11 July 2011

Kenapa Menguap Boleh Berjangkit?

Biasanya dalam kelas Biology Puan Sharina, aku kerap sangat aku menguap. Tambah-tambah pula jadual kelasnya hampir waktu tengah hari. Cuaca yang panas dengan kipas angin di lab biologi yang tidak selaju mana bikin aku tambah penat untuk teruskan pengajian. Dah la penat, menguap berkali-kali pula. Bila aku menguap, aku lihat beberapa rakan kelas yang lain turut menguap. Ah sudah, kenapa mereka nak tiru aku ni? Adakah ini bibit-bibit bermulanya aku sebagai trend setter di sekolah? 

Yang runsing, 
Pelajar kelas 5 Ibnu Sina. 

Nampaknya adik pelajar kelas 5 Ibnu Sina kita ni menghadapi sindrom penyakit cepat perasan. Jangan risau dik, bukan adik seorang yang menghadapi sindrom ini. Persoalan yang merunsingkan adik ni selain untuk skor A+ dalam SPM nanti adalah kenapa menguap boleh berjangkit atau contagious yawning?

Umum tahu menguap adalah proses yang tidak dapat dikawal (involuntary process) yang membuatkan kita  sedut nafas secara dalam, meregangkan otot di sekitar telinga dan diakhiri dengan hembusan nafas. Terdapat beberapa teori mengapa manusia menguap.


1. Teori fisiologi
Dikatakan menguap mampu menarik lebih banyak oksigen ke dalam badan dan membuang pembentukan karbon dioksida yang berlebihan. Persoalannya, jika menguap mampu menyedut lebih banyak oksigen, yang anehnya tidak pula kita menguap semasa sedang bersenam? Menurut kajian seorang saintis neuro, bekalan oksigen tambahan atau mengurangkan bekalan karbon dioksida tidak akan mencegah perbuatan menguap.

2. Teori bosan
Kita cenderung untuk menguap semasa kita bosan menunggu giliran membayar bil air atau bil elektrik di pejabat pos, berada dalam trafik kesesakan lalu lintas. Tetapi  teori ini tidak menjelaskan kenapa atlet suka menguap sebelum bermulanya pertandingan. Ini membawa kepada teori seterusnya..

3. Teori menyejukkan otak (brain-cooling theory)
Menguap sedikit sebanyak mampu membekalkan aliran keluar masuk oksigen ke dalam otak melalui saluran darah. Suhu otak akan lebih sejuk dan ini mampu membantu menajamkan fikiran dan seseorang itu kembali fokus. Secara tidak langsung, menguap membantu kita untuk lebih berjaga-jaga. Bayangkan jika satu kelompok menguap serentak, maka semua orang akan lebih alert sama ada dalam menentang musuh atau fokus di dalam kelas.

Kenapa menguap boleh berjangkit?
Sama ada kita melihat orang menguap, mendengar atau membaca tentang menguap, tidak semena-mena kita akan turut ikut menguap. Ini semua adalah keraan mirror neuron (neuron yang menyebabkan satu makhluk dalam satu spesis yang sama mengajuk perbuatan masing-masing). Jadi tidak salahlah jika dikatakan manusia itu suka meniru perbuatan orang lain kerana mereka memang dilahirkan, diimplantkan sebegitu.

Kajian mendapati mereka yang menghidapi penyakit autism (tidak mempunyai social skill yang baik) tidak banyak 'mangajuk' perbuatan menguap ini. Oleh itu, ini menyokong bahawa teori menguap berjangkit ini juga bergantung kepada keboleh upayaan empati (perasaan) seseorang.

****
Untuk pelajar kelas 5 Ibnu Sina tadi, selamat menguap sambil meregangkan badan saya ucapkan. Jangan lupa tutup mulut pakai belakang tangan. Nak menguap pon biarlah sopan ye dak.

Untuk menyelesaikan entri ini sahaja saya menguap hampir 10 kali dan meregangkan badan sebanyak itu juga.  Saya rasa ada eloknya saya tidur sekarang. Selamat berteori!


Share |

8 komen:

noona said...

kirim salam puan sharina.

RepublicAku said...

hendak pulak kalau nak sembahyang atau mengaji ...menguap tak hengat!

penyakit setan gondol kot....keh3

anak abah said...

awal2 baca entri ni dah menguap da. =p

fiqvertigo said...

@noona

baik.


@republicaku

allah.. tang itu memang sayu je perasaan.. airmata pon penuh bertakung.. ahaha


@anak abah

haha kan kan kan

Sya Isya said...

Sya memang tngh mengantuk, tp bc pasal G6PD tu segar pula mata, sebab rasa nak tahu. tp peliknyer baca entri ni x pula menguap. haish!

AkuMuzikFilem said...

tak terperasan pulak menguap ni berjangkit

Fahmi Mahat said...

wow. psuedosains authormmg kelas. :D

okay, straight to commenting ..

1) mirror neuron + kekuatan bahagian otak yg proses entry emotions, mmg mampu menghasilkan magis yang pelbagai.

bkn takat gelak, ketawa, bergenang air mata, tapi juga menguap.

tak kurang juga deria yang enhanced, biasanya dimiliki seorang y sgt kuat emosinya hingga tahap org anggap dia ada ESP sebab tau@kesan lokasi sakit apabila lihat orang yang nampak sakit. biasa berlaku pada orang yang hati terlalu suci (maybe skrg da jarang berlaku)


2) suka punchline psl peniruan dan sifat neuron tu. nice ~ =)

yang suka entry ni,
FahmiMahat

lavender harum wangi said...

finally . aku selalu alami ni kalau dalam tren . begitu rupanya . haha .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...