11 July 2011

Sains dan sejarah

Sains dan sejarah merupakan dua displin ilmu yang berbeza. Sains merupakan ilmu yang bertunjangkan teori empirikal, yang secara teknikalnya menolak kewujudan Tuhan. Sejarah pula displin ilmu yang berkait dengan rakaman, pendokumentasian peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi pada masa lalu. 

Sebelum aku graduate daripada universiti (kalau korang iktiraf UiTM tu universiti, ya aku grad dari situ), aku tak berapa nampak kepentingan sejarah ni. Terutama sekali dari sudut pekerjaan aku. Masa belajar pun tak berapa ditekankan sangat hal ni oleh lecturer yang mengajar aku jadi aku pun tak tau. Lepas bekerja aku baru nampak apa kepentingan sejarah ni, atau lebih tepat lagi, kepentingan cara untuk mencungkil sejarah atau cerita berkenaan sesuatu perkara.

Sebagai contoh dalam bidang perubatan. Setiap kali ada pesakit yang dimasukkan ke hospital, dan dimasukkan ke dalam unit jagaan di wad hospital bukan la sebab dorang saja-saja suka masuk hospital. Dorang datang ke hospital sebab mereka ada masalah kesihatan - mungkin dorang tiba-tiba lumpuh sebelah badan, atau air kencing dorang tak keluar masa dorang nak keluarkan air kencing, atau pun demam yang tak kebah sampai berminggu-minggu. Secara asasnya, perkara pertama yang bakal dilakukan oleh doktor mereka akan bertanya sejarah penyakit yang dialami pesakit tersebut (atau dikenali sebagai History of Present Illness: HPI) - kalau lumpuh sebelah badan, bila mula jadi macam tu. Kalau air kencing tak keluar, dah berapa hari dah?  Kalau demam dah berapa hari dah demam. Soalan-soalan tu ditanya untuk membolehkan doktor membuat telahan, apa masalah yang mungkin dihadapi pesakit tu. Sebagai contoh lagi, katakan seseorang datang mengadu air kencing dia keluar sedikit, atau tak lawas baru selama 1 hari. Jadi keadaan macam ni akan ditafsirkan oleh doktor sebagai petunjuk kepada keadaan yang dipanggil sebagai acute renal failure. 

Walaupun begitu, maklumat yang setakat tu masih belum mencukupi untuk menentukan masalah sebenar. Sejarah lain yang bakal ditanya oleh doktor, seterusnya akan menjurus kepada soalan-soalan untuk menentukan sama ada pesakit sebelum ni dah ada masalah lain yang boleh menyebabkan tiba-tiba je air kencing dia takde. Maka doktor akan tanya, ada tak dia ambil apa-apa ubat, makan makanan apa, pernah menjalani pembedahan ke, pernah mengalami kemalangan ke dan soalan-soalan lain yang relevan. Masalah kesihatan macam tekanan darah tinggi dan kencing manis turut akan disiasat, sebab penyakit macam ni boleh menyebabkan pesakit perlu diberi rawatan yang lebih rapi. Jadi bila doktor bertanya sama ada seseorang tu ada mengalami masalah kesihatan yang lain - waktu tu mereka sedang mencari maklumat berkenaan sejarah penyakit lampau (past medical history).

Jadi berdasarkan contoh yang aku bagi tu, sejarah sebenarnya satu elemen penting dalam diagnosis (penentuan/pengenalpastian) sesuatu masalah kesihatan. Bila bercakap tentang sejarah maka tak boleh lari daripada bercakap tentang sumber sejarah - dari mana nak cari maklumat berkenaan sejarah-sejarah yang ditanya tu, sama ada melalui dokumentasi perubatan yang sebelum ni atau pun melalui lisan pesakit saja? Sumber yang betul dan sah bermaksud maklumat yang sahih, dan maklumat yang sahih penting sebelum keputusan dibuat. Dan satu perkara lagi, lupa aku, patut bagi tau awal-awal. Masa korang datang klinik atau hospital, masa mula-mula datang ke kaunter pendaftaran mesti orang kat kaunter akan tanya, korang dah pernah datang ke situ sebelum ni atau ini kali pertama? Sebabnya macam aku cerita dari awal lagi la, untuk membolehkan doktor mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang dulu, tengok sama ada berkait atau bakal mempengaruhi sebarang keputusan untuk menentukan rawatan kepada korang.

Jadi begitu la lebih kurang serba sedikit, pasal aplikasi sejarah dalam bidang sains. Sebab aku kerja kat dalam suasana healthcare, tu jela contoh terdekat yang aku boleh bagi sebab benda tu aku berdepan setiap hari. Dalam bidang lain, rasanya sama juga, sejarah ada tempat dan kepentingan cuma dalam keadaan yang macam mana aku tak berapa pasti la.

Masa sekolah dulu, ramai kawan mengadu pembelajaran subjek sejarah ni membosankan. Aku dulu minat sejarah sebab pertama sejarah ni berkisar tentang cerita, dan aku suka baca cerita. Kedua..sebab dulu aku minat nak jadi peguam. Keh3. Old story. Tapi dari satu hal, memang pengajaran sejarah di sekolah amat menyedihkan sebab pelajar diajar untuk menghafal fakta, dan soalan sejarah pun banyak soalan yang bias kepada pelajar yang banyak menghafal. Sepatutnya pelajar diajar berkenaan cara nak mendokumentasi sejarah dengan bagus, cara nak mengorek sejarah, cara menganalisis sejarah...dan sekali lagi, aku terpaksa salahkan KBSM yang bermatlamat menjadikan manusia kat Malaysia ni sekadar tahu membaca, menulis dan mengira - sebijik macam zaman Inggeris menjajah kita.



Share |

4 komen:

Lucifer said...

Sama lah, cuma cita-cita bukan peguam. Aku memang nak jadi jurutera.,

dibnye said...

aku suka belajar sejarah. tapi tak suka exam.

cafiena said...

sains dalam sekularisme menolak kewujudan Tuhan.

sains dahulu disebut sebagai ilmu alam. dari pemerhatian dan pengulangan peristiwa.

sains pada hari ini, apabila diterima bersama kewujudan Tuhan, mungkin kita sudah maju seperti Iran dalam bidang teknologi.

sejarah yang diajar di sekolah, diajar secara mengingati peristiwa, dan secara tidak langsung menghafal. pada hal sejarah boleh diajar secara logik, sebab dan akibat suatu tindakan manusia yg mewujudkan rentetan peristiwa.

sejarah adalah aspek penting dalam setiap perkara. sejarah blog. sejarah kaligrafi untuk tulisan. sejarah sains dan sejarah pembangunan ilmu sejarah.

bak kata seorang sejarawan, siapa yang tidak mempelajari sejarah, pasti akan mengulanginya.

seperti juga dalam bereksperimen, sekiranya kita tidak mengetahui perkara yang sudah dilakukan dan terjadi (sejarah), kita akan mengulanginya tetapi mengharapkan hasil yang berbeza.

kata einsten, maksud gila adalah mengulangi sesuatu perkara yang sama dan mengharap hasil yang berbeza.

jadi, tanpa mempelajari sejarah, mengikut definisi gila einstein, seseorang itu gila.

AkuMuzikFilem said...

oh uitm tu universiti bagus di malaysia. top ten best uni in malaysia apa menurut ranking terbaru. siapa2 pun bangga lepas keluar walau sebelum menjejak tu ada pandangn skeptikal sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...