02 June 2011

Kesan Geraham Bongsu (Impacted Wisdom Tooth)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Pesakit berumur 20 tahun, masih bujang, tidak pernah melakukan oral seks dan mempunyai diet makanan yang seimbang. Cuma sejak dua tiga empat menjak kebelakangan ini sakit di di bahagian gusi belakang berdekatan dengan dinding pipinya semakin menjadi-jadi. Didapati kawasan tersebut kemerah-merahan (radang = iflammation) gusi mulai membengkak dan sesekali berdarah. Kadang-kadang pesakit juga rasa sengal-sengal di kawasan rahang dan bawah telinga --> ini semua simptom pericoronitis berlaku.. Selaku seorang pelajar urban yang percaya pada perubatan moden, beliau mengambil langkah mudah untuk terus berjumpa doktor gigi bagi merungkai tabiat luar alam ini.......

Hasil perbincangan yang bernilai 42LE Pound (sekitar RM20, kalau di Malaysia saya kurang arif kosnya berapa) tersebut, doktor menasihatkan beliau untuk membuang geraham bongsu yang nampaknya belum ada tanda mahu tumbuh (impacted wisdom tooth). Persoalan demi persoalan diajukan kepada doktor gigi tersebut. Apakah geraham bongsu? Apakah jenis-jenis kesan geraham bongsu? Mengapa kesan geraham bongsu ini boleh terjadi? Dan yang paling utama, mengapa perlu dibuang geraham bongsu ini?

Pengenalan.
Seorang manusia normal yang tidak dilahirkan di Marikh, tetapi di Bumi, mereka mempunyai 4 gigi geraham bongsu (third molar) dua batang di atas dan dua di bawah (satu setiap kiri dan kanan). Pertumbuhan gigi geraham ini berlaku dari umur 18 - 24 tahun. Untuk mengesan impacted wisdom tooth ini adalah dengan melakukan xray.

Apakah Kesan Geraham Bongsu (Impacted wisdom tooth)?
Kesan Geraham Bongsu ini adalah translation terus dari google translate, tapi ikut bahasa inggerisnya Impacted Wisdom Tooth. "Impacted" ataupun perkataan "kesan" tersebut adalah merujuk kepada gigi geraham yang tidak tumbuh dengan sempurna pada tempatnya. Ianya boleh jadi distal (menyimpang), mesial (mencondong), horizontal (melintang), vertical (menegak), soft-tissue (tisu lembut) atau bony (bertulang). Untuk jenis saoft tissue, gigi sudah mulai tumbuh di permukaan gusi tetapi tidak sepenuhnya. Bagi jenis bony pula, gigi masih lagi terbenam di dalam rahang. Pesakit perlu mendapatkan gambar xray bagi menentukan jenis wisdom tooth. Kebanyakan kes adalah jenis mesial.


Kenapa geraham bongsu boleh jadi macam tu ek? 
Okay, soalan ni senang. Qadak dan qadar telah menentukan..haha ok tipu. Sebab utama boleh terjadinya kesan gigi geraham bongsu ini adalah kerana ruang untuk gigi geraham bongsu ini tumbuh (di belakang geraham yang kedua (second molar)) tidak mencukupi, atau senang kata tak muat. Dah sempit dengan set graham yang lain.

Sebab perlunya membuang geraham bongsu (impacted and non-impacted wisdom tooth)
Bagi pendapat profesional saya, bagi mengelakkan rasa sakit pada masa depan, adalah lebih baik geraham bongsu ini dibuang bagi mengelakkan kesan buruk pada masa depan. Tak semestinya dibuang, bergantung pada nasihat doktor gigi anda dan evaluasi xray anda. Tak mahu set graham yang kedua anda rosak, rapuh atau patah, bertindaklah sekarang dengan membuangnya. Pada usia muda, gigi geraham bongsu tersebut masih belum tumbuh dengan sempurna,kurang mampat dan akarnya masih lembut, oleh itu surgeri untuk membuangnya akan jadi lebih senang. Bagi yang sudah berumur, payah sikit lah. Masa untuk sembuh pon lebih lama. Doktor pakar biasanya akan menasihatkan untuk buang gigi geraham bongsu yang bermasalah ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu adalah:

- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.

