29 May 2011

Beer

Keluar pulak isu pasal beer halal yang tak halal, haha. Umat Islam Melayu ni memang sentiasa bermasalah betul. Poco poco haram, Shiah haram, sekarang malta pulak haram. Benda lain macam fitnah KFC jual ayam tak sembelih, ajar budak2 menyanyi menari dalam Tom Tom bak, akademi fantasia yang dah 10 tahun melalaikan umat Islam tu takde pulak nak difatwakan haram. Sengal ubi betul.

Dalam proses penghasilan beer atau pun arak murah ni,ada beberapa peringkat. Peringkat pertama,penghasilan cecair berkanji daripada barli atau bijirin malt. Cecair ni dogsled sebagai wort (sorry aku x tai perkataan sesuai utk ganti perkataan tu dlm BM). Wort ni dihasilkan dgn mencampurkan air panas kepada bijiran barli atau malt yang telah dihancurkan. Cecair bergula ni kemudiaannya akan ditapis, ditambah dengan perasa yang digelar hops,iaitu sejenis buah yang berasa pahit. Campuran cecair ni kemudiannya akan ditapis untuk mengasingkan sisa bijiran yang tak hancur, dan sisa bijiran yang tak hancur tu akan diperah habis-habisan untuk mendapatkan hasil yang maximum. Untuk menghasilkan beer, akhirnya cecair yang dah diproses ni yang turut digelar sebagai Malta Akan diperam bersama yis. Yis merupakan sejenis microorganism yang boleh menjalankan respirasi dlm keadaan tiada oksigen, dalam keadaan takde oksigen yis akan menghasilkan ethanol sebagai bahan kumuh. Proses pemeraman ini akan mengambil masa antara beberapa minggu hingga beberapa bulan, so sebab tu kalau korang pernah tengok kilang Carlsberg kat Shah Alam tu memang besar gila. untuk memudahkan boleh tengok diagram kat bawah.


Jadi adakah minuman macam Malta dan barbican tu haram? Maka balik kepada proses pengeraman tu sendiri. Kalau korang pernah makan tapai pulut, mesti korang tau tapai tu pun sebenarnya dihasilkan daripada proses pengeraman. Pulut tu jadi manis sebab yis bertindak memecahkan polysaccharide chain dalam karbohidrat kompleks kepada monosaccharide yang lebih ringkas. Tapi kalau air tapai tu berterusan diperam, lama-lama jadi tuak, dan kalau minum boleh mabuk. Tapai halal, tapi tuak haram. Malta pulak macam intermediate daripada penghasilan beer - belum diperam dengan yis, jadi kandungan alkohol dalam malta tu tak setingggi dalam beer. Jadi minuman Malta tu halal la. 

Walau macam mana pun, kat Malaysia yang berangan nak jadi hab halal ni, penguatkuasaan dari segi kualiti makanan ni tak strict macam kat US tu. Sama ada peratus alkohol dalam Malta dan Barbican yang berada dalam pasaran sekarang ni tak pasti la Jakim ada buat kaijan atau tak, yang diberitahu dalam Berita Harian hari ni katanya kandungan alkohol tu dah cecah 0.5%.  Kalau dalam beer macam Carlsberg, Tiger Beer tu selalunya kandungan alkohol dalam lingkungan 4-6%.

Benda macam ni, bergantung pada masing-masing la. Sebab kalau ikut saintifik, malta ni tak haram. Tapi pada aku pulak, syubhah la benda ni sebab kilang yang buat minuman camni, sure-sure kilang arak jugak. Lagi pun sepanjang proses penghasilan tu tak pasti ada berlaku contamination atau pun tak. Layan la minuman lain, banyak lagi benda lain boleh minum.



Share |

26 May 2011

Daya Sentuhan Manusia

Dunia teknologi berevolusi dengan manusia berjimba-jimba menghasilkan reka cipta yang boleh mengambil alih tugas peranan manusia dalam meminimakan penggunaan tenaga manusia dalam sesuatu pekerjaan/proses kerja. Evolusi ini yang turut merangkumi sistem pembelajaran dan komunikasi dalam kehidupan seharian manusia. Dalam menghasilkan rekaan yang dapat menggantikan kerja-kerja para homosapien dengan objektif sampingan dalam menjanakan pendapatan kapitalis, para pereka cipta haruslah bijak memaksimakan fungsi rekaannya dalam meminimakan kos yang terlibat. 
Produk rekaan para pencipta sebenarnya paling banyak mengimitasi manusia dan haiwan tetapi sehingga ke hari ini, hasil imitasi yang betul-betul menyerupai fungsi keseluruhan manusia belum mampu direka lagi. Misalnya, tangan manusia yang punya lekukan tersendiri dan kepekaan yang berbeza yang menghasilkan impak yang berbeza dengan tangan-tangan lain mengikut kepanjangan jari dan lengan, saiz dan isi tangan. Hasil seni yang dijanakan dari tangan manusia sangat berbeza daripada mesin kerana kepekaan tangan yang digerakkan dari minda manusia mampu menghasilkan hasil seni yang original. Contoh; 
1. Lukisan yang dilukis semula menggunakan tangan memang serupa dengan lukisan asal tetapi tidak akan sama  dengan lukisan asal kerana daya tekanan/strok/garis lukisan yang berbeza. 
2. Lukisan yang difotostat menggunakan mesin atau diimbas dengan menggunakan alat pengimbas menyalin lukisan asal memang sama dengan lukisan asal tersebut.

