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 45%.

Walaubagaimanapun, kalau dibandingkan lovastatin dengan statin yang lain, kesan lovastatin ni yang paling low impact la berbanding atorvastatin, simvastatin dan pravastatin. Kesan lovastatin pun ambik masa lama, lebih kurang 12 minggu baru nampak kesan. Dan satu lagi nak diingatkan, kalau korang nak mula makan cendawan tiram dan beras merah untuk jaga kesihatan tu memang perkara yang baik, tapi kedua-dua makanan ni tak boleh digunakan untuk menggantikan ubat statin yang dah diarahkan oleh doktor untuk dimakan. Tak boleh la bila dah makan simvastatin atau atorvastatin kemudian tiba-tiba stop, start makan cendawan dan beras merah. Berhenti makan ubat secara tiba-tiba boleh menjejaskan rawatan dan menyukarkan doktor untuk mengoptimumkan rawatan pada masa akan datang.



Share |

10 September 2011

Pulau

Malas nak menulis, so baca la komik ni. Lepas baca, sila bagi komen dan bagitau apa yang korang belajar daripada cerita ni.




Share |

23 August 2011

Menghasilkan Tenaga Elektrik


Kadang-kadang aku sering berfikir tentang perkara ini. Perkara asas dalam kehidupan manusia selain daripada air. Lain tak bukan, elektrik. Betapa pentingnya elektrik kepada manusia pada zaman sekarang amatlah tak dinafikan sehinggakan pada waktu sekarang pun kita membaca Pseudosains dengan menggunakan tenaga elektrik. Ye lah, kamu fikir laptop kamu boleh berfungsi dengan air liur? 

Apakah itu elektrik? Aku rasa, aku tak perlu menjelaskannya dengan secara panjang lebar. Kamu boleh membaca hal ehwal elektrik ini di dalam buku ataupun search saja di laman web. Pasti yang kamu akan baca, dan pelajari adalah mengenai elektro-statik, gosok benda dengan kain berbulu, petir, atom-atom elektron, sejarah elektrik, faraday, tesla, unit SI, ampere, cas, arus, medan, tenaga, keupayaan dan sebagainya.


Ya, cuma aku lihat. Ada satu kekurangan sepanjang aku sendiri mempelajari mengenai elektrik. Sampai sekarang, kalau diminta untuk hasilkan elektrik. Elektrik asas. Aku rasa belum tentu semua orang boleh menciptanya.

Kan?

Andaikata kalau kamu keseorangan di muka bumi. Kamu hendak menghasilkan elektrik. Bateri tiada, generator tiada. Apakah perkara asas yang perlu kamu buat untuk hasilkan tenaga elektrik? Supaya kamu boleh menghasilkan cahaya contohnya. 


Caranya sedikit sukar dan agak kuno. Kamu perlukan air dan arus air. Bina kincir air. Pastikan kincir air itu bergerak. Buat satu rotor dan turbin pada kincir air yang akan menghasilkan daya. Iaini akan menghasilkan tenaga kinetik. Kemudian, perkara asas dalam menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik ialah membina sebuah dinamo. Membina dinamo, bermakna kamu perlu ada magnet, koil, wayar, dan kalau lebih kehadapan, buat satu solenoid. Asalkan, kita mahu terhasilnya pergerakkan magnet yang akan menghasilkan cas elektrik. Pergerakkan magnet itu digerakkan oleh rotor yang kita bina pada kincir air tadi. Cas elektrik itu kemudian ditukar kepada bentuk arus. Buatlah satu wayar, maka terhasilah punca tenaga elektrik kamu. 


Sebanyak mana watt elektrik yang terhasil, itu bergantung kepada selaju mana pergerakkan batang magnet atau pusingan magnet yang terhasil dalam dinamo. Magnetik fluks. Atau lebih mudah, selaju mana kincir air itu berfungsi lagi banyaklah watt terhasil kerana fluks magnetik yang tercipta bergantung kepada pergerakkan magnetik menghasilkan cas. Tapi, mungkin tak banyak watt yang terhasil dari kelajuan kincir air. Ok, mungkin dengan tenaga elektrik yang kita dapat tadi, kita boleh buat sebuah rotor baru yang akan bergerak lebih laju dari kincir air. Kemudian rotor yang baru itu pasti akan menghasilkan daya kinetik yang lebih laju untuk menghasilkan watt elektrik yang lebih banyak. Kan? Yelah, pandai ke kita nak bina sebuah transformer pula? Hihi.


Ok, itu saja input ringkas aku. Chalo.


p/s : Oh, boleh juga kalau ambil dinamo terpakai dari basikal. Tapi, penat jugalah nak mengayuh lagi-lagi time bulan Ramadhan. Ye dak?



Share |

20 August 2011

berak pun nikmat

salam.

berak ni satu proses yang perlu. kalau tak, nak buang cemana bahan kumbahan kita, kan? lainlah kalau kat syurga, tak payah berak.

tempat buang air kecil dan besar dikawal oleh dua sphincter, internal dan external. internal adalah involuntary, bermakna tidak dikawal dengan kehendak. kalau takut, rasa nak terkencing, mana oleh tahan, kan? macam tu kot.
tapi alhamdulillah, external sphincter kita lebih superficial, yang mana dikawal secara voluntary, yang akan mengelakkan kita dari terkencing dan terberak tanpa sengaja.
tapi kenapa masa kecik kita selalu terkencing masa tidur? hurm. betul jugak. mungkin otak kita masih belum dilatih betul-betul untuk memberi arahan. tapi, tengok. bila kita dah besar. mana ada kencing dah masam tidur, kan? pernah sekali aku mimpi kencing kat tandas awam, tapi tak lega-lega. rupa-rupanya mimpi. dan lagi lega sebab aku tak kencing betu-betul. fuh. mungkin kat sinilah waktu bila external sphincter betul-betul berfungsi.



internal dan external sphincter ni kewujudannya nampak remeh. tapi sebenarnya besar. bayangkan kalau rectal nerve (nerve yang kawal external sphincter kalau tak silap. kalau silap, sori) tidak dapat menghantar isyarat dengan baik, macam mana kita nak kawal proses kumbahan dengan baik, kan? ada kawan aku, pakcik dia menghadapi masalah ni.

dan alhamdulillah aku rasa, kita diberi nikmat ini. nampak kecil, tapi impaknya besar.

sekarang, sebelum habis,
jom sama-sama berlatih, betul tak external sphincter ni voluntary?
(kemut-kemut)



Share |

18 August 2011

Intelligent Design

Intelligent Design (ID) atau nama yang tidak terkenal, teori reka bentuk pintar adalah ceruk Pseudosains yang merupakan teori yang diuji secara empirikal dengan mengatakan alam semula jadi menunjukkan tanda-tanda ia telah direka dengan sebab-musabab yang kukuh dan pintar di mana ciri-ciri pada benda hidup lebih dijelaskan dengan logik dan sebab yang pintar berbanding meletakkan proses itu sebagai sebuah proses yang beridir sendiri dan tidak dikawal.

