03 July 2011

Passive Design #2

Untuk pembaca baru, sila rujuk entri Passive Design untuk memahami teori dan implementasinya.

Baiklah. Jika anda telah membaca entri sebelumnya, anda pasti boleh membuat kesimpulan bahawa passive design ini adalah rekabentuk yang respon kepada alam sekitar dan menggunakan tenaga yang ada tanpa sebarang penggunaan alat mekanikal. Walau bagaimanapun, tetap ada halangan tertentu untuk menggunakan passive design dalam binaan pada masa kini.

Bolehlah dipendekkan melalui beberapa poin:

Iklim dan udara di Malaysia

Malaysia dikategorikan dalam Negara yang bersuhu agak panas. Malah suhu setempat di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan sebagainya adalah lebih tinggi daripada kawasan pinggir bandar. Selain suhu yang tinggi, udara juga kurang bersih, dan jika anda dapat lihat selalunya bandar-bandar ini mengalami jerebu sepanjang hari.

Matlamat passive design adalah untuk mendapatkan udara segar dari luar. Jadi di sini bolehlah dikatakan jika pendekatan ini digunakan, maka penduduk bandar akan mendapat circulation udara yang tidak sihat. Malah suhu yang panas juga akan mempengaruhi suhu dalaman bangunan. Maka jalan terbaik ialah menggunakan penghawa dingin, dengan menutup semua tingkap.


Bahan binaan

Dalam zaman serba maju ini, bahan binaan seperti kayu semakin sukar didapati. Malah terlalu banyak pembalakan haram tidak terkawal menyebabkan kayu semakin pupus dan harga kayu juga melambung naik akibat dari permintaan yang banyak dari pembekal seperti industri perabot dan sebagainya.

Selain itu, kayu juga sifatnya mudah reput dek hujan dan panas. Tambahan pula serangan daripada serangga seperti anai-anai dan kumbang-kumbang kayu menyebabkan kayu bukanlah bahan binaan utama untuk membina rumah. Binaan daripada kayu yang perlu dirawat selalu menjadikan kos maintenancenya adalah tinggi.



Kos pembinaan dan penjagaan rumah kayu adalah lebih tinggi

Konkrit bukanlah bahan binaan yang baik untuk cuaca di Malaysia, akan tetapi sifatnya yang mudah lentur dan harganya yang murah menyebabkan konkrit menjadi bahan binaan utama di Malaysia. Konkrit menyimpan haba. Oleh sebab itu bahagian rumah yang menghadap ke arah barat cenderung untuk panas di malam hari.


Tanah yang terhad

Populasi di dunia adalah semakin meningkat secara exponentially. Penduduk Bandar juga semakin meningkat akibat dari migrasi dari kawasan luar bandar demi mencari sesuap nasi. Disebabkan itu kita kekurangan tanah yang baik untuk mendirikan sesebuah bangunan. Keadaan ini menyebabkan bangunan kediaman seperti flat, apartment, kondominium terpaksa didirikan, dan kebanyakkan dari bangunan ini terdapat di bandar-bandar besar.



Garisan hijau mewakili graf peningkatan penduduk dunia

Apabila bangunan seperti kondominium didirikan, maka sukarlah untuk menentukan unit mana yang mengikut orientasi timur barat. Unit rumah disusun mengikut tingkat dan kedudukan yang seragam. Rekaan rumah tidak lagi diambil kira tentang orientasi matahari, tetapi hanya pada keluasan tanah yang ada.

Contoh lain seperti rumah teres. Rumah teres disusun dalam keadaan linear dan disambung-sambung unitnya. Jadi agak sukar untuk unit tengah mendapatkan udara dan cahaya matahari yang cukup. Rumah teres murah selalu disusun rapat-rapat sehingga sukar untuk mendapatkan peredaran angin yang bersih.


Rumah teres unit tengah mempunyai kurang bukaan tingkap

Di samping itu, tanah yang terhad juga menyebabkan penghuni rumah sukar untuk menanam tanaman yang boleh memberi shading pada rumah mereka. Di kampung, keliling rumah adalah pokok-pokok besar. Tetapi di bandar, keliling rumah adalah jalan raya tar, tembok, rumah jiran dan longkang besar. Lebih malang jika rumah didirikan di sebelah lebuhraya. Habuk dan haba panas sentiasa ada, menyebabkan penghuni terpaksa menutup tingkap sepanjang hari. Ini keadaan yang sangat tidak sihat kerana penghuni tidak dapat udara segar.

Kesimpulannya, passive design agak kurang berjaya dan sukar mencapai targetnya jika diimplementasikan di kawasan bandar. Akan tetapi, beberapa cara-cara tertentu masih boleh diimplemen pada sesebuah pembinaan seperti kediaman dan pencakar langit. Contohnya pemasangan louvres pada dinding bangunan dan tanaman/taman hijau di atas bangunan.


Pemasangan louvres pada tingkap/bukaan sebelah timur dan barat

Sekurang-kurangnya bangunan tersebut mempunyai perlindungan dari silau matahari dan penyejukkan daripada tanaman di atas bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, tetap akan ada penghawa dingin dan lampu untuk pencahayaan.



Bersambung: Contoh-contoh bangunan yang mengaplikasikan Passive Design


Share |

4 komen:

ZeBentPenzel said...

bagus.
bagi saya passive design mungkin dengan penggunaan cermin besar di dinding strategik untuk memantulkan cahaya ke seluruh bilik.

juga ventilation fan. tak semestinya dekat dapur je ye tak?

also jenis kerusi yang digunakan. tak payahlah settee sofa berat bagai. yang ada ruang luas macam kerusi rotan kampung tu cukup untuk ventilation. dan juga kurang nyamuk nyorok celah2 bawah sofa yg gelap tu. ye tak?

biskut said...

ku tertanya2, kenapa kita tak didedahkan idea buat rumah dari tanah liat? negara2 arab + india pun buat pakai tanah sedia ada.

kadang2 diaorg guna batu2 keras utk buat asas setinggi setengah tingkat, pastu selebihnya tanah liat.

malah kita punya bata merah kan diperbuat dari tanah liat?

firdaus m said...

salam biskut,

aku try bg jawapan pada soalan kau sbb aku dulu keje line construction, it's because of cost.

sbb construction di malaysia, untuk main structure, selalu guna 2 bahan iaitu either concrete ataupun brickwork (batu bata tanah liat merah tu), so supplier byk di malaysia da fokus utk supply benda tu.

mcm jambatan pulak, dia ada blok concrete yg da siap fabricate, diorang joinkan together saja guna joint (kes jambatan pulau pinang yg runtuh tu for example)

yg besi, kaca atau apa tu itu bukan main structure dlm scope cerita ni.

boleh nak buat tanah liat, tapi kene cari supplier, dan bayar, so most contractor choose materials yg available di market.

firdaus m said...

just tambah, bila aku mention concrete tu, it's actually besi rebar tebal 10-20mm, yg byk2 tu, pastu org tuang concrete cement atas tu, the whole thing is called concrete.

ada kala, org ganti rebar tu dgn I-shape beam, tu pun consider as concrete.

kadang kala, org ganti kabel besi instead. lepas tuang or masa tuang concrete tu, kabel tu ditarik so the whole thing boleh shrink nipis sikit while having same strength, this one dipanggil prestressed concrete, kira in the end panggil concrete jugak.

ok sekian. byk lak cakap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...