23 August 2011

Menghasilkan Tenaga Elektrik


Kadang-kadang aku sering berfikir tentang perkara ini. Perkara asas dalam kehidupan manusia selain daripada air. Lain tak bukan, elektrik. Betapa pentingnya elektrik kepada manusia pada zaman sekarang amatlah tak dinafikan sehinggakan pada waktu sekarang pun kita membaca Pseudosains dengan menggunakan tenaga elektrik. Ye lah, kamu fikir laptop kamu boleh berfungsi dengan air liur? 

Apakah itu elektrik? Aku rasa, aku tak perlu menjelaskannya dengan secara panjang lebar. Kamu boleh membaca hal ehwal elektrik ini di dalam buku ataupun search saja di laman web. Pasti yang kamu akan baca, dan pelajari adalah mengenai elektro-statik, gosok benda dengan kain berbulu, petir, atom-atom elektron, sejarah elektrik, faraday, tesla, unit SI, ampere, cas, arus, medan, tenaga, keupayaan dan sebagainya.


Ya, cuma aku lihat. Ada satu kekurangan sepanjang aku sendiri mempelajari mengenai elektrik. Sampai sekarang, kalau diminta untuk hasilkan elektrik. Elektrik asas. Aku rasa belum tentu semua orang boleh menciptanya.

Kan?

Andaikata kalau kamu keseorangan di muka bumi. Kamu hendak menghasilkan elektrik. Bateri tiada, generator tiada. Apakah perkara asas yang perlu kamu buat untuk hasilkan tenaga elektrik? Supaya kamu boleh menghasilkan cahaya contohnya. 


Caranya sedikit sukar dan agak kuno. Kamu perlukan air dan arus air. Bina kincir air. Pastikan kincir air itu bergerak. Buat satu rotor dan turbin pada kincir air yang akan menghasilkan daya. Iaini akan menghasilkan tenaga kinetik. Kemudian, perkara asas dalam menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik ialah membina sebuah dinamo. Membina dinamo, bermakna kamu perlu ada magnet, koil, wayar, dan kalau lebih kehadapan, buat satu solenoid. Asalkan, kita mahu terhasilnya pergerakkan magnet yang akan menghasilkan cas elektrik. Pergerakkan magnet itu digerakkan oleh rotor yang kita bina pada kincir air tadi. Cas elektrik itu kemudian ditukar kepada bentuk arus. Buatlah satu wayar, maka terhasilah punca tenaga elektrik kamu. 


Sebanyak mana watt elektrik yang terhasil, itu bergantung kepada selaju mana pergerakkan batang magnet atau pusingan magnet yang terhasil dalam dinamo. Magnetik fluks. Atau lebih mudah, selaju mana kincir air itu berfungsi lagi banyaklah watt terhasil kerana fluks magnetik yang tercipta bergantung kepada pergerakkan magnetik menghasilkan cas. Tapi, mungkin tak banyak watt yang terhasil dari kelajuan kincir air. Ok, mungkin dengan tenaga elektrik yang kita dapat tadi, kita boleh buat sebuah rotor baru yang akan bergerak lebih laju dari kincir air. Kemudian rotor yang baru itu pasti akan menghasilkan daya kinetik yang lebih laju untuk menghasilkan watt elektrik yang lebih banyak. Kan? Yelah, pandai ke kita nak bina sebuah transformer pula? Hihi.


Ok, itu saja input ringkas aku. Chalo.


p/s : Oh, boleh juga kalau ambil dinamo terpakai dari basikal. Tapi, penat jugalah nak mengayuh lagi-lagi time bulan Ramadhan. Ye dak?



Share |

8 komen:

Wadi AR said...

ouhh macam tu

Azri the Accelerator said...

nice one.aku belajar fizik pun tak pernah terfikir benda macam ni,

hmmm,kalau aku guna longkang boleh tak?air longkang deras gak...

TheBentPencil said...

ini macam filem XXRAY tu.
igat dak? yg watak diorg terpelanting ke zaman melaka tu, dan satu watak tu nak caj hanset (kot). so dia jadikan kincir air kecik kat tepi sungai. lepas beberapa hari baru full charge. lol!

Ah I miss scientific movies...apasal Malaywood da xde lagi ha?

nabil said...

post ni buat aku teringat akan satu episod dalam the colony, buat electric source sendiri, tapi yg buat tu mmg rocket scientist pon.
rujuk : http://youtu.be/sclWPC_DWnY

Anonymous said...

watak yang yg. buat kincir air tu,dapat Bahan wayer,magnet dll dari mana

Anonymous said...

My husband and i ended up being [url=http://www.saclongchampmarchfr.com]longchamp sac[/url] now

cheerful when

Peter managed to complete his basic research via the ideas he came across through the web page. longchamp sac ,It's not at all

simplistic to simply find yourself giving out

techniques that

many some others have been making money from. And we also

grasp

we now have the website

owner to be grateful to

because of that. All the

illustrations you have made, the simple [url=http://www.saclongchampmarchfr.com]longchamp sac[/url] website navigation, the

relationships [url=http://www.saclongchampmarchfr.com]longchamp sac[/url] you aid to promote - it is everything

awesome, and it's facilitating our son in

addition to our family understand this article is interesting, which is certainly pretty

important. Thank you

for all the pieces!

Anonymous said...

Nanokeratin locks onto the hair, forming a fine, smooth coat of keratin.
Likewise, using imported shampoos and conditioners from a tropical country when your climate is cold and temperate is not such
a good idea. The professional hair merchandise of Loreal
are effectively currently being sold all more than the world in about one hundred thirty
different countries.

Feel free to visit my webpage hair products

ct hafizah said...

ooooooouuuuhhhhh...............
baru faham.....thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...