Idea utama teori reka bentuk pintar ini adalah reka bentuk boleh dikedan secara empirikal seperti mana reka bentuk pada objek buatan manusia yang terang-terangan, tiada kontroversi, dan intuitif. Dengan merujuk kepada asal-usul dan pembangunan sistem kosmologi dan biologi, teori reka bentuk pintar mengetengahkan prinsip-prinsip yang sama dalam rekaan semula jadi. 

Dalam pengertian yang lebih luas, teori reka bentuk pintar secara mudahnya adalah sains kepada pengesanan reka bentuk  dalam mengenal corak yang disusun oleh penyebab musabab yang bijak untuk tujuan tertentu. Pengesanan reka bentuk digunakan dalam beberapa bidang saintifik termasuk antropologi, arkeologi, sains forensik, criptanalisis dan termasuk pencarian untuk kecerdasan ekstraterrestrial (SETI). Seperti mana teori asal-usul yang lain, teori reka bentuk pintar sangat kontroversi dari segi saintifik dan agama. 



Rujukan lebih di sini: Conservapedia, IntelligentDesign, ActionBioscience


Share |

13 August 2011

Circadian Rhythm, Biological Clock dan Sleep-Wake cycle.

Salam alaik.

Badek akan pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas dengan menaiki pesawat pada jam 1.30 petang waktu Egypt. Dijangka Badek akan sampai pada jam 9.40 pagi waktu Malaysia keesokan harinya. Beza jam antara Egypt dan Malaysia adalah lewat 6 jam. Bayangkan sewaktu Badek tiba di KLIA, sepatutnya jam 3.40 pagi di Egypt, Badek sepatutnya masih lena diulit mimpi bersama Cleopatra, malangnya Badek bakal menghadapi waktu siang yang lebih panjang, *bermakna penerimaan cahaya matahari yang lebih lama*.

Kesimpulannya demi adjust balik badan Badek dengan kondisi dan perbezaan waktu di Malaysia (Badek will suffer from JETLAG), Badek mungkin akan tidur sehari dua dan kembali beraktiviti seperti biasa, mengikut jam Malaysia. Biological clock tubuh Badek sudah terganggu. Sudah tiga tahun lamanya Badek tinggal di Egypt, mampukah Badek perbetulkan biological clock tubuhnya? Jawapannya, Badek mesti boleh!


Jadual Circadian-biological clock seorang manusia.

Biological clock adalah sebuah mekanisma dalam badan yang akan mengawal segala aktiviti atau fungsi dalam badan secara berjadual. Seperti contoh ritma tidur, kadar metabolisma dan juga fotosintesis. Semua makhluk tuhan tidak terhad pada manusia sahaja mempunyai biological mereka sendiri. BC dizahirkan dalam bentuk grouping cell.

Ada seorang hamba Allah ni masa aku di zaman asrama dulu tiap kali pukul 3 pagi mesti gerak aku temankan beliau pergi toilet, buang air kecil. Mak beliau syak yang beliau kena buatan jin. Sejak aku pujuk beliau ke toilet sebelum tidur dalam jam 11 malam, beliau tidak lagi rasa nak buang air kecil jam 3 pagi. BC beliau sudah di-alter supaya mengikut habit dan kawalan yang baharu. Bukan sebab jin mahupon penunggu toilet. Jadi sama kes seperti Badek yang jetlag. Badek hanya perlu aturkan semula jadual tidurnya sebaik sahaja sampai di Malaysia nanti.

Circadian Rhythm ("circadian" datang dari ayat latin bermaksud "around", dan diem atau dies, bermaksud "day") pula berkait rapat dengan Biological Clock (BC). BC akan mendorong satu proses baru bernama Circadian Rhythm. Master clock dalam otak pula akan mengawal Circadian Rhythm ini. Suprachiasmatic nucleus (SCN atau master clock), kumpulan nerve cell yang terletak di hypothalamus (bahagian otak berdekatan dgn saraf mata). Circadian Rhythm mengawal sleep-wake cycles, pengeluaran hormon, suhu badan dan lain lain fungsi badan.


Bagaimana Circadian rhythm mempengaruhi tidur anda?
SCN akan mengawal pengeluaran hormon tidur, melatonin. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan mata, SCN akan menerima infomasi tentang kehadiran cahaya. Jika penerimaan cahaya banyak (siang) lantas pengeluaran melatonin akan berkurangan, lantas membuat anda terjaga dan tak mahu tidur. Dan jika penerimaan cahaya sedikit (malam) pengeluaran melatonin banyak, anda akan rasa mengantuk..

Bila pagi menjelma paras melatonin akan jatuh kembali, badan akan lebih rasa segar dan anda tidak lagi rasa mengantuk. Di sini suhu badan memainkan peranan, bila suhu badan naik, paras melatonin turun juga vice versa. Jadi tidak hairanlah kalau waktu musim sejuk, walaupon matahari mencanak atas kepala tapi suhu badan masih sejuk anda tetap rasa mengantuk.

Apa terjadi bila Circadian Rhythm ini terganggu di sebabkan oleh kerja malam atau pon jegil mata tengok wrestling? Insomnia akan berlaku. Bila payah nak tidur, sistem organ dalam tubuh turut akan terganggu.

Video Rhythm and Snooze -- Circadian Genes (link) akan menjawab macam mana manusia boleh kaji Circadian Rhythm dan boleh terangkan hal ni lebih mendalam. Interesting tho. Boleh berkongsi dengan students or makwe sebelah rumah. Oh ya sebelum terlupa, bulan Ramadhan ni amalkan gaya hidup yang sihat. Peace.

Saja-saja nak tanya:  Bagaimana orang yang tinggal di Alaska misalnya yang mengahadapi almost 24 hour of sunlight mengawal jadual tidur mereka? CR mereka terganggu tak? Share pandangan kamu ya.




Share |

12 August 2011

Sains dalam Fiksyen Harry Potter karya J. K. Rowling

Karya bersiri J. K. Rowling ini pernah memenangi Anugerah Hugo (Anugerah Fiksyen Sains Sedunia) pada tahun 2000 dan 2001 walaupun garapan mistik dan magis ketara dalam jalan penceritaannya. Gaya penceritaan J. K. Rowling mempengaruhi ramai kanak-kanak, tak terkecuali remaja dan dewasa yang menggemarinya. Modus operandinya yang bertunjangkan sekolah magis yang mempunyai pentadbiran sendiri, permainan sendiri dan sistem teknologi sendiri menyerlahkan garapan sains yang difantasikan.

Permainan ahlul magis dunia Harry Potter yang dipanggil Quidditch menyerupai permainan tradisional Mesoamerican, Tlatchtli. Tiang gol untuk Quidditch ada 3 tiang yang terpacak di bahagian masing-masing manakala gol untuk pemainan tradisional, diletakkan di tepi dinding di mana ia berunsurkan ritual.

Marauder's Map yang terkenal dalam siri Harry Potter, digunakan oleh watak utama untuk pergi ke destinasi tertentu dalam sekolah ahlul magis Hogwarts, berfungsi sebagai sistem GPS yang turut mengesan kehadiran manusia lain mengikut kegunaannya.  

Subjek-subjek yang terdapat dalam silibus sekolah ahlul magis ini memimikkan subjek realiti seperti Potion = Kimia dan Herbology = Ethnobotani misalnya. Jurnalis kolum Sains yang ternama, Roger Highfield, turut mengakui pencampuran antara magis dan sains yang terdapat dalam siri terkenal ini. 