Pesakit diberi Brufen Granules (ubat serbuk larut dlm air) untuk mengurangkan kesan inflammation dan Ibidroxil 500gm (anesthetic).

Berbincanglah dengan orang tua (sebab depa yang nak kena bayar surgeri ni) dan buatlah keputusan semasak-masaknya. Bagi pesakit dalam kes ini pula, beliau kata nak tunggu balik ke pangkuan keluarga nanti. Dengar kata jururawat di hospital kerajaan tak kurang manisnya, kan @kucingputih?

Entri seterusnya saya akan jelaskan isu surgeri dan rawatan selepas surgeri. Sebarang pertanyaan lanjut sila komen di bawah atau boleh ke laman fesbuk Pseudosains. Kami juga mengalu-alu kan undangan ke majlis perkahwinan dan soalan sains yang thrill tak thrill mana. :D

http://www.facebook.com/pages/PseudoSains/





Share |

26 komen:

Kuceng Puteh said...

Hahaha! Wow, tak sangka entri ni di tulis. Nice job @fiqvertigo. :P

Anyway, aku salah seorang pesakit yang dah di beri surgeri membuang gigi bongsu sebulan yang lepas.

Gigi bongsu aku tergolong dalam 'horizontal impaction' dengan separuh daripada gigi timbul keluar dari gusi. Also, ada sedikit ruang di antara gigi bongsu dengan gigi geraham menyebabkan sisa makanan selalu tersangkut lepas makan.

Then, aku decided tuk buat operation ni lepas mengalami pericoronitis selama berberapa bulan.

Pesan aku, kalau ada rasa sakit macam tu, terus consult pada doktor. Kalau di biar sakit tu, takut lain jadinya. Tak perlu takut dengan operation tu, it's not very bad. Janji jaga pantang lepas operation, rehat/tido, ubat2 makan, takde hal punya.

Extra info: Di katakan gigi bongsu ni tumbuh sebagai gigi ganti kepada gigi geraham yang tertanggal. Djaman dulu2, daging ayam/lembu/kambing/babi adalah liat menyebabkan gigi cenderung tercabut/tertanggal dalam sesuatu jangka masa. Tapi djaman sekarang daging2 tu sume sudah lembut2 belaka jadi masalah gigi bongsu selalu menjadi masalah di waktu kini.

eszol raar said...

*masih menunggu geraham baru

Fiq Vertigo said...

@kucingputih

terima kasih kerana berkongsi pengalaman. kerana gigi anda begitu berharga *iklan*


@eszol raar

tak lama lagi tuu..

Fiq Vertigo said...

tambahan daripada bro @khairul naim.

ibridoxil dalam entri post kat pseudoscience. Ibridoxil tu brand name untuk cefadroxil - 1st gen cephalosporin. tujuan bagi kat pts with impacted wisdom tooth tu sbg infection prophylaxis. kalau kat malaysia adik beradik terdekatnya cephalexin, dose 500 mg tds. brufen tu ibuprofen, indicated for both inflammation & pain killer (betul la tu utk reduce inflammation).

karl said...

brufen - ubat tahan sakit

ibridoxil - antibiotik

Miss Dolce and Gabbana said...

wah.aku baru lepas cabut minggu lepas pasal gigi aku tumbuh pada bahagian lelangit.pergh..sakit bila dentist tu cabut.Nasib baikla handsome :)

fiqvertigo said...

gigi pada lelangit? kewl!

oreo oreo said...

yet kalau wisdom tooth tu tak tumbuh between agae 18 ke 24 thn tu, ade potensi die tumbuh lagi lepas dari umur tu tak? i dont whether this is a question or not. tapi nak tanye jugak! *ragu ragu ohhh sambil sibuk dok pegang gigi gigi ni =]

Zie said...

nice info..tapi kan,aku punye gigi geraham slalu sakit, sebab isi gusi tertolak ke atas gigi tu sendiri..so aku rase mcm takut nk consult doktor..asyik bengkak je gusi tu sebab tergigit ngan gigi atas

:(

syimiekitty said...

gud2...aku yg amik dental ni pn belum buat entry lg pasal gigi... :D

apa2 pun mintak nasihat doktor kalau nak cabut sbb certain case tak perlu cabut pun..dr. aku ckp aku kena cabut semua gigi aku sbb impacted walaupun tak sakit..kalau cabut atas,bawah pun kena cabut sbb gigi yg tak cabut boleh overerupted..

nway,,,nice post :)

Juna's World said...

