02 July 2011

Passive Design


Passive design di dalam senibina adalah merujuk kepada pendekatan yang menggunakan elemen semulajadi, sebagai contoh menggunakan cahaya matahari untuk menerangi dalaman rumah atau menggunakan tenaga angin untuk menyejukkan suhu tanpa perlunya barangan elektrik seperti penghawa dingin, kipas, lampu dan sebagainya. Sistem ini menggunakan tenaga dan wang yang sangat minimum kerana hanya mengadaptasi elemen semulajadi. Selain itu, sistem ini memerlukan sangat sedikit kos membaikpulih kerana tidak  bergantung kepada kos mekanikal seperti tenaga elektik untuk menjanakannya.

Pendekatan passive design ini diimplemen melalui struktur bangunan itu sendiri. Misalnya, orientasi bangunan, kedudukan tingkap, jenis bahan binaan dan sebagainya. Sebagai contoh, meletakkan tingkap di bertentangan arah untuk memastikan angin dapat bergerak secara cross ventilation. Jadi, ruang bilik itu tidak perlu adanya kipas kerana udara dapat bergerak secara terus dan sentiasa berarus.

TEORI 
Malaysia adalah negara yang panas dan lembap. Waktu siangnya adalah bersuhu panas (30-33˚celcius), manakala waktu malamnya adalah suhu sederhana (22-25˚ celcius). Apabila tahap kelembapan tinggi, penyejatan peluh dari permukaan kulit akan terhalang, lebih-lebih lagi jika keadaan langit yang berawan tebal seperti sebelum hujan, tetapi udara terpeluap panas di atmosfera. Maka, jika tiadanya bukaan yang banyak di dalam rumah, bahan binaan yang tidak sesuai akan mengakibatkan penambahan suhu pada badan, lalu berpeluh dan mengakibatkan rasa tidak selesa. Untuk mencapai thermal comfort (suhu selesa), udara panas terpeluwap di dalam rumah perlulah dikeluarkan.

MENCAPAI ZON SELESA DI RUMAH ANDA
Dari penerangan di atas mengenai iklim Malysia, maka adalah penting untuk mereka bentuk binaan dengan mengambil kira poin-poin di bawah:
1.                   Membenarkan angin masuk kedalam rumah untuk menyejukkan suhu dan mengurangkan udara panas dengan meletakkan tingkap pada kedudukan yang sesuai. Setiap ruang mestilah ada inlet (angin masuk) dan outlet (angin keluar).
inlet dan outlet untuk tingkap di dalam ruang bilik
 
2.                   Meletakkan orientasi bangunan pada keadaan paling baik. Sebagai contoh, bilik tidur dan ruang tamu menghadap timur (untuk mendapatkan cahaya pagi dan tidak panas di waktu malam) manakala dapur, stor dan bilik dibina menghadap barat (supaya dapur dan bilik air adalah dalam keadaan kering pada waktu malam)
orientasi matahari dan kedudukan ruang di dalam rumah
 
3.                   Menggunakan bahan binaan yang mempunyai tahap thermal capacity yang tinggi jadi haba panas tidak akan disimpan. Contoh bahan binaan terbaik untuk digunakan di Malaysia adalah kayu, kerana kayu adalah nipis dan tidak menyimpan haba.
4.                   Kawal sinaran matahari dan silaunya dengan menggunakan atap, owning dan shading yang sesuai. Ini adalah cara termurah untuk anda mengawal haba dari masuk ke dalam rumah disamping menjimatkan tenaga elektrik untuk pendinginan. Pastikan setiap tingkap mempunyai owning masing-masing. (bukan sahaja untuk mengawal sinar matahari, tetapi juga untuk menghalang tingkap daripada cepat rosak dan reput akibat dari iklim hujan dan panas)
sebahagian contoh daripada shading devices
 
5.                   Meletakkan pokok-pokok di sekeliling rumah untuk menyejukkan rumah. Tumbuh-tumbuhan adalah ‘hawa dingin semulajadi’ kerana tumbuhan hijau menyerap 80% dari tenaga haba disamping menjaga kelembapan tanah.
6.                   Menggunakan bumbung/atap yang berwarna cerah dan berkilau untuk memantulkan cahaya matahari dengan lebih berkesan. Warna cerah tidak menyerap haba berbanding warna gelap. Industri pembuatan atap kini telah menghasilkan lapisan bumbung untuk pantulan haba yang mana mampu mengurangkan 20% haba pada suhu atap.

Anda sendiri boleh mengurangkan penggunaan kos elektrik di dalam kediaman anda. Bil elektrik juga dapat dijimatkan. Di samping itu, secara tidak langsung, anda akan mengamalkan gaya hidup yang lebih environmental friendly. Akan tetapi, tetap ada kekangan untuk melaksanakan passive design ini pada sesetengah keadaan. Walau bagaimanapun, cara-cara yang mudah di atas boleh diimplemen oleh semua penduduk Malaysia untuk mencapai zon selesa dalam rumah.


Bersambung.



Share |

5 komen:

karl said...

Terima kasih Aida atas artikel ni.

Cuma nak tanya sikit, untuk bangunan pencakar langit atau pun rumah apartment ada possibility tak passive design ni dapat diimplementasikan? Mungkin untuk keseluruhan design mustahil tapi untuk aspek tertentu, mesti boleh kan? Setakat ni ada tak contoh bangunan tinggi yang praktikkan passive design dalam rekabentuk bangunan tu?

aida said...

karl: akan dijelaskan nnt pada sambungannya okay :)

masih lagi dalam mengumpul maklumat.

AkuMuzikFilem said...

nice. baca habis

noona said...

naisss one. taip banyak2 kakam aida. kanak kanak mcm aku nak baca lagi. We Want More ! We Want More!

Anonymous said...

Bukan belajar seni bina tapi minat seni bina rumah melayu.
orang melayu dulu amal lama dah passive design ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...