11 June 2011

Mari membaca

Baiklah. Aku tau korang yang follow blog Pseudosains ni terdiri daripada golongan yang suka membaca, kalau tak mustahil la korang follow blog ni. Sekarang dah ada 151 followers, jadi maksudnya ada 151 orang yang suka membaca dan jadi follower Pseudosains. 

Tabiat membaca ni satu tabiat yang baik sebab makin banyak input masuk melalui pembacaan, makin banyak maklumat yang kita ada. Makin banyak maklumat yang kita ada maka makin senang kita nak membuat perbandingan, menganalisis dan yang paling penting membuat keputusan. Membaca tu satu permulaan yang baik ke arah kebaikan, tapi bergantung pulak dengan bahan bacaan apa yang kita baca tu. Kalau baca majalah URTV, Mangga, Mastika, ataupun komik Doraemon, tu pun dikira membaca tapi input dalam bahan bacaan macam tu low grade la. Tak membina membina sangat, lagi pun bahan bacaan macam tu dijual oleh penerbit yang nak duit, bukan nak mendidik pembaca.



Malas nak tulis banyak2, makin banyak tulis makin mengarut. Sebagai peminat Pseudosains, aku cadangkan korang beli dan baca buku tulisan Stephen Hawking nih --> A Brief History of Time: From Big Bang to Black Holes. Kalau dah beli, dah baca bagus la, tapi kepada yang belum pernah baca, aku cadangkan korang beli la buku ni. Terutamanya kepada yang berminat dalam sains fizik, buku ni bagus sebagai pendedahan awal kepada modern physic, dan jugak sedikit classic physic. Walaupun buku ni diterbitkan pada tahun 1988, tapi aku pun baru jugak beli - dan baru start nak baca (ok la korang kena faham isnin - jumaat aku kerja, kadang2 sabtu ahad pun aku kerja, kerja hospital beb mana ade cuti sekolah @ cuti semester, masa terhad so susah la nak spend banyak masa untuk fokus baca buku ni je). Berbanding dengan korang yang rata-ratanya student universiti yang tengah cuti sem sekarang, aku rasa korang lagi banyak masa la kot boleh spend untuk baca buku ni berbanding aku tapi aku cuba jugak la merangkak sikit2 nak habiskan baca buku ni.

Sekarang aku dah baca sampai bab kedua - Space and Time. Bab pertama  iaitu Our Picture of Universe banyak bercerita pasal macam mana saintis dan manusia sebelum kita sekarang ni mengkaji alam semesta, pergerakan planet, fizik klasik dan fizik moden sebagai percubaan untuk mencari punca dan di mana bermulanya proses penciptaan alam ni. Dalam bab pertama ni cuma sebagai mukaddimah je la, pengenalan asas fizik dan sumbangan fizik, perbezaan Teori Relativiti dan Quantum Mechanic. Space and Time aku tak abis baca lagi.

Masa Dr Sheikh Muszhapar naik ke stesen angkasa lepas dulu, macam2 idea keluar, cadangan supaya Malaysia serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas la, nak ada stesen angkasa sendiri la. Semua tu tak mustahil nak dicapai, tapi kena ada ilmu dulu la. Nak ada ilmu kena membaca. Buku yang aku cadang ni, bukan la buku teks fizik yang boleh tolong korang jawab exam, buku ni lebih kepada pendedahan kepada konsep bidang fizik yang mengkaji kejadian alam semesta ni. Aku nak cerita lebih pun aku sendiri tak habis baca lagi so apa kata kita sama-sama baca, dan kalau korang habis baca dulu korang boleh je tulis ulasan buku ni dan share sama-sama dengan semua orang. At least korang boleh participate dan jadikan blog ni tempat untuk perbincangan ilmiah.

Harga buku ni, aku beli hari tu RM 28.80, lepas 20% kat Popular Bookstore. Kat MPH tak tau la harga berapa. Tapi kepada yang takde budget atau pun budget lari bulan ni, nak baca softcopy punya pun boleh, tapi save la dulu takut nanti link mati. Klik kat link bawah ni.


Okeh, selamat membaca.





Share |

4 komen:

Lucifer said...

yezza, siap bagi link

PK said...

terima kasih untuk link.

Gayahspears said...

sedang membaca dan mencuba memahami..
chapter 1 pon tak habis lagi...

Anonymous said...

Ada edisi baru, A briefer history of time. Lagi senang paham.

-Shahir (Geofizik grad 2009)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...