Dalam beberapa babak dalam siri ini, ada satu jampi serapah yang digunakan dalam memadam memori yang mahu dipadamkan iaitu 'Obliviate'. Dalam dunia sains, pil amnesia mengaplikasikan fungsi yang sama dengan melembapkan memori tetapi tidak khusus kepada memori yang mahu dipadam. Boleh jadi dunia sains yang berkembang pesat ini dapat menghasilkan sebuah pemadam memori yang lebih khusus. Ada satu kajian yang dilakukan di State University of New York oleh Dr Fenton dan kumpulannya di mana mereka membuktikan memadam memori adalah fakta sains. Molekul yang dikenali sebagai 'protein kinase M zeta' yang mengekalkan memori jangka panjang dengan menguatkan titik selektif dalam perhubungan di antara sel otak yang turut dikenali sebagai proses menyimpan maklumat. Dr Fenton, yang mengambil inspirasi dari kisah Harry Potter ini dalam usaha mencari solusi dalam memadam memori secara khusus dalam merawat gangguan yang terhasil dalam tekanan pos-traumatik, sakit neuropatik dan epilepsi.

Jubah halimunan dalam karya J.K Rawling ini mendapat perhatian daripada Sir John Pendry di Imperial College London dan rakan sekerja di Amerika menunjukkan bagaimana peranti cloaking(stealth technology) boleh berfungsi dengan membuat gelombang cahaya di sekitar objek seperti aliran sungai yang tidak terganggu di seluruh permukaan batu yang licin. Pada dasarnya, jubah halimunan boleh dijadikan kenyataan dengan menggunakan metamaterial di mana ia  boleh digunakan untuk mengubah cara mereka berinteraksi dengan gelombang cahaya dengan memanipulasikan struktur atom.

Bagi mereka yang pernah menonton atau membaca siri ini, pasti akan teringat babak Gilderoy Lockhart yang menghilangkan tulang lengan Harry yang patah, lalu Madam Pomfrey memberikan Harry posyen Skele-Gro untuk menumbuhkan kembali tulang lengannya. Para penyelidik berusaha keras mencari cara-cara untuk menumbuhkan semula jari mahu pun sendi. Professor Ellen Heber-Katz, daripada Institut Wistar, Philadelphia, melakukan penyelidikan dalam sistem imun mendapati tikus yang ditebuk telinganya dan kemudian disuntik dengan sejenis ubat, ia kembali normal secara biasa lebih cepat berbanding tanpa ubat yang mereka hasilkan.

Banyak lagi penyelidikan yang diinspirasikan daripada siri Harry Potter ini termasuklah penyapu magis, lilin tergantung di Dewan Besar Hogwarts, motosikal terbang, anjing Fluffy yang berkepala tiga dan lain-lain. Tidak mustahil dunia kita masa akan datang nanti akan menjadi realiti hasil inspirasi siri Harry Potter walau sedikit pun jika kajian dilakukan secara berterusan dalam bidang-bidang yang masih relevan dengan kajian Sains.

Sumber: Telegraph





Share |

08 August 2011

Sahur

Kepada yang berpuasa, time sahur cuba elakkan minum kopi atau pun minuman berkarbonat yang ada caffeine.

Caffeine ada diuretic effect, iaitu meningkatkan pengeluaran air kencing. Bila korang kerap kencing, banyak air hilang daripada badan dan akibatnya badan korang dehydrated. Dehydration semasa berpuasa tak elok untuk badan, so minum air masak, jus buah atau pun apa-apa minuman yang takde caffeine masa sahur.

Selamat bersahur.


Share |

07 August 2011

Objek Mustahil

Bila objek 3D diinterpretasikan kepada 2D, ilusi optik kadang kala terjadi.








Share |

06 August 2011

Tawas

10 tahun lepas.

"Kau tau macam mana nak pass urine test?" kawan aku, H tanya kat aku.

"Aku mana main ganja ke ape, entah la mana aku tau," balas aku.

"Bukan main ganja je boleh kantoi urine test, ko hisap Gudang Garam pun boleh kantoi tau tak," K pulak bagitau aku.

"Selalu budak2 yang main ganja ni dorang ambik tawas, larutkan dalam air pastu minum. Tunggu dalam tak sampai sehari, pastu kalau buat urine test gerenti clear punya," K bagitau aku pasal tawas.

Tawas merupakan bahan kimia yang nama saintifiknya Potassium Aluminium Sulphate. Berbanding dengan aplikasi yang kawan aku cerita tu, setakat yang aku pernah tengok tawas ni orang guna untuk hilangkan bau badan, sebab abah aku sendiri pakai benda tu dulu.

Potassium Aluminium Sulphate ni sebenarnya banyak lagi aplikasi lain dalam industri, perubatan dan jugak kosmetik. Dalam proses pembersihan air, serbuk tawas ni membantu proses penggumpalan bahan enap cemar daripada air seterusnya memudahkan proses pembersihan air. In fact, orang kampung pun tau pasal benda ni, kat sesetengah kampung yang mana ada orang tua yang cerdik sikit dorang akan guna serbuk tawas untuk jernihkan air dalam perigi. Dalam kosmetik, macam aku cakap tadi la untuk hilangkan bau badan. Dalam bidang perubatan selalunya tawas ni dimasukkan sekali sebagai bahan dalam vaksin, ubat gigi dan membantu dalam proses pembekuan darah.

Sampai sekarang aku still tak tau betul ke tak apa yang kawan aku cerita kat aku 10 tahun lepas - pasal tawas boleh guna untuk clearkan dadah daripada badan dan elakkan daripada metabolite dadah dikesan dalam air kencing. Nak kata diuretic effect, rasanya kopi ade la effect nak bagi kuat kencing (logiknya, bila kerap kencing, makin kerap dadah yang ade dalam darah ditapis oleh buah pinggang dikeluarkan dari badan melalui air kencing) sebab dalam kopi ade caffeine.



Share |

04 August 2011

recharging month

salam satu agama guys.
first post. aku budak baru. huhu.

izinkan aku nak bercerita tentang ramadhan. memandangkan kita ni sedang berada dalam bulan ramadhan, apa salahnya kan?



ok. semua orang tahu, dari sedi spiritualnya, ramadhan adalah bulan mengecas semula ibadah dan amalan kita. masa ini adalah masa terbaik untuk kita perbaik diri kita dan bertaubat atas dosa-dosa lalu.

itu secara ringkasnya, dari segi spiritual. alhamdulillah, kecantikan Islam itu menyeluruh. tidak terikat pada spiritual sahaja. ramadhan juga terbukti baik untuk kesihatan diri juga.

semasa proses penghadaman makanan, tenaga dan aliran darah lebih tetumpu pada bahagian yang terlibat dengan penghadaman. maka ini akan mengurangkan kelancaran otak dalam bekerja. if i'm not mistaken, proses pencernaan makanan berlaku dalam kawalan parasympathetic, di mana aliran darah lebih ditumpukan pada organ-organ seperti perut dan usus. sebab itulah, apabila kita makan hingga terlalu kenyang, kita akan rasa mengantuk dan susah berfikir. rasa malas menyusup ke dalam diri dan kita rasa tidak berdaya. jadi, apabila kita berpuasa, aliran darah akan lebih tertumpu pada otak, dan menjadikan kita cergas. tapi janganlah sampai tidak sahur pula. mahu salur tenaga bagaimana kalau tenaganya tak ada, kan?

