06 October 2011

Airmata Bawang

kenapa kita akan menangis bila memotong bawang?

jawapan ringkasnya, kita menangis kerana apabila memotong bawang akan membebaskan enzim yang bergabung dengan molekul lain, menukarkan sebatian sulfur di dalam bawang kepada molekul yang menghasilkan bau yang kuat. badan akan bertindak balas dengan menghasilkan airmata untuk mengelakkan kimia yang tidak elok itu daripada memasuki mata. penukaran itu mengambil masa lebih kurang 30 saat dari mula bawang itu dipotong, dan semuanya akan selesai selepas 5 minit anda memotong bawang, melainkan kalau anda potong bawang yang lain.

ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memanstikan tidak terlalu banyak molekul yang busuk dan memedihkan ini sampai ke mata. kimia itu larut dalam air, maknanya jika bawang dipotong sambil dilakukan di bawah air yang mengalir, kimia itu akan dialirkan. dengan cara ini, tidak terlalu banyak kimia itu naik ke udara dan menyebabkan orang menangis.

lain-lain idea yang baik ialah dengan memanaskan atau membekukan bawang untuk memperlahankan tindak balas antara sebatian sulfur dan enzim, memotong dengan cepat ataupun gunakan kipas untuk menolak kimia itu ke tempat lain. maka, sesiapa yang ada masalah dengan bawang, selepas ni bolehlah praktikkan cara-cara ini untuk mengurangkan pedih mata.


jenis bawang yang berlainan mengandungi jumlah dan jenis sulfur yang berlainan. sesetengahnya lebih keras, dan sesetengahnya tidak. bawang yang lebih banyak kandungan airnya cenderung untuk mempunyai sulfur yang lebih berbanding yang lain, sebagai contoh, bawang besar lebih banyak gasnya berbanding bawang putih. walaupun pedihnya mata kerana bawang, tahukah anda bawang itu mempunyai banyak nutrien termasuk vitamin B, dan C, temasuklah bertindak sebagai anti radang dan anti alergi.

aku sangat menggemari bawang goreng. selalunya aku akan meratah bawang goreng sebab bawang goreng tu snek yang lazat. haha. walau bagaimanapun, aku tetap alah dengan bawang kerana gasnya tu mampu buat kulit muka aku menjadi gatal-gatal dan ditumbuhi jerawat air berbau bawang. mungkin kulit aku alah dengan sulfur. tapi bagaimanapun selalunya aku akan kupas bawang yang telah disejukbekukan di dalam peti ais terlebih dahulu. jadi tak ada masalah sangat gatal-gatal tu.


Share |

10 komen:

bujal X said...

kunyak chewing gum masa potong bawang boleh elakkan mata pedih.

*mitos atau fakta?

PK said...

mohon norman bates datang sini kunyah mata bujal.

Azri the Accelerator said...

@bujal X

aku pun nak tau gak kunyah chewing gum waktu potong bawang boleh elakkan ke tidak?

syimiekitty said...

aku tak suka bawang goreng...selalu nangis ms rewang kenduri kawin bila kopek bawang :'(

aida said...

Tak tahu pulak kalau kunyah chewing gum boleh hilang pedih. Mitos je kot. Ada orang dia cucukkan bawang dekat hujung pisau yang digunakan untuk kupas bawang untuk elakkan gas tepercik. Pernah tengok makcik2 buat?

Qaseh dalia adelia said...

pakai topeng time kupas bwg haha sah2x kena reject jadi menantu huhu ,,
tak suka bwg goreng ratah mentah2 .. yakk pahit

Bella Bell said...

aku pun suka makan bawang goreng :)

Zala Wajik said...

tak sah kalau makan lauk tanpa bawang goreng

.::TAIKO ::. said...

potong bawang tutup mate...
kehkehkeh...

Rizacki Sense said...

thanks ats sharingnya sob ...
cara mengatasi pedih mata ketika memotong bawang merah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...