23 July 2011

Pencarian hantu

Paranormal; merupakan sub kepada Pseudosains yang meragukan di mana ia tentang fenomena ganjil yang berlaku di sekeliling tanpa punca yang boleh dihuraikan secara saintifik dengan jelas. Okay, kecilkan lagi skop, pencarian hantu yang kacak dan menakutkan. Umum masyarakat kita disental dengan cerita hantu dari zaman kecil-kecil sehinggalah dewasa ini dengan cerita hantu-hanti di filem dan kaca televisyen. Jadi, saya mahu tanya sama kalian, kalian percaya hantu?
Kepada penules P.S,
saya percaya hantu sekiranya hantu itu termasuk dalam kategori alam ghaib kerana orang Islam wajib percaya dengan alam ghaib
Gadis ayu,
Sentul

Okay, pendapat peribadi saya, saya percaya iblis boleh menyerupai pelbagai bentuk dalam bermain minda manusia. Tapi untuk ilmu meneliti alam ghaib ni, saya sangatlah terkurang untuk garapkan. Tapi setahu saya, dalam Islam itu sendiri, istilah hantu tiada di mana umumnya hantu bagi tanggapan masyarakat adalah roh mereka yang meninggal lalu berkeliaran di muka bumi atas faktor-faktor tersendiri, sedangkan matinya manusia itu rohnya ke alam barzakh.  Maka saya garapkan dalam perihal Sains mengenai pencarian hantu atau nama comelnya GhostSeekers!.(sesiapa ada hujah mengenai alam ghaib dan hantu sila-sila komen jangan malu).

Kebanyakan penyelidik hantu menggunakan kaedah andaian yang dipersetujui, contohnya: hantu adalah roh, jadi  bukti akan dicari untuk mengesahkan andaian itu di mana ia bergantung dengan kaedah logik semata-mata. Walau banyak rancangan tv berkenaan Ghostbusters, GhostSeekers, video tangkap hantu berusus dan yang seangkatan dengannya, haruslah diingatkan, jangan main telan dan fikir-fikirkan, kerana walaupun penyelidikan mengenai hantu ini sangat popular, ia tidak bermakna yang ia berjaya membuktikan sejelasnya mengenai kewujudan hantu. 
Edisi surat pembaca; 
Kepada abang nama ganas,Abang cakap ni belum jumpa hantu lagi, benda alah tu. Kalau dah jumpa mau terkencing-kencing berlari. yang benar. 
Jejaka berani, Johor Baharu
Kepada jejaka berani, pernah satu kali saya terjumpa dengan tiga ekor lembaga yang bermuka berbeza dengan rupanya kalah hantu buatan filem orang kita mahupun orang luar, sungguh unik rupanya menjadi igauan kalbu. Tapi tidaklah saya terus melompat kepada kesimpulan yang itu adalah hantu, kerana iblis boleh menyerupai sesiapa sahaja dengan izin-Nya dan tidak lah pula saya kencing berlari.

Okay, cukup dengan selingan, para pencari hantu menggunakan kaedah-kaedah dalam cubaan untuk membuktikan kewujudan mereka seperti:
  • Penggunaan medium : mengandaikan dengan menggunakan medium, hantu boleh dihubungi
  • Memanggil mereka : menganggap hantu boleh mendengar dan memberi reaksi
  • Berjaga-jaga dengan perubahan situasi : menganggap alat instrumen yang digunakan untuk membaca kehadiran hantu adalah  normal dalam perubahan situasi
  • Mengambil 'orb photos' : menganggap orb(partikel bebola) adalah sejenis paranormal dan berkaitan dengan hantu
  • Meter EMF untuk mengesan hantu : mengandaikan hantu boleh dikesan dengan meter EMF
  • menggunakan alat dowsing untuk mencari hantu : menganggap hantu boleh dikesan dengan dowsing
  • mengkaji pemilik asal kawasan : menganggap hantu adalah pemilik kawasan yang dikatakan berhantu
  • berkhalwat di kawasan kubur : menganggap hantu selalu di kubur berbanding tempat lain
  • merekod EVP : menganggap hantu boleh direkod engan EVP
  • berkhalwat di kawasan gelap : menganggap hantu lebih mudah dikesan di tempat gelap
(khalwat bermaksud bersendirian)