satu kongres yang diadakan di morocco telah membuat konklusi bahawa dengan berpuasa, kita akan menurunkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan tekanan darah, dan mengawal berat badan. tapi faktor-faktor ni jadi tak berguna jugalah kalau waktu berbuka kita balas dendam sampai enam pinggan.

masalahnya, kita di bulan ramadhan mengamalkan amalan hidup yang kurang betul. bila berbuka, melampau-lampau. sepatutnya kita beri ruang untuk perut berehat, bukan suruh overtime pula. sahur harus dijaga. makan makanan yang berenergi, seperti kurma, coklat, dan makanan bergula, dan bermalta, supaya kita bertenaga di siang hari.
bila kata waktu puasa tak boleh hisap rokok, dibelasahnya sampai dua kotak pada waktu malam.
dan kita kata Ramadhan tidak membawa sebarang manfaat pada kesihatan jasmani. lempang kang.

"Fasting is like a magic which can solve any stomach illness" -Dr Mac Fadon

"Fasting an increase the level of intelligence" -Dr Alan Scott

"Fasting may clean your breathing system" -Dr Alexis Carrel (Nobel Prize Winner)

nasihat nabi: berhenti sebelum kenyang.



peace y'all!

assalamualaikum.

(sumber: haji google.)



Share |

03 August 2011

Jawapan assignment Paracetamol Poisoning



Hari tu aku ade bagi assignment dalam entri blog ni. Mungkin ada dah cuba buat, tapi tak sempat nak bagi jawapan. Mungkin ade yang nak cuba buat tapi takut salah, terus tak buat. 

Actually jawapan kepada assignment tu senang je - simple math, darab dan bahagi je. Anyway memandangkan aku dah bagi assignment, kena la bagi jawapan. So kat sini kat bagi jawapan assignment hari tu.

Assignment:

(a) Seorang pesakit disyaki mengalami keracunan paracetamol (Paras paracetamol dalam darah: 35 mcg/mL, dos diambil selepas 21 jam). Hitung dose N Acetylcysteine yang diperlukan untuk pesakit ini (berat badan pesakit: 50 kg).

(b) Untuk 2nd maintenance dose N acetylcysteine, didapati bekalan cecair pelarut N Acetylcysteine iaitu Dextrose 5% dibekalkan dalam bentuk botol berisipadu 500 mL. Cadangkan kaedah yang sesuai bagi membolehkan N Acetylcysteine dibekalkan kepada pesakit melalui IV infusion, memandangkan arahan untuk 2nd maintenance dose memerlukan N Acetylcysteine dilarutkan ke dalam 1 L Dextrose 5%
Jawapan:

(a) Dos untuk patient 50 kg.

Loading dose: 150 mg/kg x 50 kg = 7500 mg = 7.5 gram.

1st maintenance dose: 50 mg/kg x 50 kg = 2500 mg = 2.5 gram.

2nd maintenance dose: 100 mg/kg x 50 kg = 5000 mg = 5 gram.

(b) Arahan untuk 2nd maintenance dose - Larutkan dalam 1 L Dextrose 5%, kemudian bagi secara infusion selama 16 jam. Infusion selama 16 jam. Jumlah NAC yang diperlukan = 5000 mg.

Disebabkan bekalan Dextrose 5% di hospital dalam bentuk botol 500 mL, jadi bahagi separuh dose yang nak guna tu.

Untuk 8 jam pertama, larutkan 2500 mg NAC ke dalam 500 mL Dextrose 5% dan infuse selama 8 jam.

Selepas selesai infusion pertama selama 8 jam, sekali lagi larutkan 2500 mg NAC ke dalam 500 mL 5% dan infuse sekali lagi untuk tempoh 8 jam.

Jawapan bagi soalan kat atas ni merupakan jawapan yang aku expect daripada mana2 pembaca yang bukan dari latar belakang bidang kesihatan. Jawapan lengkap untuk rujukan/garispanduan profesional (maksudnya,jawapan yang aku akan bagi kalau mana-mana doktor/pharmacist/nurse tanya) aku dah jawab dalam blog batch aku. Klik kat link kalau nak tengok. Terima kasih.



Share |

28 July 2011

Harimau dan singa

Apa persamaan antara harimau dan singa?




Kredit gambar: Facebook Syazwan&Syarazi

Banyak persamaannya, tapi aku nak senaraikan sikit je la sebab besok aku kena naik flight dan malam ni aku nak berkemas sikit.

Pertama, kedua-dua binatang ni ialah pemangsa.

Kedua, kedua-dua binatang ni datang dari keluarga Felidae.

Ketiga, kedua-dua binatang ni pantang diberi makan Panadol. Kalau korang pergi zoo pastu bagi makan panadol kat harimau, singa atau kucing - maka binatang-binatang ni akan mati dalam tempoh yang pantas disebabkan oleh acute liver failure.



Share |

Iron Man

Siapa yang tak kenal Iron Man?

Iron Man (Anthony Edward atau Tony Stark) ialah satu watak fiksyen, seorang superhero dalam Marvel Comics Universe. Dicipta pada tahun 1963 oleh seorang penulis bernama Stan Lee dan ilustratinya pula digambarkan dari hasil lukisan Don Heck dan Jack Kirby. Pada tahun 2008 Iron Man telah difilemkan dan menjadi satu fenomena dalam industri perfileman malah menjadi filem box-office.

Iron Man membawa terlalu banyak kesan dan pengaruh kepada seluruh dunia, kanak-kanak khususnya. Adakah sut lengkap dengan senjata, boleh terbang dan dijana dengan arc fussion reactor di dadanya benar-benar boleh dicipta? Semuanya tidak mustahil dalam dunia kejuruteraan kini. Dengan bertambahnya dan luasnya ilmu quantumn mechanics seiring dengan peredaran masa semua ini adalah tidak mustahil.





Isunya bermula dengan arc fussion reactor di dada Tony Stark. Kalau saintis dan jurutera mampu membina power generator seperti ini. Sut besi berkuasa itu tidak lagi menjadi masalah besar. Dalam filem ini, bagaimana konsep menggunakan tenaga daripada tindak balas pelakuran sejuk dalam arc palladium reactor yang digunakan untuk memacu jantung? badan? dan akhirnya untuk menjana jet berkuasa?

