21 May 2011

Ular oh ular

Ular oh ular kenapa kau makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku
Memang makanan aku

Lagu "Bangau Oh Bangau". Copyright Controlled.

Terbaca pasal penduduk kampung di Ipoh yang menghantar ular hidup sebagai hadiah ke pejabat Menteri Besar Perak bagi aku idea untuk tulis..ok la, aku copy+edit sebenarnya entri pasal ular ni.

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa. 

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, kesemuanya mempunyai bisa dan berbahaya. 

Memandangkan susah untuk kita tahu sama seekor ular tu berbisa atau tak, cara terbaik bila terjumpa ape2 jenis ular pun ialah cuba elakkan daripada dipatuk ular tu. Kalau korang berani dan ada pengalaman, mungkin korang boleh cuba tangkap ular tu kalau ular tu masuk dalam rumah korang, pastu buang la keluar. Tapi sebaik-baiknya panggil je la bomba, sebab sebagai contoh ular sawa, walaupun tak berbisa tapi boleh membelit manusia sampai mati. Ular yang tak berbisa kalau mematuk, walau pun takde racun tapi dalam mulut ular tu banyak kuman - tak kena bisa, mungkin korang boleh kena jangkitan kuman. Jadi kalau kena patuk, tak kira la ular tu bisa ke tak, pergi je la ke hospital.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang. Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa. 

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan. 

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular. 

Terdapat tiga jenis keluarga ular yang berbisa

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin). 

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman. 


Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama: 


Jenis Ular
Tanda-tanda kesan bisa patukan
Viperidae
(Kesan toksik bisa bermula dari 30 minit to 24 jam)

  Gangguan jantung dan salur darah:
  • Pitam, pening kepala, pengsan, gangguan ritma jantung, penurunan tekanan darah.
 Gangguan sistem pembekuan darah
  • Pendarahan di sekitar tempat gigitan
  • Pendarahan spontan di gusi, mata, batuk atau muntah berdarah, kencing berdarah, pendarahan dalam otak
Elapidae
(Kesan toksik bisa bermula dari beberapa minit hingga 6 jam)
  Sistem saraf
  • Pening, lumpuh seluruh badan, sukar membuka kelopak mata,lumpuh otot sekitar muka dan mata, air liur meleleh.
  • Kencing berdarah dan kegagalan buah pinggang.
Patukan King Cobra juga boleh menyebabkan gangguan sistem pembekuan darah seperti yang diakibatkan oleh bisa ular dari keluarga Viperidae
Hydrophiidae
(Kesan toksik bisa bermula dari 5 minit hingga 8 jam)
  Gangguan otot rangka
  • Sakit seluruh badan, lumpuh otot jantung, kejang otot
  Buah pinggang
  • Sakit belakang, kencing berdarah atau warna air kencing bertukar keruh kehitaman, atau tidak dapat kencing langsung atau mungkin kencing dalam kuantiti yang terlalu sedikit.
  Sistem saraf
  • kabur penglihatan, sukar bercakap, sukar duduk tanpa bantuan, badan menjadi lembik dan lumpuh. Dalam kes yang serius kegagalan otot pernafasan mungkin berlaku.

 Langkah - langkah yang perlu di ambil bila berdepan dengan mangsa patukan ular berbisa

- Minimumkan pergerakan bahagianbadan yang dipatuk. Sebagai contoh sekiranya patukan terkena di kaki, ikatkan sebatang kayu pada kaki untuk mengurangkan pergerakan

- Kenalpasti jenis ular yang mematuk - bunuh ular tersebut dan masukkan dalam balang kaca/bekas yang selamat dan bawa sekali bersama mangsa patukan ke hospital untuk pengenalpastian oleh doktor, seterusnya memudahkan doktor menentukan rawatan yang sepatutnya.

- Jangan potong/kelar atau picit tempat terkena patukan

 - Hantar mangsa secepat mungkin ke hospital/klinik berdekatan

Contoh-contoh ular bagi setiap keluarga


Elapidae


Ular Katam Tebu

Ular tedung/senduk

Ular tedung selar

Viperidae

Ular Kapak Tokong

Ular kapak tanah

Ular kapak hijau/kapak bakau

 Hydrophidae



Ular laut belang (paling common dan senang jumpa, tapi selalunya tak agresif pun)



Share |

1 komen:

AkuMuzikFilem said...

"ular masak kari memang sedap". jawab budak asli masa aku tanya orang asli makan apa lagi. dorang makan ular air je sebab takde bisa, katanya. serbuk kari yang digunakan biasanya babas, adabi, brand biasa di pasaran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...