Antara alat-alat pencari hantu
  • Meter EMF adalah meter pengukur daya aruhan gelombang elektromagnetik di mana ia digunakan untuk mengukur kebocoran elektrikal di dalam oven mikro-gelombang, kewujudan elektrik dalam kabel kuasa, dan juga mengukur daya aruhan elektromagnetik rawak dalam ruang udara kerana cahaya, gelombang mikro, x-ray, radio signal semuanya adalah bentuk gelombang elektro-magnetik. Jadi, walaupun ia mengesan peningkatan dalam pengukuran, tidak bermakna ia mensahihkan kehadiran hantu kerana tenaga elektromagnetik wujud hampir di mana-mana dalam alam semula jadi dan bacaan meter, walau meningkat dengan luar biasanya, kalibrasi sebenar tidak mendokong catatan EMF yang rawak.
  • Kamera pengimejan haba adalah alat yang menangkap imej mengikut haba dalam diri di mana ia dapat ditangkap dalam ruang gelap tanpa cahaya di mana menghapuskan kelemahan kamera biasa yang berdasarkan cahaya. Akan tetapi, keupayaan termalnya kurang berkait dengan ciri-ciri hantu di mana hantu jelas tidak membebaskan haba dalam apa jua bentuk malah mereka sendiri mengkonklusikan yang hantu mendorong kejatuhan suhu yang menjunam secara tiba-tiba.
  • EVP(Electronic Voice Phenomenon) di mana ia merakam bunyi yang dibuat hantu dan diterjemahkan dalam suara. Alat ini punya kelemahan di mana ia banyak merakam bunyi yang sia-sia seperti tapak kaki, bunyi air, bunyi jam.
  • Kamera video dalam cubaan merakam imej hantu tetapi objek rakaman berkitaran dengan imej orb yang tidak dikenal pasti.
  • Termometer, alat yang digunakan untuk mengukur kejatuhan suhu yang menjunam tiba-tiba di mana hantu dikaitkan dengan kesejukan yang melampau dengan bulu meremang.
  • Pengesan pergerakan(motion detector) pencari hantu menggunakan alat ini mencari hantu tetapi hantu bagi mereka diperbuat daripada tenaga yang halimunan di mana kandungan jisimnya untuk dikesan oleh pengesan pergerakan adalah sangat tipis.

Banyak lagi peralatan yang digunakan oleh mereka ni, bagi saya, penyelidik orang barat lebih bijak tentang perihal hantu walaupun kedengaran remeh dengan pemikiran skeptikal berbanding orang timur yang lebih dicengkam mudah percaya mudah ikut. Nampak objek aneh terus lari. Filem-filem dan drama dalam negara pun main hantu-hanti dengan solekan yang tak cukup mantap. Ya, teknologi membataskan, tapi ada eloknya keluar dari skopdan menggunakan plot cerita yang lebih skeptikal dalam garapan logik akal tentang perihal luar biasa berbanding penyemaian kejadian luar biasa yang sentiasa dikaitkan dengan hantu.


Bebola kabur cahaya yang dianggap sebagai bukti kewujudan hantu
digunakan untuk mengesan bendasing : Willow Witching



Share |

4 komen:

karl said...

hantu,jin, syaitan ni..sebenarnya dalam Islam pun dah ade penerangan saintifik.

Dan kami ciptakan jin sebelum adam dari api yang sangat panas. (Al-Hijr:26-27).

Api yang digunakan dalam penciptaan jin ni merupakan api yang teramat panas, cuma tak tau la kategori api yang warna apa. kalau kat atas muka bumi ni api yang paling panas yang warna biru la.

Jadi bila diciptakan daripada api, maksudnya nature makhluk jin ni adalah berbentuk tenaga. Tenaga dari sudut fizik ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga boleh berubah bentuk, boleh mengubah bentuk tapi tak boleh dilihat. Jadi itu penjelasan terhadap kenapa jasad syaitan, iblis dan jin tak boleh dilihat.

Walau bagaimanapun bila kita letakkan jin, iblis dan syaitan ni dalam kelompok makhluk yang bernyawa - penjelasan saintifik berkenaan kewujudan dan rupabentuk fizik makhluk ni jadi lebih kompleks. Sebab macam manusia, dijadikan daripada tanah, ada jasad fizikal dan dalam masa sama ada nyawa. Jin pulak dijadikan daripada api, kita tau api tu merupakan satu bentuk tenaga, dan dalam masa yang sama jin ada nyawa. Penjelasan saintifik mungkin ada, tapi aku rasa tak tercapai lagi dek akal manusia. Sebab nyawa manusia sendiri pun tak mampu dijelaskan sepenuhnya melalui kaedah saintifik.