Dari kaca mata dan pendapat seorang pelajar kejuruteraan,
Proton menghasilkan dari Pd lattice (melalui hidrogen dari air). Ditukar kepada antiproton + positron, selepas itu antiproton digabungkan semula kembali dengan proton untuk dilupuskan bagi menghasilkan photon gamma untuk menggerakkan badan. Dan untuk mekanisme jantung mungkin bahan-bahan photostrictive boleh digunakan untuk menukar tenaga Fotonik terus ke tenaga mekanikal. Tenaga dihasilkan oleh mass deffects hasil perlanggaran zarah. Jika zarah asas boleh dimulakan dan semua jisim zarah ini ditukar kepada tenaga, tenagay ang menghasilkan skala makro akan sangat besar. Mungkin, anhillation proton tegak lurus boleh menghasilkan tenaga sebagai letusan tetapi tidak mungkin untuk menjadi produk. Penggabungan semula antiproton dan proton, secara teori harus menghapuskan antara satu sama lain mengikut kepada fornula tenaga iaitu e = Mc2.
Menukar tenaga Fotonik ke Mekanikal, konsep bahawa radiasi elektromagnet boleh mengenakan daya ke atas objek bahan telah lama dicetus oleh Maxwell lebih daripada satu abad yang lalu. Untuk merealisasikan ke dalam peranti, kita perlu untuk memanipulasi harmonic oscillator energy level of atomic clusters. 

Untuk bahagian sut pula, semua itu hanyalah masalah kecil.

Tanpa perlu menunggu arc fussion reactor seperti yang digunakan oleh Iron Man,Yves Rossy, 51 tahun perintis Swiss, strapped jet packed bahawa dia mencipta sebuah mesin terbang di bahagian belakangnya dan terbang merentasi Selat Inggeris pada 26 September 2008 selama 9 minit 7 saat pada kelajuan 299 km/jam. Kemudian pada tahun 2008, beliau membuat penerbangan melintasi Alps, mencapai kelajuan tertinggi iaitu 304 km/jam.

Oleh sebab inilah, teknologi dalam filem Iron Man tidak boleh dianggap fiksyen semata-mata. Ia mungkin boleh menjadi realiti suatu hari nanti. 


#menulis perihal seperti ini dalam Bahasa Melayu sangat mencabar akal aku.





Share |

26 July 2011

Mari Sini Jika Nak Menang 1 Juta Dolar!

Static
Written by JREF Staff   
Thursday, 30 October 2008 12:10

The Foundation is committed to providing reliable information about paranormal claims. 
It both supports and conducts original research into such claims.
At JREF, we offer a one-million-dollar prize to anyone who can show, under proper observing conditions, 
evidence of any paranormal, supernatural, or occult power or event. The JREF does not involve itself in the testing procedure, 
other than helping to design the protocol and approving the conditions under which a test will take place. 
All tests are designed with the participation and approval of the applicant. 
In most cases, the applicant will be asked to perform a relatively simple preliminary test of the claim, which if successful, 
will be followed by the formal test. 
Preliminary tests are usually conducted by associates of the JREF at the site where the applicant lives. 
Upon success in the preliminary testing process, the "applicant" becomes a "claimant."
To date, no one has passed the preliminary tests.
Click here to see the current $1 million statement which shows the current amount in our prize account.
Last Updated on Thursday, 09 June 2011 11:55



Amacam? Ada berani? Ada kemahuan? Sehingga hari ini tiada yang berjaya melepasi saringan awal cabaran ini. James Randhi merupakan ahli silap mata terkenal dan JREF: James Randhi Educational Foundation ditubuhkan untuk meneruskan kajian yang dilakukannya dalam Pseudosaintifik, Paranormal dan Supernatural.

#kredit kepada khrlhsym untuk ini.



Share |

23 July 2011

Pencarian hantu

Paranormal; merupakan sub kepada Pseudosains yang meragukan di mana ia tentang fenomena ganjil yang berlaku di sekeliling tanpa punca yang boleh dihuraikan secara saintifik dengan jelas. Okay, kecilkan lagi skop, pencarian hantu yang kacak dan menakutkan. Umum masyarakat kita disental dengan cerita hantu dari zaman kecil-kecil sehinggalah dewasa ini dengan cerita hantu-hanti di filem dan kaca televisyen. Jadi, saya mahu tanya sama kalian, kalian percaya hantu?
Kepada penules P.S,
saya percaya hantu sekiranya hantu itu termasuk dalam kategori alam ghaib kerana orang Islam wajib percaya dengan alam ghaib
Gadis ayu,
Sentul

Okay, pendapat peribadi saya, saya percaya iblis boleh menyerupai pelbagai bentuk dalam bermain minda manusia. Tapi untuk ilmu meneliti alam ghaib ni, saya sangatlah terkurang untuk garapkan. Tapi setahu saya, dalam Islam itu sendiri, istilah hantu tiada di mana umumnya hantu bagi tanggapan masyarakat adalah roh mereka yang meninggal lalu berkeliaran di muka bumi atas faktor-faktor tersendiri, sedangkan matinya manusia itu rohnya ke alam barzakh.  Maka saya garapkan dalam perihal Sains mengenai pencarian hantu atau nama comelnya GhostSeekers!.(sesiapa ada hujah mengenai alam ghaib dan hantu sila-sila komen jangan malu).

Kebanyakan penyelidik hantu menggunakan kaedah andaian yang dipersetujui, contohnya: hantu adalah roh, jadi  bukti akan dicari untuk mengesahkan andaian itu di mana ia bergantung dengan kaedah logik semata-mata. Walau banyak rancangan tv berkenaan Ghostbusters, GhostSeekers, video tangkap hantu berusus dan yang seangkatan dengannya, haruslah diingatkan, jangan main telan dan fikir-fikirkan, kerana walaupun penyelidikan mengenai hantu ini sangat popular, ia tidak bermakna yang ia berjaya membuktikan sejelasnya mengenai kewujudan hantu. 
Edisi surat pembaca; 
Kepada abang nama ganas,Abang cakap ni belum jumpa hantu lagi, benda alah tu. Kalau dah jumpa mau terkencing-kencing berlari. yang benar. 
Jejaka berani, Johor Baharu
Kepada jejaka berani, pernah satu kali saya terjumpa dengan tiga ekor lembaga yang bermuka berbeza dengan rupanya kalah hantu buatan filem orang kita mahupun orang luar, sungguh unik rupanya menjadi igauan kalbu. Tapi tidaklah saya terus melompat kepada kesimpulan yang itu adalah hantu, kerana iblis boleh menyerupai sesiapa sahaja dengan izin-Nya dan tidak lah pula saya kencing berlari.

Okay, cukup dengan selingan, para pencari hantu menggunakan kaedah-kaedah dalam cubaan untuk membuktikan kewujudan mereka seperti:
  • Penggunaan medium : mengandaikan dengan menggunakan medium, hantu boleh dihubungi
  • Memanggil mereka : menganggap hantu boleh mendengar dan memberi reaksi
  • Berjaga-jaga dengan perubahan situasi : menganggap alat instrumen yang digunakan untuk membaca kehadiran hantu adalah  normal dalam perubahan situasi
  • Mengambil 'orb photos' : menganggap orb(partikel bebola) adalah sejenis paranormal dan berkaitan dengan hantu
  • Meter EMF untuk mengesan hantu : mengandaikan hantu boleh dikesan dengan meter EMF
  • menggunakan alat dowsing untuk mencari hantu : menganggap hantu boleh dikesan dengan dowsing
  • mengkaji pemilik asal kawasan : menganggap hantu adalah pemilik kawasan yang dikatakan berhantu
  • berkhalwat di kawasan kubur : menganggap hantu selalu di kubur berbanding tempat lain
  • merekod EVP : menganggap hantu boleh direkod engan EVP
  • berkhalwat di kawasan gelap : menganggap hantu lebih mudah dikesan di tempat gelap
(khalwat bermaksud bersendirian)

