28 July 2011

Iron Man

Siapa yang tak kenal Iron Man?

Iron Man (Anthony Edward atau Tony Stark) ialah satu watak fiksyen, seorang superhero dalam Marvel Comics Universe. Dicipta pada tahun 1963 oleh seorang penulis bernama Stan Lee dan ilustratinya pula digambarkan dari hasil lukisan Don Heck dan Jack Kirby. Pada tahun 2008 Iron Man telah difilemkan dan menjadi satu fenomena dalam industri perfileman malah menjadi filem box-office.

Iron Man membawa terlalu banyak kesan dan pengaruh kepada seluruh dunia, kanak-kanak khususnya. Adakah sut lengkap dengan senjata, boleh terbang dan dijana dengan arc fussion reactor di dadanya benar-benar boleh dicipta? Semuanya tidak mustahil dalam dunia kejuruteraan kini. Dengan bertambahnya dan luasnya ilmu quantumn mechanics seiring dengan peredaran masa semua ini adalah tidak mustahil.





Isunya bermula dengan arc fussion reactor di dada Tony Stark. Kalau saintis dan jurutera mampu membina power generator seperti ini. Sut besi berkuasa itu tidak lagi menjadi masalah besar. Dalam filem ini, bagaimana konsep menggunakan tenaga daripada tindak balas pelakuran sejuk dalam arc palladium reactor yang digunakan untuk memacu jantung? badan? dan akhirnya untuk menjana jet berkuasa?

Dari kaca mata dan pendapat seorang pelajar kejuruteraan,
Proton menghasilkan dari Pd lattice (melalui hidrogen dari air). Ditukar kepada antiproton + positron, selepas itu antiproton digabungkan semula kembali dengan proton untuk dilupuskan bagi menghasilkan photon gamma untuk menggerakkan badan. Dan untuk mekanisme jantung mungkin bahan-bahan photostrictive boleh digunakan untuk menukar tenaga Fotonik terus ke tenaga mekanikal. Tenaga dihasilkan oleh mass deffects hasil perlanggaran zarah. Jika zarah asas boleh dimulakan dan semua jisim zarah ini ditukar kepada tenaga, tenagay ang menghasilkan skala makro akan sangat besar. Mungkin, anhillation proton tegak lurus boleh menghasilkan tenaga sebagai letusan tetapi tidak mungkin untuk menjadi produk. Penggabungan semula antiproton dan proton, secara teori harus menghapuskan antara satu sama lain mengikut kepada fornula tenaga iaitu e = Mc2.
Menukar tenaga Fotonik ke Mekanikal, konsep bahawa radiasi elektromagnet boleh mengenakan daya ke atas objek bahan telah lama dicetus oleh Maxwell lebih daripada satu abad yang lalu. Untuk merealisasikan ke dalam peranti, kita perlu untuk memanipulasi harmonic oscillator energy level of atomic clusters. 

Untuk bahagian sut pula, semua itu hanyalah masalah kecil.

Tanpa perlu menunggu arc fussion reactor seperti yang digunakan oleh Iron Man,Yves Rossy, 51 tahun perintis Swiss, strapped jet packed bahawa dia mencipta sebuah mesin terbang di bahagian belakangnya dan terbang merentasi Selat Inggeris pada 26 September 2008 selama 9 minit 7 saat pada kelajuan 299 km/jam. Kemudian pada tahun 2008, beliau membuat penerbangan melintasi Alps, mencapai kelajuan tertinggi iaitu 304 km/jam.

Oleh sebab inilah, teknologi dalam filem Iron Man tidak boleh dianggap fiksyen semata-mata. Ia mungkin boleh menjadi realiti suatu hari nanti. 


#menulis perihal seperti ini dalam Bahasa Melayu sangat mencabar akal aku.





Share |

6 komen:

Lucifer said...

samalah., -.-" mencabar aku juga.

Erzarita Scarlet said...

bkn bidang kejuruteraan...but, klu dpt 1 baju cm iron man ni best gak...heh heh heh....

AkuMuzikFilem said...

kawan-kawan, janganlah rasa mencabar. ok apa dalam bahasa melayu ni. sedap dibaca dan difahami. keterbiasaan akan mengajar.

hollywood buat movie kan pakai otak

Lucifer said...

aku rasa mencabar tu merujuk dalam penterjemahan sepenuhnya bahasa inggeris ke bahasa melayu. dan rasa itu memang wujud lagi-lagi kekurang kosa kata dalam bahasa melayu. dan semua filem pakai otak, bezanya kemahiran dan garapan.

hackshitam said...

well-answered lucifer.

ENCIK TIKUS said...

aku yang baca pon rasa mencabar nak paham.. fuhhh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...