09 November 2011

Seksualiti itu tidak merdeka











Manusia bermula dengan Adam dan Hawa. Itu yang jadi kepercayaan orang Islam dan juga penganut agama Nasrani, melainkan kalau korang berpegang dengan Teori Darwin yang mengatakan manusia sekarang berevolusi daripada spesis lain atas konsep survival of the fittest.

Kaum dari leluhur Adam dinamakan lelaki. Daripada leluhur Hawa pulak dinamakan perempuan. Lelaki ada sebatang zakar, sepasang testis, kelenjar prostat, uretra dan kepala takuk yang menjadikan ciri jantina mereka lelaki. Perempuan pulak ada vagina, labia majora, bijik kelentit, uterus, ovari dan selaput dara yang menjadikan ciri jantina mereka sebagai perempuan.

Zakar dan vagina bila bertemu pada saat libido bergelora di kalangan lelaki dan perempuan, antara fungsi utamanya adalah untuk tujuan pembiakan. Untuk membiak, sperma daripada lelaki perlu bercantum dengan ovum daripada perempuan, daripada hasil percantuman tu akan membentuk zygote yang kemudian berkembang menjadi blastocyst, dan seterusnya melalui proses mitosis, pembentukan neural plate dan neural tube..akhirnya susuk manusia pun terbentuk dengan izin Tuhan yang Maha Pencipta.

Itu dari segi adatnya lah. Tapi ada jugak makhluk bernama manusia ni yang suka buat perangai buruk yang lebih jahanam daripada syaitan & iblis. Ada yang memasukkan zakar mereka ke dalam rektum. Ada yang memuaskan nafsu dengan cara menggunakan dildo. Ada yang buah zakar dan testes, lepas tu buat vagina tiruan.

Kemudian mereka-mereka yang melakukan perbuatan seks luar tabi'i ni meminta supaya manusia lain memahami dorang. Sebab naluri dorang memang dah macam tu. Sebab dorang keliru dengan diri dorang dan akhirnya dorang ambik keputusan memilih jalan hidup macam tu - sebab itulah diri dorang sendiri. Dorang cakap laa...

Manusia dilahirkan dengan fitrah. Fitrah manusia berkenaan dengan seks & pembiakan - yang lelaki akan bersatu dengan perempuan untuk membiak, untuk melepaskan rindu dendam syahwat. Batang zakar bukannya untuk dimasukkan ke dalam rektum manusia, rektum haiwan mahupun ke dalam rongga jenazah.

Secara personal, berdasarkan logik akal, pengetahuan, fitrah dan pegangan akidah aku - secara total aku menolak homoseksual, serupa macam aku menolak zoophilia, necrophilia, incest (sumbang mahram, kalau korang tak faham bahasa orang England) dan sadism & masochism.

Seksualiti itu ada lorongnya. Bukan sesuatu yang merdeka untuk diredah membabi buta sesuka hati.

Nota: Sebelum tahun 1973, homoseksual dikategorikan sebagai salah satu gangguan mental di dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Persatuan Psikiatrik Amerika iaitu Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders.


Share |

12 komen:

H Y D E said...

psuedosains ni dah macham sarkasis pulak =___=

Eyka said...

setujuuuu!! :)

"Seksualiti itu ada lorongnya. Bukan sesuatu yang merdeka untuk diredah membabi buta sesuka hati"

kalau main redah sesuka hati je maksudnyer babi la kan? keh keh keh :P

BadekGonzalez said...

tapi sayang, readers yang baca adalah mereka yang tiada masalah lorong seksualiti.demmit!

good post!

p.s:rektum.sesuai untuk klip3gp shj.in real life,yuck..

konek said...

aku bukannya jenis homopobic. tapi penulisan kau ni memang bagus untuk menegakkan pendirian kau.

syabas walaupun aku mempunyai pendapat berbeza dengan kau.

aku harap ramai lagi orang yang berfikir seperti kau.

oshinz said...

yang mencadangkan program serupa itu, fikir guna kepala lutut agaknya.

zey said...

penuh fakta. aq suka.

lavender harum wangi said...

saya straight . saya tak merdeka . tsk tsk tsk .

karl said...

Hyde: Aku menulis ikut mood. Penulis lain aku tak perasan sangat.

Eyka: ada banyak perlakuan seks - manusia ni kan kreatif. Kalau tak ada restriction, teruk dari binatang lagi la manusia ni.

BadekGonzalez:aku ni penulis yang dijemput untuk menulis kat blog ni. Jadi tanggungjawab aku pada tulisan aku. bab siapa nak baca, siapa tak nak baca, siapa tak dapat baca tu di luar kawalan aku.

k**ek: homophobic - memang aku homophobic. aku tak nak adik beradik, anak cucu cicit aku buat benda macam ni.

oshinz: isu-isu macam ni sebenarnya berkisar tentang nilai & pegangan moral sebenarnya.

zey: terima kasih

lavender harum wangi: bagus2.

-----------------------------------

Selalu kalau aku tulis entri yang ada tag fizik,kimia jarang nak ada orang baca. Takpe la. Pseudosains ni pun belum popular lagi actually, balik2 yang baca pun geng2 pembaca Terfaktab, Lensa Rosak. Haha.

~* chirpy_chummy *~ said...

ramai je jd silent reader.. teruskan. blog ni byk kasi info berguna. d(^_^)b

ZeBentPenzel said...

WE HAVE ZE RAIT TU BE KONFIUSED!
kata mereka.


bagi saya, jawapan saya ialah sistem reproduktif manusia diciptakan supaya spesis jantan sepadan dengan spesis betina. ala lock n key mechanism dalam enzyme. tapi lagi hebat sebab lock and key sesama spesis saja. spesis lain pun tak boleh ngam.

^ also that's why bestiality is wrong.

tata! nice job!

Si Psikopat Sadis Seksual said...

Kebanyakkan manusia gila berpunca daripada homoseksualiti. Secara personal, kau telah menolak aku yang mempraktikkan S&M dalam tulisan aku.

Salam kenal. Menyesal aku tak sungguh-sungguh belajar sains tulen dulu.

.::TAIKO ::. said...

menarik2..

tp kalau ko ltk maksud pkatan2 yg pelik2 tu kn bgus..
aku mls nk google cr maksud die..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...