Antara alat-alat pencari hantu
  • Meter EMF adalah meter pengukur daya aruhan gelombang elektromagnetik di mana ia digunakan untuk mengukur kebocoran elektrikal di dalam oven mikro-gelombang, kewujudan elektrik dalam kabel kuasa, dan juga mengukur daya aruhan elektromagnetik rawak dalam ruang udara kerana cahaya, gelombang mikro, x-ray, radio signal semuanya adalah bentuk gelombang elektro-magnetik. Jadi, walaupun ia mengesan peningkatan dalam pengukuran, tidak bermakna ia mensahihkan kehadiran hantu kerana tenaga elektromagnetik wujud hampir di mana-mana dalam alam semula jadi dan bacaan meter, walau meningkat dengan luar biasanya, kalibrasi sebenar tidak mendokong catatan EMF yang rawak.
  • Kamera pengimejan haba adalah alat yang menangkap imej mengikut haba dalam diri di mana ia dapat ditangkap dalam ruang gelap tanpa cahaya di mana menghapuskan kelemahan kamera biasa yang berdasarkan cahaya. Akan tetapi, keupayaan termalnya kurang berkait dengan ciri-ciri hantu di mana hantu jelas tidak membebaskan haba dalam apa jua bentuk malah mereka sendiri mengkonklusikan yang hantu mendorong kejatuhan suhu yang menjunam secara tiba-tiba.
  • EVP(Electronic Voice Phenomenon) di mana ia merakam bunyi yang dibuat hantu dan diterjemahkan dalam suara. Alat ini punya kelemahan di mana ia banyak merakam bunyi yang sia-sia seperti tapak kaki, bunyi air, bunyi jam.
  • Kamera video dalam cubaan merakam imej hantu tetapi objek rakaman berkitaran dengan imej orb yang tidak dikenal pasti.
  • Termometer, alat yang digunakan untuk mengukur kejatuhan suhu yang menjunam tiba-tiba di mana hantu dikaitkan dengan kesejukan yang melampau dengan bulu meremang.
  • Pengesan pergerakan(motion detector) pencari hantu menggunakan alat ini mencari hantu tetapi hantu bagi mereka diperbuat daripada tenaga yang halimunan di mana kandungan jisimnya untuk dikesan oleh pengesan pergerakan adalah sangat tipis.

Banyak lagi peralatan yang digunakan oleh mereka ni, bagi saya, penyelidik orang barat lebih bijak tentang perihal hantu walaupun kedengaran remeh dengan pemikiran skeptikal berbanding orang timur yang lebih dicengkam mudah percaya mudah ikut. Nampak objek aneh terus lari. Filem-filem dan drama dalam negara pun main hantu-hanti dengan solekan yang tak cukup mantap. Ya, teknologi membataskan, tapi ada eloknya keluar dari skopdan menggunakan plot cerita yang lebih skeptikal dalam garapan logik akal tentang perihal luar biasa berbanding penyemaian kejadian luar biasa yang sentiasa dikaitkan dengan hantu.


Bebola kabur cahaya yang dianggap sebagai bukti kewujudan hantu
digunakan untuk mengesan bendasing : Willow Witching



Share |

Makan ubat di bulan Ramadhan

Tak lama lagi Ramadhan, jadi ramai la umat Islam yang akan berpuasa. Buat sesetengah di kalangan kita yang berpuasa dan dalam masa yang sama kena makan ubat masa bulan puasa, kaedah untuk makan ubat tu kadang2 jadi masalah jugak sikit. Kalau sehari makan sekali atau dua kali mungkin takde masalah, yang jadi masalah bila ubat tu kena makan sampai tiga atau empat kali sehari. 

Kat sini ada panduan macam mana nak makan ubat dan dalam masa yang sama berpuasa. 

Makan sekali sehari - boleh dimakan sebelum makan atau selepas makan sahur (bergantung pada jenis ubat tu, ada yang kena makan sebelum makan, ada yang kena makan lepas makan)

Makan dua kali sehari - makan sekali waktu sahur, sekali lagi lepas masuk waktu berbuka.

Makan tiga kali sehari - makan waktu sahur, waktu berbuka dan sebelum tidur waktu malam.

Makan empat kali sehari atau lima kali sehari - selalunya kalau empat,lima kali sehari ni ubat antibiotik atau antivirus. Bincang dulu la dengan doktor, bagitau korang cadang nak berpuasa jadi mungkin doktor akan tukarkan ubat korang kepada yang jenis makan tiga kali sehari je. Tapi kalau tak ada pilihan lain, aku cadangkan korang tangguh dulu la puasa tu dan makan je ubat ikut macam yang doktor suruh. Lagipun antibiotik selalunya tempoh pengambilan dia tak lama, paling lama pun seminggu camtu la.

Walau macam mana pun, ada kes tertentu macam penyakit darah tinggi yang memerlukan pesakit makan ubat tiga kali sehari selang 8 jam (sebagai contoh ubat darah tinggi yang kena makan 3 kali sehari: nifedipine dan methyldopa) untuk pastikan ubat tu berkesan. Kes yang macam ni, kalau aku la, aku akan cuba tanya dengan doktor berdasarkan keadaan pesakit, possible tak untuk switch to another antihypertensive yang cuma perlu makan sekali atau dua kali je sehari. Tapi kalau keadaan dah darurat, macam kes pre eclampsia yang mana ubat-ubat antihypertensive yang selamat semuanya kena makan tiga kali sehari, so nak tak nak kena tinggalkan puasa la, atas faktor kesihatan.

Oh ya, lagi satu..kalau korang ambik ubat melalui cara-cara kat bawah, puasa tak batal

- ubat titik mata & telinga 
- Ubat yang diserap melalui kulit, seperti krim, ointments, dan plaster berubat
- Memasukkan ubat pessari ke dalam vagina, medical ovules ataupun pembersih vagina.
- Suntikan bawah kulit, otot, sendi atau salur darah (kecuali suntikan makanan melalui salur darah iaitu TPN)
- Gas oksigen dan bius
- Tablet nitroglycerine yang diletak bawah lidah untuk rawatan sakit dada
- Pencuci mulut, gargle atau penyembur mulut (dengan syarat takde ubat yang ditelan)
- Ubat titik hidung, ubat sembur hidung dan inhaler
- Suntikan dubur
- Pembedahan yang melibatkan proses bius seluruh badan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Rujukan: Aadil N., Houti I.E., and Moussamih S (2004) Drug Intake During Ramadan. BMJ, Vol 329, 778-772

Mintak maaf semua, ada masalah sikit. Garis panduan yang aku guna sebelum ni diterbitkan di dalam British Medical Journal, dan sebenarnya pihak JAKIM ada keluarkan senarai ubat-ubatan yang boleh batalkan puasa & yang tak batalkan puasa.

Memandangkan kita semua kebanyakannya hidup kat Malaysia, so aku rasa better kita ikut berdasarkan garispanduan JAKIM la. Perbezaan yang wujud ni mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza di antara mazhab atau pendapat. Mintak maaf sebab tak buat research menyeluruh. Harap dapat sebarkan semula kepada umum.

