26 May 2011

Daya Sentuhan Manusia

Dunia teknologi berevolusi dengan manusia berjimba-jimba menghasilkan reka cipta yang boleh mengambil alih tugas peranan manusia dalam meminimakan penggunaan tenaga manusia dalam sesuatu pekerjaan/proses kerja. Evolusi ini yang turut merangkumi sistem pembelajaran dan komunikasi dalam kehidupan seharian manusia. Dalam menghasilkan rekaan yang dapat menggantikan kerja-kerja para homosapien dengan objektif sampingan dalam menjanakan pendapatan kapitalis, para pereka cipta haruslah bijak memaksimakan fungsi rekaannya dalam meminimakan kos yang terlibat. 
Produk rekaan para pencipta sebenarnya paling banyak mengimitasi manusia dan haiwan tetapi sehingga ke hari ini, hasil imitasi yang betul-betul menyerupai fungsi keseluruhan manusia belum mampu direka lagi. Misalnya, tangan manusia yang punya lekukan tersendiri dan kepekaan yang berbeza yang menghasilkan impak yang berbeza dengan tangan-tangan lain mengikut kepanjangan jari dan lengan, saiz dan isi tangan. Hasil seni yang dijanakan dari tangan manusia sangat berbeza daripada mesin kerana kepekaan tangan yang digerakkan dari minda manusia mampu menghasilkan hasil seni yang original. Contoh; 
1. Lukisan yang dilukis semula menggunakan tangan memang serupa dengan lukisan asal tetapi tidak akan sama  dengan lukisan asal kerana daya tekanan/strok/garis lukisan yang berbeza. 
2. Lukisan yang difotostat menggunakan mesin atau diimbas dengan menggunakan alat pengimbas menyalin lukisan asal memang sama dengan lukisan asal tersebut.

Mesin/robot yang diciptakan sehingga hari ini juga tidak masih belum mampu menggalas kesemua fungsi yang ada pada tangan manusia (multifungsi) kerana pergerakan yang terhad kepada fungsi rekaan itu sendiri. Contoh;
1. Robot yang berfungsi untuk menggenggam objek tidak dapat menepuk atau menghentak kerana rekaan engselnya hanya dicipta untuk mengenggam.
2. Robot yang berfungsi untuk bermain piano tidak dapat bermain dram.

Dan, satu-satunya perkara yang sukar untuk ditiru oleh para pencipta adalah kehangatan sentuhan tangan yang mampu memanipulasikan perasaan manusia yang disentuh dengan tangan tersebut. Contohnya; Sentuhan tangan seorang ibu yang membelai anaknya. - Bayi mengingati sentuhan tangan yang kerap membelainya dan hanya akan selesa pada sentuhan tersebut. Bayi mudah menangis pada sentuhan tangan yang asing bagi dirinya. Tidak terkecuali pada tangan manusia, peranan buah dada seorang ibu dan susunya adalah sangat original walaupun kehadiran susu-susu formula di pasaran, susu dan buah dada seorang ibu memainkan peranan yang mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak, di mana keistimewaan itu tidak terdapat pada susu formula dan kita juga sudah sedia maklum akan kebaikan susu ibu berbanding dengan susu lembu berformula di pasaran. 

Sistem pembelajaran mulai diambil alih fungsinya oleh teknologi dalam menggantikan guru dalam konsep kelas realiti kepada kelas maya. Apa-apa hasil kajian, soalan peperiksaan, nota-nota dan yang seangkatan dengannya sangat mudah didapati di dalam ruangan maya dan turut wujud sistem kertas peperiksaan secara talian di internet yang bermodus operandikan MLM iaitu Score A. Akan tetapi, pengajaran yang hanya berlandaskan huruf-huruf aksara di ruangan maya dengan pemahaman sendiri tanpa panduan boleh menyebabkan ajaran sesat(salah konsep). Oleh itu, guru/tenaga pengajar manusia masih sangat relevan dalam sistem pembelajaran. Mahukah anda membiarkan anak-anak kecil anda diajar dalam ruangan maya tanpa saduran moraliti? Interaksi dua hala sistem realiti mempunyai impak yang sangat berlainan daripada interaksi dua hala dalam sistem maya. Jadi, sistem pembelajaran ruangan maya hanyalah relevan untuk memudahkan sistem pembelajaran realiti, tetapi, untuk menjadikan ruangan maya itu untuk menggantikan fungsi seorang guru adalah tidak bijak.

Makanya, generasi kita hari ini sangat memainkan peranan dalam menentukan hala tuju teknologi di mana sama ada kita yang memanipulasikan tekonologi atau pun teknologi yang memanipulasikan kita. Andai kita mahu bakal anak-anak kita nanti diasuh oleh robot, dan diajar oleh ruangan maya, dan diberi makan oleh hasil sintetik, maka, berjimba-jimba lah kita membiarkan diri kita dimakan teknologi. Pernah menonton filem kartun Wall-E di mana bumi ditimbuni sampah dan manusia menjadi gemuk dan serupa hasil manjaan teknologi? 

Daya sentuhan manusia, iaitu sentuhan kita sendiri, hebat memanipulasi manusia lainnya, contoh paling mudah adalah seks. Sudah tentu kalian tidak mahu bersenggama dengan robot kan?





Share |

5 komen:

bujal X said...

saya suka tangan yang membelai.

*mengusap tangan lucifer.

ghost writer said...

kalau begitu aku lebih suka melanggan jalang dari melakukan hubungan seks dengan robot...ada give n take nya.

Dark Half said...

manusia mencipta robot, sudah tentu manusia lebih sempurna dari robot

di antara ciptaan Tuhan adalah manusia
dan pastinya Dia Maha Sempurna

Lucifer said...

bujal
=.=

ghost writer
indeed, kerana emosi itu belum ada copu n paste.

Dark Half
indeed.

yang sempurna ciptaannya sudah tentu Tuhan kita.

KHRLHSYM said...

Aku setuju!, orang kata gitaris bukan hebat kerana kemampuan dia membeli barang-barang mahal dan menguasai kesemua skill yang ada, yang menghebatkan mereka ialah sentuhan jari-jari mereka digitar itu sendiri atau lebih dikenali dengan tona jari, walaupun kita menguasai 100% lagu jimi hendrix misalnya dengan berbekalnya barang yang original digunakan tapi tetap tidak dapat menjadi dia 100%.

satu kelebihan teknologi robot ialah ketepatan 100% meniru sesuatu benda itu sama contohnya jam yang kompleks, kereta. tapi pada akhirnya tetap manusia juga menilainya sama ada cacat atau tidak. aplikasi ini jatuh kepada benda yang manusia gunakan sahaja dan sesetengah benda masih lagi dinilai keseniannya dari pembuatan tangan.

dengan itu diakhiri sentuhan tangan manusia itu seni. kehkehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...