01 May 2011

Pemerhatian

Gugurnya graviti dalam diri dia apabila melihat pecutan yang ada pada konduktiviti harapan manusia seiring dengan keperluan yang memenuhi nafsu serakah. Manusia semakin tamak menyusuri kejayaan. Manusia semakin tamak mencari kejayaan. Adakah dia tergolong di dalam manusia yang tamak sebegitu?

Sistem yang di kenalpasti merobek keluhuran manusia itu perlu di analisis, perlu di sintesiskan bagi mengubah perkara-perkara yang negatif menjadi positif. Kiranya dia mahu membalikkan kejadian kelukaan kepada kejadian kegembiraan. Harapan itu masih ada walaupun di katakan harapan itu hanya untuk mereka yang kalah. Merengek dan memanjatkan mimpi untuk menang.

"Mengapa tidak untuk aku berharapan walaupun sedikit? Katakanlah, lafazkanlah yang aku ini selalu tewas, tetapi tiada siapa yang boleh merampas hak aku untuk berharapan"


Menang.


Itu saja yang dia mahukan. Menang pada setiap masa. Melebihi setiap masa. Walaupun sebenarnya dia sudah kalah, dia akan mencari mana-mana pelosok mungkin untuk mengatakan dia menang agar memberi keyakinan kepada perjalanan seterusnya.

"Ahh, di sini ada ruang kelemahan, mengapa tidak aku baiki dahulu?"

Sistem kapitalis. Sistem sosialis. Sistem liberal, diktator, demokrasi bahkan syariah Islamiyah itu sendiri mempunyai kelemahan kerana pengamal sistem adalah sikap. Sistem dan sikap. Dua kelas yang bertindak-balas sesama sendiri seperti kembar partikel dan gelombang dalam hukum mekanik kuantum. Apa saja yang berhubung kait dengan momentum dan tenaga pasti ada ruang yang boleh di perbaiki dan dikira. Itulah metafizik. Perubahan dan tindak balas sesuatu tahap.

Perlahan-lahan dia mengambil semula pematri dan membuka semula litar-litar prinsip yang terpesong dari matlamat eksperimen. Kehidupan dia berbalutkan kajian dan interaksi pemikiran dari pemerhatian. Itu lah dia. 


Dia memang gila, namun dalam gila itu ada hormatnya.



Share |

2 komen:

aida said...

secara umumnya, metafizik yang menjadi pembolehubah manipulasi pada setiap fahaman/sistem. andai kau pisahkan diantara keduanya, maka kau mungkin akan tergelincir-- sama ada kau jatuh terjelapuk atau terjunam dalam gaung yang dalam.

karl said...

kita memerhati untuk memandu akal supaya tak melintas batas-batas yg melingkari kehidupan kita.

setiap analisis sebenarnya dah ada control sebagai pemandu arah - Al Quran + Sunnah bagi yang mengaku Muslim, Rig Veda buat Hindu, Old & New Testament untuk Yahudi & Kristian.

Ataupun mungkin jugak God's Delusion, kalau anda seorang atheist atau agnostic

kelemahan, keterbatasan kemampuan usaha dan akal tu merupakan ciri kesempurnaan manusia. bunyi macam paradoks, tapi sebenarnya tak. manusia sempurna sebagai seorang manusia sebab dia ada kelemahan. Kalau takde kelemahan langsung - darjat manusia tu bukan lagi manusia. Yang tiada kelemahan langsung dah tentulah Tuhan.

Litar kehidupan ada persamaan dengan litar elektronik, ada get, ada suis, bersandarkan logik. cuma susunan litarnya lebih kompleks sebab yang menciptanya bukan manusia.

Hidup jadi manusia memang sukar. Sebab itu orang Muslim - baca Al Ikhlas tiga kali, Allah beri pahala seakan khatam penuh Al Quran. Dan sebenarnya hampir kesemua kita tak ada idea betapa besarnya kesukaran sebagai manusia - dan akhirnya kita hidup dalam default mode & selalu dalam keadaan take for granted

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...