Garis panduan JAKIM

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah :

Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);

Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;

Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;

Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;

Pendermaan atau pemindahan darah;

Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;

Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;

Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;

Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;

Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;

Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan

Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;

Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pengawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;

Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);

Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;

Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.


Sumber: Panduan Berpuasa bagi Pesakit, JAKIM (Cetakan tahun 2009)


Share |

17 July 2011

Indera dalam Kejuruteraan

Deria dalam sistem badan manusia secara amnya adalah sistem yang terdiri daripada sekelompok sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, yang selari dengan kawasan tertentu di bahagian otak di mana isyaratnya diterima dan kemudiannya ditafsirkan. Pertikaian berapa jumlah deria timbul memandangkan pengelasan pelbagai jenis sel dan pemetaannya mengikut bahagian-bahagian yang tertentu pada otak. Dalam sukatan pelajaran sekolah, kita diajarkan bahawa deria ada lima (pancaindera), iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa mengikut takrifan Aristotle, ahli falsafah Yunani, begitu juga pseudoderia keenam yang diwar-warkan, iaitu ESP(Extra Sensory Perception) yang melibatkan penerimaan maklumat yang tidak melalui deria fizikal tetapi dicerap oleh minda. Tapi sebenarnya jumlah deria adalah lebih daripada itu. Antara deria yang dapat disenaraikan adalah;
  • Penglihatan: Keupayaan mata untuk melihat, memfokus dan mengesan imej dengan pengaruh cahaya pada fotoreseptor retina. (mata)
  • Pendengaran: Pencerapan bunyi yang berdasarkan getaran yang merembat melalui medium seperti udara.(telinga)
  • Rasa: Deria kimia yang dikesan oleh reseptor pada lidah yang memberi rasa manis, masam, masin, pahit dan umami.(lidah)
  • Bau: Pencerapan bau yang diproses oleh sistem olfaktori. (hidung)
  • Suhu: Pencerapan haba oleh kulit termasuk saluran dalam kulit untuk merasa panas dan sejuk. (kulit)
  • Kinestesia: Menyumbangkan maklumat mengenai relatif anggota badan kepada korteks parietal otak.
  • Kesakitan: Menerima kesakitan dari anasir luar.
  • Reseptor regangan pulmonari: Mengesan regangaan dalam mengawal kadar pernafasan.
  • Reseptor kutaneus dalam kulit yang bertindak atas pelbagai tekanan ke atas kulit.
  • Reseptor dalam esofagus yang mengesan pengembungan gas yang menyebabkan sakit perut.
  • dan lain-lain dalam rujukan. [Eioba]


Dalam kejuruteraan, pengesan elektronik boleh dianggap sebagai deria kepada robot dan mesin. Untuk membina sebuah robot, pengesan(sensor) merupakan elemen penting untuk mengukur fenomena fizikal tertentu di sekeliling mengikut kebolehan pengesan tersebut dan data yang diperolehi akan dihantar ke sistem pengawal untuk analisis di mana sistem pengawal adalah penggerak utama untuk robot dan mesin yang memproses data dan mengawal pergerakan robot dan mesin.

Robot dan mesin adalah dua benda berbeza di mana robot adalah mesin dan mesin itu tak semestinya robot. Robot adalah mesin yang boleh berfikir sendiri dengan memenuhi kriteria seperti 
  • mampu bergerak sendiri dalam lingkungan keadaan sekeliling yang telah ditetapkan
  • mampu mengesan dan memanipulasi keadaan sekelilingnya 
  • mampu bergerak sendiri
  • mampu menunjukkan kepintaran mengikut program yang telah ditentukan ke atasnya
  • mampu mengimitasi perilaku manusia atau haiwan


Diagram menunjukkan asas fungsi yang diaplikasikan dalam pembinaan robot yang mengitimasi bagaimana deria berfungsi. Input mewakili tugas yang hendak dilakukan, controller adalah sistem pengawal yang boleh diprogramkan seperti Logic Controller yang mengimitasi otak, driver adalah penggerak organ yang terlibat(menerima arahan daripada sistem pengawal dan menyampaikan kepada organ seperti cip gear driver), actuator adalah yang melakukan pergerakan(contohnya roda atau tangan robot), dan output adalah hasil pergerakan. Sensor bertindak sebagai deria kepada robot mengesan keadaan sekeliling mengikut fungsinya.

Terdapat pelbagai jenis sensor mengikut fungsinya seperti mengesan kehadiran cahaya, suhu, jarak, tekanan, pergerakan. Contoh-contoh yang dapat disenaraikan adalah seperti;
  • Sensor ultrasonik untuk mengukur jarak sebuah rintangan dengan menggunakan bunyi yang terpantul.
  • Sensor suhu yang mengesan suhu dan mengubah data menjadi signal elektrik.
  • Sensor cahaya yang mengesan kehadiran cahaya.
  • Sensor jarak yang mengesan objek yang melaluinya.
Sekian, kisah deria elektronik daripada saya.



Share |

Pengambilan ubat-ubatan bagi mereka yang G6PD deficiency

Masalah kekurangan enzyme Glucose 6 phosphate dehydrogenase ni, aku tak berapa pasti sama ada ketara atau tak. Sepanjang aku bekerja sejak 10 bulan lepas, baru satu kes yang aku jumpa. Mungkin masalah kesihatan macam ni terlalu rare kat Malaysia macam kes cystic fibrosis jugak, tapi apa-apa pun tak kisah la, janji ade benda yang boleh korang belajar.

Enzim G6PD ni merupakan sejenis enzim yang penting untuk melindungi sel darah merah daripada meletup, ataupun bahasa biologinya hemolyse. Dalam sesetengah keadaan tertentu, sebagai contoh selepas kita memakan sesetengah jenis makanan seperti fava bean (rujuk gambar) atau pun sesetengah jenis ubat, kandungan free radical akan meningkat disebabkan sesetengah bahan kimia yang wujud dalam makanan dan ubatan tu. Free radical ni boleh menjahanamkan pelbagai jenis enzim dan juga sel, termasuk la sel darah merah. Untuk kebanyakan orang yang takde masalah kekurangan enzim G6PD, sel darah merah mereka akan selamat sebab enzim G6PD dalam sel darah merah mereka boleh menolong meneutralkan balik free radical nih. Bagi yang kurang bernasib baik kerana kekurangan enzim G6PD - sel darah merah mereka boleh jahanam dan pecah disebabkan peningkatan free radical, kesan dari pengambilan sesetengah makanan atau ubatan macam yang dijelaskan tadi. Bila sel darah merah pecah, sistem pengangkutan oksigen terjejas sebab sel darah merah bawak oksigen, kalau berpanjangan tanpa rawatan boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius.


Fava bean


Masalah G6PD ni dalam keadaan biasa selalunya kita tak nampak apa-apa kesan atau tanda pada seseorang tu yang dia ada masalah ni, selalunya masalah ni dikesan bila seseorang tu mula mengalami demam kuning, letih-lesu dan jugak menunjukkan tanda kurang darah (anemia) lepas dorang makan fava bean ataupun setelah ubat-ubatan tertentu dimasukkan ke dalam badan mereka. Jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubat yang boleh mengakibatkan anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD. Kalau korang ataupun siapa-siapa yang korang kenal tiba-tiba rasa lemah, kulit pucat lepas makan ubat-ubat dalam senarai kat bawah, maka sila bagitau doktor.