Mesin/robot yang diciptakan sehingga hari ini juga tidak masih belum mampu menggalas kesemua fungsi yang ada pada tangan manusia (multifungsi) kerana pergerakan yang terhad kepada fungsi rekaan itu sendiri. Contoh;
1. Robot yang berfungsi untuk menggenggam objek tidak dapat menepuk atau menghentak kerana rekaan engselnya hanya dicipta untuk mengenggam.
2. Robot yang berfungsi untuk bermain piano tidak dapat bermain dram.

Dan, satu-satunya perkara yang sukar untuk ditiru oleh para pencipta adalah kehangatan sentuhan tangan yang mampu memanipulasikan perasaan manusia yang disentuh dengan tangan tersebut. Contohnya; Sentuhan tangan seorang ibu yang membelai anaknya. - Bayi mengingati sentuhan tangan yang kerap membelainya dan hanya akan selesa pada sentuhan tersebut. Bayi mudah menangis pada sentuhan tangan yang asing bagi dirinya. Tidak terkecuali pada tangan manusia, peranan buah dada seorang ibu dan susunya adalah sangat original walaupun kehadiran susu-susu formula di pasaran, susu dan buah dada seorang ibu memainkan peranan yang mengeratkan pertalian di antara ibu dan anak, di mana keistimewaan itu tidak terdapat pada susu formula dan kita juga sudah sedia maklum akan kebaikan susu ibu berbanding dengan susu lembu berformula di pasaran. 

Sistem pembelajaran mulai diambil alih fungsinya oleh teknologi dalam menggantikan guru dalam konsep kelas realiti kepada kelas maya. Apa-apa hasil kajian, soalan peperiksaan, nota-nota dan yang seangkatan dengannya sangat mudah didapati di dalam ruangan maya dan turut wujud sistem kertas peperiksaan secara talian di internet yang bermodus operandikan MLM iaitu Score A. Akan tetapi, pengajaran yang hanya berlandaskan huruf-huruf aksara di ruangan maya dengan pemahaman sendiri tanpa panduan boleh menyebabkan ajaran sesat(salah konsep). Oleh itu, guru/tenaga pengajar manusia masih sangat relevan dalam sistem pembelajaran. Mahukah anda membiarkan anak-anak kecil anda diajar dalam ruangan maya tanpa saduran moraliti? Interaksi dua hala sistem realiti mempunyai impak yang sangat berlainan daripada interaksi dua hala dalam sistem maya. Jadi, sistem pembelajaran ruangan maya hanyalah relevan untuk memudahkan sistem pembelajaran realiti, tetapi, untuk menjadikan ruangan maya itu untuk menggantikan fungsi seorang guru adalah tidak bijak.

Makanya, generasi kita hari ini sangat memainkan peranan dalam menentukan hala tuju teknologi di mana sama ada kita yang memanipulasikan tekonologi atau pun teknologi yang memanipulasikan kita. Andai kita mahu bakal anak-anak kita nanti diasuh oleh robot, dan diajar oleh ruangan maya, dan diberi makan oleh hasil sintetik, maka, berjimba-jimba lah kita membiarkan diri kita dimakan teknologi. Pernah menonton filem kartun Wall-E di mana bumi ditimbuni sampah dan manusia menjadi gemuk dan serupa hasil manjaan teknologi? 

Daya sentuhan manusia, iaitu sentuhan kita sendiri, hebat memanipulasi manusia lainnya, contoh paling mudah adalah seks. Sudah tentu kalian tidak mahu bersenggama dengan robot kan?





Share |

22 May 2011

White House's situation room



Bilik situasi Rumah Putih, atau pun dalam bahasa Inggeris White House's situation room merupakan sebuah bilik yang berfungsi memberikan informasi terkini (real time information) kepada Presiden Amerika ketika berdepan dengan sesuatu krisis. Sebagai contoh, semasa penaklukan Iraq, masa ribut Katrina dan contoh terbaru semasa Operasi Neptune Spear yang dilaksanakan oeh anggota komando SEAL untuk membunuh Osama bin Laden. Selain tu, sebarang perkembangan berkenaan konflik antarabangsa yang membabitkan kepentingan Amerika turut dipantau di bilik situasi tersebut.