Kewujudan makhluk halus ni kalau nak diukur dan disiasat melalui kaedah saintifik memang satu perkara yang sangat sukar, tapi tak mustahil. Kita tahu ada masa makhluk2 ni menjelmakan diri dorang dan kadang2 bertukar bentuk tenaga, tapi untuk mengesan dorang akan jadi masalah disebabkan limitation alat yang manusia cipta. Video inframerah yang kita sedia maklum mampu mengesan perubahan haba kat sekeliling - secara logiknya boleh digunakan untuk capture image makhluk halus ni. Tapi tahap pengukuran alat tu limited kepada julat ukuran gelombang tertentu, sedangkan bagi makhluk halus kita tak dapat nak tentukan dimensi dorang adakah termasuk dalam julat pengukuran alat tu.

Lucifer said...

Saya percaya jin, tapi berbezanya dengan hantu tradisi dan momokan. Iaitu mengatakan mereka dari roh manusia yang mati tapi tidak diterima oleh alam barzakh. Berbeza perihal jin yang diperbuat dari api. Dan alat yang dicipta kebanyakannya punya precision yang lemah disebabkan pengaruh keadaan sekeliling lebih kuat mempengaruhi alat tersebut.

dibnye said...

aku rasa benda2 ni adalah tenaga yang tak stabil. perihal jelmaan itu sendiri sebenarnya wujud dalam ilusi kita sendiri.

sekiranya kita membayangkan sesuatu ilusi, maka tenaga tersebut akan menjelma mengikut ilusi kita. dan rasa saya, ada sesetengah orang yang mempunyai mental yang kuat, dia boleh manipulate tenaga ni.

arghh.. berbelit gila. aku bercakap dari segi pengalaman dan teori aku sendiri. maaf kalau tersalah.

Anassirjahat said...

aku setuju dengan komen karl dan Lucifer.aku juga setuju dengan dibnye.

para pengkaji paranormal sebenarnya boleh dapat banyak jawapan dalam perubatan tradisional. mungkin ada nanti yang lebih ahli dapat mentafsir dan memberikan penjelasan saintifik yang boleh diterima akal golongan awam.namun tetap kita harus percaya kewujudan dimensi lain.we are not alone.

mengenai peralatan,aku tak pandai menghurai tenaga,frekuensi halus dan apa-apa yang berkaitan dalam bidang sains paranormal.

roh selepas mati tidaklah banyak diceritakan. dalam pandangan kebanyakan dan dipersetujui (khusus dalam rawatan perubatan islam) tenaga yang digambar kan sebagai roh itu merupakan jin,atau qarin. roh yang sebenar-benar roh pula tidak lah kita ketahui(ini kena rujuk kitab).

ada yang punya pendapat roh yang jahat itu tidak diterima langit,juga tidak menginjak kaki,dan akan berkeliaran sehingga kiamat. bukti?jangan tanya aku.tapi tak mustahil berkait dengan penjelmaan roh yang dikesan di satu-satu tempat. tapi aku lebih berpegang pada pendapat itu adalah qarin(setiap manusia punya qarin@jin)walau setelah mati seseorang manusia itu,qarin nya tetap berjalan di muka bumi,itu pasal kadang-kadang kita dengar cerita terjumpa roh org yang dah lama mati)

benar masyarakat khusus orang melayu dah kena sental dengan momokan hantu jembalang,tetapi itu tidak bermakna mereka tidak wujud. jin juga mempunyai kasta dan kelas2 mereka sendiri. mereka sebenarnya mempunyai rupa yang asal, tetapi ada sebab kenapa mereka lebih suka menggunakan baju kurung putih berambut panjang atau berbulu lebat seperti binatang atau apa-apa rupa buruk@hensem.(hantu:dikatakan mereka ni kasta terendah dalam golongan jin)

dan kita pula ditanamkan dengan imej-imej hantu disebabkan penampakan mereka yang hodoh dan mengerikan.itulah kalau dah penakut,pokok pisang pun boleh jadi pontianak. takut tak tentu pasal. padahal siapa lebih hebat? hehe,

so far aku tak pernah melihat. kecuali gangguan seperti bunyi dan lain-lain. yelah,tak semua orang dapat rezeki dibukakan mata,kalau nak buka juga ada caranya hehe.

aku punya beberapa orang kawan yang dapat keistimewaan melihat.takde pun lari terkencing-kencing.


panjang komen kalau nak cerita bab jin dan hantu, tapi satu pun aku tak boleh nak buktikan.maaf.mungkin boleh jadi rujukan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...