Share |

16 July 2011

Kejuruteraan: dari sudut mereka yang mempelajari bidangnya.

Kebiasaannya, mereka yang berjaya memasuki bidang kejuruteraan sebagai bidang pembelajaran mereka di Universiti, adalah daripada mereka yang memohon untuk mendapatkan bidang ini tidak kira lah keputusan itu dipengaruhi keluarga atau tidak. Dan merupakan kebiasaan juga, sekiranya mereka yang tidak pernah meneliti subjek-subjek yang ditawarkan sepanjang pengajian dalam bidang ini di mana-mana cabang termasuklah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Marin dan lain-lain lagi. Ini kerana, bidang kejuruteraan walaupun berteraskan subjek aplikasi fizik terutamanya, ia turut didokongi subjek elektif lain dalam menerapkan pengetahuan berkait sebagai bakal jurutera contohnya subjek Pengaturcaraan Komputer (Programming: C++, C, Java, Pascal), Keusahawanan, Multimedia litar/objek berasaskan aplikasi software (Photoshop, Illustrator, Dreamweaver), dan Litar/Objek 3D (Logo Siemens, AutoCAD). 

Tahun pertama pengajian bagi mereka yang bermula daripada program Matrikulasi dan STPM mahupun asasi, subjek-subjek yang akan dipelajari masih menekankan asas kejuruteraan seperti Fizik, Kalkulus(Advance Mathematics) dan Kimia untuk bidang yang berkaitan disebabkan asas yang utuh diperlukan dalam mendalami subjek-subjek teras kejuruteraan. Tanpa asas yang kuat, makanya penghadaman dalam mendalami subjek-subjek teras kejuruteraan akan menjadi sukar seperti subjek Linear System(untuk Kejuruteraan Elektrik), kekuatan asas dalam Kalkulus amat diperlukan. Ya, saya faham, jika kalian yang baru menganjak tahun pertama berasa bosan kerana asyik menemui subjek yang sama sahaja cuma diperdalamkan lagi kerana masakan utuh bangunan jika tidak kuat akarnya kan?

Tahun-tahun berikutnya, pelajar-pelajar sudah boleh berjimba-jimba mengenali subjek baru seperti Robotics, Programmable Logic Control System, Construction dan lain-lain mengikut pengkhususan yang kalian ikuti. Sesetengah mungkin rasa susah atau minat mereka melarikan diri dari mereka seperti testimonial sedih seorang pelajar yang berbunyi;

Salam pak cik,
saya pelajar kejuruteraan kimia tetapi saya berasa saya tidak sesuai berada dalam tu memandangkan saya rasa saya akan gagal subjek yang saya tidak minati, lagi pun saya rasa saya lebih sesuai mengambil jurusan undang-undang. Tolong lah saya pak cik dalam mengerti sebuah passion tentang kejuruteraan.

yang ikhlas,
gadis sunyi
Gombak.

Di sini, saya mahu menekankan mengenai komitmen dan minat. Mungkin sekali ada di antara kalian yang terjebak dengan bidang yang kalian tak gemari, tapi kalian pernah cuba untuk komited dan bersungguh-sungguh untuk memahami bidang apa yang kalian masuki itu? Jika tidak, sila lakukan dahulu dengan mengenali apakah bidang kalian sebenarnya contohnya saya bagi Kejuruteraan Elektrik. Bidang Kejuruteraan Elektrik mengenai apa? Apakah subjek-subjek yang terlibat dalam pengkhususannya? Apakah masa depan Kejuruteraan Elektrik? Dalam bidang kerjaya manakah terdapat Kejuruteraan Elektrik? Apa rangkuman kajian dalam Kejuruteraan Elektrik? dan lain lain persoalan. Ramai yang hanya tahu mempelajari tanpa menerokai di sebalik bidang yang dia sendiri pelajari. Tahukah kalian, yang bidang Kejuteraan Elektrik, boleh diperluaskan dengan kolabrasi bidang Sains Gunaan seperti Biologi contohnya dalam menghasilkan pengesan elektronik yang boleh mengesan kandungan makanan dalam amilase liur. Contoh lain, boleh kalian sendiri fikirkan.

Komitmen tidak semestinya perlukan minat, kerana minat boleh diterapkan. Pelajar kebiasaannya hanya melihat bidang yang dia ceburi itu cuma lah pembelajaran dalam menentukan kerjayanya kelak. Persepsi itu kurang tepat sebenarnya. Tidak semestinya apabila kalian berjaya memperoleh Sarjana Muda dan keluar daripada Universiti terus menjulang kerjaya sebagai jurutera, tidak, tidak semuanya memperoleh kesenangan yang sama, kerana syarikat-syarikat di luar sana tidak melihat sangat pengkhususan yang kalian ambil selagi berlingkar dalam major bidang yang sama, contoh lah kau ambil Kejuruteraan Marin, kilang tetap ambil kau untuk menjadi juruteknik mesin (Mekanikal). Pembelajaran di Universiti sebenarnya lebih menekankan komitmen kalian dalam melakukan tugasan yang diberi seraya lulus dalam peperiksaan yang dijalankan serta aktif berpersatuan dan bukan hanya mengenai pembelajaran semata-mata.

Minat pula tidak akan membuatkan kalian tegar menghadapi segala aral yang melintang dalam proses pembelajaran kerana ia akan dihakis oleh kelelahan dan kerinduan terhadap dunia rileks-rilek, dah nama anak muda yang masih ingin bersuka-suka kan? Maka, minat itu jika dikuatkan dengan komitmen dan hala tuju yang utuh, besar kemungkinan kalian dalam menamatkan pembelajaran dalam bidang tersebut. Walau kalian tukar haluan dalam bidang lain kerana tiada minat dalam bidang yang kalian masuki, saya tidak jamin yang kalian boleh memberi komitmen dalam bidang-bidang lain, sedangkan kita sudah diasuh untuk berkomitmen dalam apa-apa subjek di sekolah dulu-dulu, masakan kita tidak sanggup hendak menempuh aral dalam menghabiskan pengajian di institut yang kita masuki. Jalannya tidak habis, tiada kita ketahui apakah manfaatnya kita mengambil bidang tersebut melainkan kita ingin mengenali ia dan menanamkan passion dan komitmen kita ke dalamnya.

Bagi saya, setiap ilmu yang ada di dunia ini unik dalam bidangnya, sama ada ia bersifat empirikal mahu pun paradoks berseni, kerana ia semuanya menjuruskan kehidupan yang berkronologikan masa lepas, sekarang dan masa depan. Boleh jadi, apa yang kita pelajari itu tidak ternampak di hadapan mata, seperti pengiraan voltage pada litar elektrik yang bersimbol, mahu pun pengukuran gelombang yang berjuruskan pengiraan dan alat yang disediakan, tetapi itu tidak menghalang kita daripada mengimejkan ia di dalam minda kita sendiri. Andai minat itu hilang, jenguklah kembali akan setiap sudut impaks dan aplikasi bidang tersebut. 


p/s: Saya suka jadi doktor robot.



Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...