Nice post.saya tgh sakit wisdom tooth tgh nak naik.tunggu masa uyk dibuang.takuttttt.. Tolongggghh

Latifah said...

gigi geraham bongsu sy tumbuh serentak empat gigi.. atas dan bwh.. mmg skit sgt2.. yg pling best gusi bengkak.. msa mula kuar tu ada gak kuar nanah dan drh.. pg rjuk dentist tp dentist bg ubt thn skit je.. skunk pun pg dntist kat u mcm tu gak bg surat suh tggu smpai tmbuh smua ggi.. msalahnya dah skit sgt2.. kna g swasta la jwbnya.. sbtg ggi grhm kalu cbut brpa ye

Jαnnαhツ said...

waw, masih ingat lagi masa gigi geraham bongsu nk tumbuh. makan nasi pun rasa sakit!! wuwuwu

MaxxOrange said...

Cabut kat swasta, mau kena RM 150 sebatang. Kalau agak2 nak cabut tu consult dulu je kat klinik gigi kerajaan. Biasa Haisha(dr gigi) akan bgtau ( lepas xray) kalau tak normal. Kalau normal sekejap je procedurenye. Gigi sy baru dicabut 2 jam lepas, bayar 3 ringgit (rm3) saje untuk registration + cabut. Murah kan? Dr yg cabut tu pun very professional. KUDOS!

dilaila salleh said...

i baru lps cabut..2 btg sekaligus sbb geraham telah myebabkn gg bongsu i jdy rosak..pnh refer kat kat klinik kerajaan xp just bg ubat tahan sakit ja..tgk2x rupanya dah smakin truk..nak x nak g swasta..melayang dekat rm 700... sedih giler =(

mysz said...

salam. nk tanya boleh x? agak musykil sbb lately ada sakit kt bahaggian rahang. & my friend said that is't probably because of wisdom tooth. tp kn, yg musykilnya, selepas meng'google', kebykn kes kena cabut, or mostly of it. habis tu, apa fungsi ggi ni tumbuh at the first place? klo tumbuh, mmg kena cabut la ye?

Anonymous said...

Sy baru cabut sebatang 2 hari lepas atas nasihat doktor. Ada 3 lg menunggu bila2 ada masa nk cabut sbb tumbuh x betul n xde function pon. Masalahnye masa cabut tu gigi ada patah sikit tertinggal dlm gusi. Doktor kata x jd maslah. Tp smpai skrg aku rs berdenyut2. Asyik telan ubt thn sakit je. Kje pon x selesa. Betul ke doktor tu kata xde effect @ nk amik ati aku je? Ade sesapa blh jwb x? Klu x btul aku nak saman je doktor tu... Huhu

Izham Maliq said...

Cam bohong je cabut murah benau.... bukan ke kos nya rm500 ke rm1000 melibatkan pembedahan kecil... di potong 4, di cabut n di bius.. adoiiii bengkak dah seminggu ni sakit yg amat rasa tertekan x boleh tidur stress.. bius pun x reda lg ni. 3kali dibius oii sakit nya kalah org beranak. Ok done lepas seminggu dtg balik tuk buka jahitan adoiii mampu kah nak menahan ni pun sakit bengkak mcm bola x tahan. Lepas tu apoitment lagi sebelah kiri ni kena bedah kira teruk sikit nak masuk wad lah nampak gaya nya,Berpuasa, sedut gas pengsan bngun dah siap. yg skrg ni buat kat klinik je cara biasa alamkkkk menyesal beb bapakkk punya sakit tu yg 3kali bius. Ermmm... tu yg pelik bila anda kata cas rm3 je cabut n mcm biasa je 😂😂😂😂 k bye nanti pas 2nd punya minor surgery kita jumpa lg ek... klu sy ingat blog ni.. 😉😉😉😉

Izham Maliq said...

