19 April 2011

Hormon-Hormon Cinta

Ohaiyok! Tahukah anda dengan membaca boleh membakar kalori sebanyak 10% lebih banyak dan cepat berbanding anda duduk di hadapan televisyen melangok menonton perlawanan bola sepak sebanyak 3 match berturut? Jadi, ayuh kita banyakkan membaca dan jadi slim-melim seperti saya. *senyum nipis* okay saya tak slim pon, saya gebu, saya ok!

"Love is empty cup, it takes time to fill it up, even when you can't see it, you can feel it lift in you."
 (Meg & Dia - Love is)

Rasa keapungan mendadak dan ketenangan yang anda rasakan semasa jatuh cinta bukanlah perkara ajaib atau kisah pari-pari. Kelenjar dalam badan anda bekerja keras mengeluarkan hormon-hormon dan koktel kimia yang tertentu untuk memenuhi tuntutan daripada otak anda (yang menghantar transmisi) sekaligus 'memujuk' anda jatuh cinta. Boleh kita katakan, otak anda yang mencipta perasaan cinta tersebut. Dengan izinNya, bantuan hormon hormon inilah telah membantu kaum manusia untuk terus berkembang sehingga sekarang. Lagipun cinta hanya mengambil kurang 4minit untuk kita tahu sama ada kita tertarik atau tidak kepada seseorang itu. 

Menurut pakar daripada Universiti Rutger, USA, terdapat tiga tahap proses jatuh cinta iaitu:

Tahap Pertama : Nafsu
Ini adalah tahap di mana cinta didorong oleh hormon seks iaitu hormon testosteron dan estrogen bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Testosteron di rembes secara utama di testis (lelaki) dan ovari (perempuan).

Tahap Kedua : Tarikan
Pada tahap ini biasanya anda dalam keadaan gila bayang. Si dia berada di dalam ingatan di setiap saat anda melakukan segala jenis aktiviti. Bak kata Merong Mahawangsa mandi tak basah, makan tak kenyang. cewah!
terdapat tiga hormon utama yang memainkan peranan iaitu

Adrenalin
Tahap permulaan anda jatuh suka pada seseorang biasanya akan menyebabkan anda berada dalam keadaan stress atau cemas, urat darah anda akan menampung kelajuan adrenalin dan cortisol pada tahap maksima. Muka anda naik berseri-seri dan mulalah bertenaga. Apabila anda bertemu si dia, anda akan merasa panas, berpeluh, jantung berdegup kencang dan mulut terasa kering. (oh percayalah anda tak perlukan rawatan cpr untuk membasahkan rongga mulut anda, minum air banyak2, istighfar lebih2 sikit)

Dopamine
Dopamine adalah neurotransmitter (messenger) di dalam otak. Bahan kimia ini merangsang rasa 'keinginan dan penghargaan' dengan cara mencetuskan rasa nikmat atau kepuasan dalam diri. Apabila dopa diambil secara oral, ianya boleh mengubati penyakit Parkinson (Parkinson Disease) dengan menambah baik kecekapan saraf. Sebab itulah orang kata dengan cinta, Parkinson Disease boleh diubati.

Kesan dopamine adalah anda tidak mudah merasa penat, pertambahan tenaga, kurang rasa mengantuk atau rasa lapar, lebih fokus dan rasa tenang semasa dalam perhubungan.

Serotonin
Serotonin adalah hormon yang bertindak sebagai kimia penghantar di antara saraf. Walaupun serotonin dikeluarkan di bahagian tertentu di dalam otak tetapi serotonin juga banyak dijumpai di bahagian sistem pencernaan dan platelet darah. Perubahan tahap serotonin dalam badan boleh mengubah mood seseorang. Contohnya apabila kita cepat marah. Oleh itu sebelum ber-chat bersama si dia pastikan anda makan terlebih dahulu kurang setengah jam sebelum bersama si dia, or you'll end up being an angry bird.

Tahap ketiga : Sentuhan
Sentuhan merupakan ikatan yang boleh mengeratkan silaturtahim sesebuah hubungan. Terdapat dua jenis hormon yang memainkan peranan penting iaitu;

Oxytoxin - The Cuddle Hormone
Fungsi Oxytoxin yang bertindak sebagai neuromodulator di dalam otak, berkait rapat dengan perempuan di mana hormon ini lebih banyak dikeluarkan ketika bersalin dan rangsangan payudara oleh bayi untuk mengeluarkan susu secara otomatik. *Sebab itu jika perempuan bujang dan ingin menyusukan anak angkatnya yang masih bayi itu pon boleh mengambil suntikan hormon oxytocin untuk membantu pengeluaran susu badan*. 

Selain itu hormon ini juga dirembes oleh lelaki dan perempuan ketika orgasm berlaku. Teorinya, semakin kerap perhubungan seks diadakan semakin kuat ikatan kasih sayang mereka. (oh,parental guidelines please)

Vasopressin
Vasopressin juga dikenali sebagai anti-diuretic hormon yang membantu buah pinggang bagi mengawal jumlah air dalam badan. Ianya dirembes oleh otak ketika dan selepas perhungan seks berlaku dimana boleh membantu mengekalkan pola aktiviti perhubungan antara pasangan seksual masing-masing. Lelaki akan bertindak lebih agresif terhadap pencabarnya dan berupaya meningkatkan kesetiaan terhadap pasangannya. Jadi, jika suami anda mula nampak seperti kurang ambil peduli jika anda keluar dengan lelaki lain, tingkatkan vasopressin dia! 

Dengan bantuan hormon-hormon tersebut, jika anda berkahwin paksa sekali pun, jika kena caranya, menjadi jugak. Oleh itu, tiada apa yang kebetulan di dalam dunia ini. Semuanya telah diatur cantik oleh Allah swt. Sains itu adalah sebahagian daripadaNya dan inilah sains percintaan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..

 



Share |

6 komen:

AlexiaAqram said...

ada tak medicine atau dadah sintetik yang boleh meningkatkan fokus seseorang?

kiranya ia menggalakkan pertumbuhan dopamine.

karl said...

Methylphenidate. Bertindak meningkatkan kepekatan dopamine dalam otak dengan menghalang dopamine reuptake oleh monoamine transporter. Begitu juga dengan bupropion (ubat untuk membantu perokok berhenti merokok) dan atomoxetine. Methylphenidate dan atomoxetine ubat untuk merawat attention deficit hyperactivity disorder. Amphetamine dan ecstasy pun sama jugak. Ubat2 sebangsa ni digelar sebagai psychostimulant

cloud9 said...

clapclap. hebat sains korg

LORD ZARA 札拉 said...

Ini sumpah hebat ni~

XD

Fiq Vertigo said...

thanks karl, AA, cloud0 and LORD ZARA kerana merespon di sini.

karl, thanks utk infomasi tambahan. :)

aman said...

ini baik.ble wat sains cinta ini,tapi kat doa tu ada satu huruf yang tertinggal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...