04 August 2011

recharging month

salam satu agama guys.
first post. aku budak baru. huhu.

izinkan aku nak bercerita tentang ramadhan. memandangkan kita ni sedang berada dalam bulan ramadhan, apa salahnya kan?



ok. semua orang tahu, dari sedi spiritualnya, ramadhan adalah bulan mengecas semula ibadah dan amalan kita. masa ini adalah masa terbaik untuk kita perbaik diri kita dan bertaubat atas dosa-dosa lalu.

itu secara ringkasnya, dari segi spiritual. alhamdulillah, kecantikan Islam itu menyeluruh. tidak terikat pada spiritual sahaja. ramadhan juga terbukti baik untuk kesihatan diri juga.

semasa proses penghadaman makanan, tenaga dan aliran darah lebih tetumpu pada bahagian yang terlibat dengan penghadaman. maka ini akan mengurangkan kelancaran otak dalam bekerja. if i'm not mistaken, proses pencernaan makanan berlaku dalam kawalan parasympathetic, di mana aliran darah lebih ditumpukan pada organ-organ seperti perut dan usus. sebab itulah, apabila kita makan hingga terlalu kenyang, kita akan rasa mengantuk dan susah berfikir. rasa malas menyusup ke dalam diri dan kita rasa tidak berdaya. jadi, apabila kita berpuasa, aliran darah akan lebih tertumpu pada otak, dan menjadikan kita cergas. tapi janganlah sampai tidak sahur pula. mahu salur tenaga bagaimana kalau tenaganya tak ada, kan?

satu kongres yang diadakan di morocco telah membuat konklusi bahawa dengan berpuasa, kita akan menurunkan kandungan gula dalam darah, mengurangkan tekanan darah, dan mengawal berat badan. tapi faktor-faktor ni jadi tak berguna jugalah kalau waktu berbuka kita balas dendam sampai enam pinggan.

masalahnya, kita di bulan ramadhan mengamalkan amalan hidup yang kurang betul. bila berbuka, melampau-lampau. sepatutnya kita beri ruang untuk perut berehat, bukan suruh overtime pula. sahur harus dijaga. makan makanan yang berenergi, seperti kurma, coklat, dan makanan bergula, dan bermalta, supaya kita bertenaga di siang hari.
bila kata waktu puasa tak boleh hisap rokok, dibelasahnya sampai dua kotak pada waktu malam.
dan kita kata Ramadhan tidak membawa sebarang manfaat pada kesihatan jasmani. lempang kang.

"Fasting is like a magic which can solve any stomach illness" -Dr Mac Fadon

"Fasting an increase the level of intelligence" -Dr Alan Scott

"Fasting may clean your breathing system" -Dr Alexis Carrel (Nobel Prize Winner)

nasihat nabi: berhenti sebelum kenyang.



peace y'all!

assalamualaikum.

(sumber: haji google.)



Share |

2 komen:

PK said...

lempang kang!!

kehkehkeh.

AkuMuzikFilem said...

bagus juga info ni. baru aku tahu napa lepas makan rasa malas. sebab aliran darah lebih tertumpu pada sistem penghadaman. simple but true. dan aku pulak bantai layan. patutla rasa benak 2 3 tahun kebelakangan ni. benarlah perut punca segala penyakit. kita adalah apa yang kita makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...