Maybe korang gigi geraham biasa kot... ni gigi bongsu huhuhu

Effa Ibrahim said...

Izham Maliq.. Saya buat minor surgery untuk horizontal punye kes gigi bongsu kanan, saya buat dekat PPUM, Free Of Charge..masa register jer bayar RM3.. masa tgh surgery tu x sakit, tapi da sampai rumah, kesan bius tu dah hilang.. menangis x henti2 tahan sakit... sekarang ni tgh fikir bile nak buat belah kiri plak.. sebab takot sgt...tapi nak tak nak mmg kene buat pun..

Anonymous said...

sy dah tumbuh 2 btg gigi bhgian atas..and dari bacaan ni sy agak sy punya is soft tissue..jadi kena buat apa2 rawatan ke kalau gigi jenis soft tissue ni??and lagi satu gusi bhgian bawah saya sakit..tapi takdelah smpai berdarah dan sakit sgt,cuma mcm sakit bila makan,n bila berlaga gusi bwh dgn gigi atas..bila rasa dgn jari mcm ade bentuk gigi pd gusi tapi tak keluar lagi..mcm mana ye tu?patut ke sy jumpa dentist or sy tggu je gigi tu keluar??sbb saya takut nk pg dentist:((..

ZURIANA MOHAMED SALLEH said...

Salam, sy pernah buat minor surgery utk graham bongsu sebelah kanan bawah tahun 2009 kat hkl. Prosedur dlm sekejap jer dlm 30 minit camtu(ingt2 lupa). Tp bilahbs ubat bius jgn ckp sakitnye guling2..lebih dr sakit beranak czer. Makan ubt tahan sakit pon xjalan. Hari ini, pegi klinik gigi lg sbb dh tumbuh sblh kiri atas dan bawah. Appt bln 10 jumpa pakar. Menangis dlm ati dah ni sbb xdpt bygkan kalo 2 btg gigi plk. Dlu muka bengkak yg amat...kalo 2 btg xtau la. Aku doa yg ni Allah ringankan beban sakit tu. Allah.... ada lg x yg nak share pengalaman operate 2 btg gigi graham bongsu ni...(tgh kumpul semangat) :'(

ZURIANA MOHAMED SALLEH said...

Salam, sy pernah buat minor surgery utk graham bongsu sebelah kanan bawah tahun 2009 kat hkl. Prosedur dlm sekejap jer dlm 30 minit camtu(ingt2 lupa). Tp bilahbs ubat bius jgn ckp sakitnye guling2..lebih dr sakit beranak czer. Makan ubt tahan sakit pon xjalan. Hari ini, pegi klinik gigi lg sbb dh tumbuh sblh kiri atas dan bawah. Appt bln 10 jumpa pakar. Menangis dlm ati dah ni sbb xdpt bygkan kalo 2 btg gigi plk. Dlu muka bengkak yg amat...kalo 2 btg xtau la. Aku doa yg ni Allah ringankan beban sakit tu. Allah.... ada lg x yg nak share pengalaman operate 2 btg gigi graham bongsu ni...(tgh kumpul semangat) :'(

Anonymous said...

Ada..umur sy 29 thun.. skarang tgh mengalami pertumbuhan gigi bongsu ni..sgt sakit..huhu..

Norjannah rAnne said...

Tkotnye baca dr experience u all..sy tgh tahan sakit gak ni gg bongsu nk tumbuh..td cek doc ckp g xray dlu tgk tkot gg xblh kua..caj operate dlm 800..tp if nk g gov klinik cmne prosesnye..kna wat appointment dlu ke..

Raja Hamizah Raja Ismail said...

Saya sedang mengalami gigi geraham ini.. If saya tak buang apa kesan yang Bahaya kepada saya??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...