25 April 2011

Marah dan Terapi




Bismillah. 
(profesor saya selalu sebut kalimah ini dengan tone suara sederhana kuat sebelum memulakan pengajaran, jadi saya mahu titipkan di sini, tapi dalam bentuk tulisanlah)

Daripada Abu Hurairah: Seorang lelaki berkata kepada Nabi: Nasihatilah aku, (Nabi) berkata: Janganlah kamu marah. Lelaki tersebut berulang kali meminta nasihat, berkata (setiap kali): Janganlah kamu marah.
(Hadith riwayat al-Bukhariyy, )

Saya ada seorang kenalan, yang merendam marah di dalam hatinya (kerana perihal rumah tangga yang tak pernah selesai) sehingga mendatangkan banyak penyakit. Nabi kata, punca penyakit adalah perut. Mungkin ada kaitan apabila marah, kita lempiaskan pada perut. Kita makan sehingga naik sebu perut, semuanya marah punya pasal. Marahkan kerajaan, kita makan lembu subsidi. Marahkan kawan-kawan kita ‘makan’ tembakau. Marahkan cinta tak kesampaian kita makan pil-pil dadah.

Marah ternyata boleh membunuh. Kajian mendapati seorang pemarah berisiko tinggi untuk mendapat stroke, sakit jantung dan kematian mengejut. Semuanya marah punya pasal, padahal Nabi sudah kata, Jangan Marah. Saya pula tambah, janganlah marah sayang.. *senyum*

Jadi apa kesan amarah terhadap diri? Emosi stress dan rasa marah akan merangsang pengeluaran hormone cortisol. Sedikit pengeluaran hormone ini boleh mencetuskan rasa bertenaga. Walaubagaimanapun, rembesan hormone yang berpanjangan boleh menyebabkan ketidak seimbangan gula dalam darah, merendahkan kemampatan tulang, menurunkan imunisasi badan – menjurus kepada inflamasi / radang kronik, memperlahankan metabolisma badan, member kesan kepada kemampuan otak berfikir secara waras dan meningkatkan tekanan darah tinggi. 

Perubahan secara fizikalnya, denyutan jantung akan naik mendadak daripada 80 kepada 130 dan mungkin lebih tinggi. Pernafasan semakin cepat, di mana saluran darah akan mulai mengembang (vasodilatation) – mata memerah, otot menjadi tegang (hee.. huduh bebebor muka awak bila marah, tahu?). Mulalah asid asid dalam perut dirembes keluar lalu menyebabkan acid reflux – asid mengalir kembali ke dalam esophagus dari perut dan menyebabkan pedih ulu hati.

“Mengawal diri adalah lebih susah daripada melawan seorang musuh.”
Oleh sebab itu Rasulullah saw menasihati kita supaya berpaling daripada rasa amarah. Sesiapa yang tahu banyak perkara negatif yang boleh diundang dari rasa marah akan menghargai nasihati Nabi iaitu “Jangan sesekali marah” . Kata kata sahaja tidak akan menjadi jika tiada perbuatan. Jadi Rasulullah bekalkan beberapa terapi untuk menghilangkan rasa amarah iaitu dengan cara:

Daripada Abu Dzar berkata sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada kami: Apabila seorang diantara kamu marah dan (dalam keadaan) dia berdiri,maka (hendaklah) dia duduk, maka sesungguhnya akan hilanglah kemarahan daripadanya, namun jika tidak,maka (hendaklah) dia berbaring.
(Hadith riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Adrenalin dan Noradrenalin.
Terdapat dua kelenjar di setiap satu buah pinggang yang mana tugas utama mereka adalah menghasilkan hormone adrenalin dan noradrenalin. Adrenalin boleh menyebabkan mereka yang menghidapi penyakit jantung dan dalam keadaan marah boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah lalu menjuruskan kepada serangan jantung. Manakala bagi pesakit  darah tinggi pula, kenaikan ratio kedua jenis hormone ini secara mendadak boleh menyebabkan hipertensi (hypertension lah). Akhirnya, hal ini secara saintifiknya terbukti bahawa ratio/nisbah kedua dua jenis hormone ini boleh berkurangan apabila pesakit berada di dalam keadaan berbaring seperti mana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad saw. 

Dan bagi kita yang sedang menghadapi orang yang sedang marah, senyumlah sampai nampak gigi. Sesungguhnya kerana sinar gigi putih Nabi Muhammad saw sewaktu kelahiran baginda lah, api sembahan majusi terpadam. Mungkin jika terkena panahan sinaran gigi kita, api kemarahan seseorang boleh terpadam, kan? Dan ya, satu lagi, tingkatkan hormon serotonin, yang mampu 'memadam' kemarahan si dia. Ini kerana serotonin membantu kita untuk kekal gembira. Lakukan aktiviti2 yang menyeronokkan dan melegakan si dia. Semoga berjaya.

Until next time.



Share |

10 komen:

platipus said...

jadi, senyummmmmmmmmm

- koroe - said...

kalau marah, sepak pokok. maksud saya, rumput. sepak sampai terburai akar dia.

~* chirpy_chummy *~ said...

smile.

it cost u nothing, but it helps in many ways.. (:

buang je perasaan marah. buang jauh2.. syuhh..syuhh..

meh cni perasaan sayang. bak cni smuanya. kita kumpul banyak2. *tamak*

(^_^)V


-kawan-

Republic Aku said...

atau diam.

Fiq Vertigo said...

yep, diam itu lebih baik. jika mampu membengkakkan hati, luahan dengan cara paling berhikmah.

kerana marah, rumput binasa. kehkehkeh


senyum dan sayang banyak2. peace.

LUNA said...

cayang ku fiq. senyuman saya x cantek. saya selalu segan untuk senyum huhu

Fiq Vertigo said...

kenapa segan nak senyum? gigi masih ada kan.. hehe

areleaf said...

abang tak pernah marah sayang..hikhik..


eh dah folo blog awak,jangan lupa folo blog abang balik..

Fiq Vertigo said...

ouh leplep! soooo seweett. *pelempang* :D

RIAN said...

macam mana Nabi lahir2 terus tumbuh ada gigi ? mcm tak kene je ayat tu. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...