06 May 2011

Ikan syaitan

Agak keterlaluan jugak meletakkan perkataan "ikan" dan "syaitan" bersebelahan, sebab ikan merupakan haiwan yang takde akal dan bertindak mengikut naluri & nafsu, berbanding syaitan yang dalam pemahaman Islam dan Kristian merupakan the fallen angel yang ada akal. Tapi sebenarnya cerita serba sedikit pasal Goliath Tigerfish, yang mana dalam rancangan River Monster digelar sebagai Demon Fish.

Goliath Tigerfish merupakan atau nama saintifiknya, Hydrocynus goliath merupakan sejenis ikan pemangsa yang boleh di dapati di negara Congo. Boleh membesar sampai 1.5 meter dan ada kala sampai berat 50 kg. Ikan ni walaupun tak la sebesar Great White Shark, tapi disebabkan terdapat insiden serangan ke atas manusia reputasi ikan ni agak menggerunkan orang2 kat Congo. Ironiknya, ramai jugak rakyat Congo tak pernah jumpa ikan ni, tapi bagus la kot sebab ikan ni tak ubah macam Piranha versi 50 kg.

Bila badan besar dan berat, dah tentulah susah nak tangkap. Jeremy Wade, biologist yang jugak hos rancangan River Monster cakap ikan ni memang antara greatest fish he had ever catched. Mungkin maksud dia ikan sungai la kot.

Dalam kes serangan terhadap manusia, ikan ni dikatakan tertarik untuk menyerang mangsa yang memakai sebarang objek yang berkilau. Ada satu kes, budak perempuan masuk dalam air sungai untuk main2, kat pinggang dia terpasang tangkal yang berkilat - tangkal yang dipakai secara tradisi untuk melindungi keselamatan diri. Tapi sadisnya, budak tu mati diserang ikan Tigerfish ni dan dia dibaham di bahagian pinggang, sebab ikan tu attracted terhadap shining object. Fuh..

Kalau ada masa, mungkin korang boleh tengok rancangan River Monster yang dah uploaded dalam Youtube kat bawah ni. Biodiversiti ciptaan Tuhan ni banyak jenis - dan yang satu ni agresif dan menakutkan.





Share |

3 komen:

- koroe - said...

masa kecik, aku pernah tangkap ikan laga.


ikan tu ganas gila. kau tahu nyamuk buleh bunuh manusia.


ikan tu buleh bunuh nyamuk. lagi hebat. kan?


haha

zey said...

menarik ikan neh...
teringat aq kat kuliah yang lepas cerita pasal deep sea fish : coelacanth.

ikan ni pernah pupus dan tahun 1999 dijumpa balik. apa yang lg menarik, sapa yang kaji ikan ni, semuanya end up jadi GILA. ikan ni ada 4 kaki/limbs.

Anonymous said...

My buddy encouraged I'd personally similar to this web site. He / she ended up being proper. This particular definitely produced this day time. You are unable to envision the time I had expended interested in this.
My website :: Criminal Search

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...