17 July 2011

Pengambilan ubat-ubatan bagi mereka yang G6PD deficiency

Masalah kekurangan enzyme Glucose 6 phosphate dehydrogenase ni, aku tak berapa pasti sama ada ketara atau tak. Sepanjang aku bekerja sejak 10 bulan lepas, baru satu kes yang aku jumpa. Mungkin masalah kesihatan macam ni terlalu rare kat Malaysia macam kes cystic fibrosis jugak, tapi apa-apa pun tak kisah la, janji ade benda yang boleh korang belajar.

Enzim G6PD ni merupakan sejenis enzim yang penting untuk melindungi sel darah merah daripada meletup, ataupun bahasa biologinya hemolyse. Dalam sesetengah keadaan tertentu, sebagai contoh selepas kita memakan sesetengah jenis makanan seperti fava bean (rujuk gambar) atau pun sesetengah jenis ubat, kandungan free radical akan meningkat disebabkan sesetengah bahan kimia yang wujud dalam makanan dan ubatan tu. Free radical ni boleh menjahanamkan pelbagai jenis enzim dan juga sel, termasuk la sel darah merah. Untuk kebanyakan orang yang takde masalah kekurangan enzim G6PD, sel darah merah mereka akan selamat sebab enzim G6PD dalam sel darah merah mereka boleh menolong meneutralkan balik free radical nih. Bagi yang kurang bernasib baik kerana kekurangan enzim G6PD - sel darah merah mereka boleh jahanam dan pecah disebabkan peningkatan free radical, kesan dari pengambilan sesetengah makanan atau ubatan macam yang dijelaskan tadi. Bila sel darah merah pecah, sistem pengangkutan oksigen terjejas sebab sel darah merah bawak oksigen, kalau berpanjangan tanpa rawatan boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius.


Fava bean


Masalah G6PD ni dalam keadaan biasa selalunya kita tak nampak apa-apa kesan atau tanda pada seseorang tu yang dia ada masalah ni, selalunya masalah ni dikesan bila seseorang tu mula mengalami demam kuning, letih-lesu dan jugak menunjukkan tanda kurang darah (anemia) lepas dorang makan fava bean ataupun setelah ubat-ubatan tertentu dimasukkan ke dalam badan mereka. Jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubat yang boleh mengakibatkan anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD. Kalau korang ataupun siapa-siapa yang korang kenal tiba-tiba rasa lemah, kulit pucat lepas makan ubat-ubat dalam senarai kat bawah, maka sila bagitau doktor.





Share |

8 komen:

Sya Isya said...

Anak sedara Sya kekurangan G6PD ni. memang rare kes. Dr kata keturunan, tp ms Dr sebut G6PD tu, tu lah 1st time kitorang dengar perkataan tu. huhu...memang bnyk benda yg dia kena pantang. ubat gegat, ubat nyamuk pun dia x boleh dekat

karl said...

Hospital ada bagi tak kad medication alert kat anak sedara tu? Sepatutnya bagi la, tapi yang paling penting caretaker dia kena sentiasa peka la - tiap kali jumpa doktor, kena bagitau pasal masalah G6PD dia. itu je la. Bab makanan, kacang2 semua elakkan dari termakan.

Cangkul Emas said...

saya penghidap sidrom ini...dan kacang parang memang adalah the forbidden food 4 us...





sedey..*nangis*

zhoulhas said...

me too=(

LaL™ said...

saye suke makan kacang parang, nasib baik G6PD saya stabil.. tq Allah..

haz|rah said...

aku pon kekurangn enzyme G6PD nih.. tp rasenye kes ni x rare.. sbb da bnyk dah aku jumpe sme cm aku.. haha

haslan said...

pi hospital atau farmasi kena bagitau la ada g6pd, aku kalau makan ubat bini aku selalunya x menjadi...lagi teruk ada la...

Anonymous said...

salam...ank sy pn kene g6pd...but yg menjadi mslahnye pesakit nit g6pd nie mereka x bole menghidu ubt gegat or sentuh?sy confious dgn plbgai jwpan sbb sy byyk tnye kpd yg bjak pandai...racun tikus jenis belerang pn x boleh ke?sbb umh sy byk tikus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...