Bilik situasi Rumah Putih ni mulanya diwujudkan atas arahan arwah John F Kennedy semasa penaklukan Bays of Pigs di Cuba pada tahun 1961. Pada masa tu Kennedy mendapati susah dia nak buat keputusan sebab maklumat terkini semasa cubaan penaklukan tu berlaku lambat sampai kepada beliau, jadi dia suruh situation room tu diwujudkan agar dia mendapat akses pada informasi terkini krisis pada masa tu.

Walaupun fungsi utama bilik situasi ni untuk beri maklumat terkini dalam bentuk audio, visual dan juga taklimat kepada Presiden Amerika, tapi bilik situasi ni tetap ada pegawai yang dah ditetapkan untuk monitor setiap perkembangan sepanjang 24 jam. Pegawai yang bertanggungjawab biasanya terdiri daripada pegawai - pegawai perisikan dan ketenteraan, adalah dalam 30 orang pegawai yang in charge atau pun bertanggungjawab terhadap sebarang perkembangan yang diikuti melalui bilik situasi ni.



Berkenaan alat-alat dan teknologi yang digunakan dalam bilik situasi ni, susah la sikit nak tau sebab off course la itu maklumat sulit. Tapi yang pasti mungkin ada world wap, skrin projektor, video conference facilities, dan teknologi satelit. Berdasarkan laporan media Amerika, bilik tu dilengkapi dengan sistem sensor untuk menghalang sebarang komunikasi luar bila mana-mana individu masuk ke dalam bilik tu dengan membawa telefon selular atau PDA. Bilik tu juga dilengkapi dengan sistem kalis bunyi untuk mengelakkan sebarang perbincangan dalam bilik tu terdedah kepada staff-staff di luar bilik tu. 

Adakah Malaysia pun ada jugak? Rasanya secara logik, mana-mana negara pun mesti ada kemudahan teknologi macam ni. Cuma setakat ni yang Malaysia punya takde maklumat, jadi layan je la cerita pasal yang Amerika punya ni.




Share |

Bagaimana Kembar Terjadi?


Beritahu aku siapa yang tidak teruja dengan anak kembar?
Kesakitan mengandung dan melahirkan adalah sangat mencabar dan akhirnya setelah tempoh melahirkan tiba, bayi yang keluar biasanya lebih dari satu (kita boleh kata dua sebab biasanya di Malaysia, anak kembar adalah dua atau tiga). Jadi, bagaimana kelahiran kembar ini boleh terjadi mengikut teori sains? Aku tegaskan teori sains memandangkan benda begini adalah kuasa Allah dan tentunya, kalau mengikut kepercayaan kaum dan budaya, kau akan tergolek tidak mahu percaya.

Seperti yang kita ketahui, ada dua jenis kembar iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras.

Kembar Seiras (kadangkala akan berlaku kembar Siam juga)
Secara teorinya, satu sperma akan bercantum dengan satu ovum untuk proses persenyawaan dan penghasilan zigot. Tetapi, sedikit istimewa dalam penghasilan kembar, pelanggaran antara sperma dan ovum tadi adalah kuat sehingga mengakibatkan ovum tadi terpecah dua dan menghasilkan dua zigot yang disenyawakan. Jadi ketika ini, ada dua zigot di dalam satu plasenta. Tetapi, jika perpisahan itu tidak sempurna, maka, kes bayi kembar Siam akan berlaku di mana terdapat percantuman di bahagian ataupun anggota tertentu.

http://atlanticare.adam.com/graphics/images/en/19745.jpg
Gambar : [Atas]: Kembar seiras. [Bawah] : Kembar tak seiras

Kembar Tak Seiras.
Ini adalah sesuatu yang jarang berlaku, di mana di dalam proses sperma dilepaskan sebanyak beribu-ribu, tetapi ada dua yang berjaya masuk dan ovum yang terhasil ketika itu adalah dua yang aktif. [Kebiasaannya, satu sperma dan satu ovum dalam proses persenyawaan]. Jadi, kedua-dua sperma dan ovum akan melakukan proses persenyawaan, di mana, zigot yang terhasil akan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

http://content.revolutionhealth.com/contentimages/h9991443_001.jpg
Gambar : [Kiri] Kembar seiras [Kanan] Kembar tak seiras

Selain daripada proses semulajadi di atas, ada juga fakta yang menyatakan, kembar mungkin terhasil disebabkan faktor genetik serta peningkatan penggunaan dadah perangsang yang mengakibatkan proses ini boleh berlaku semasa persenyawaan.




Share |

Actifed




Ubat selesema ni, pernah digunakan oleh kru misi penjelajahan angkasa iaitu semasa misi Apollo 7 dan Apollo 12.

Diformulasi kira-kira 53 tahun lepas, sampai sekarang ni pun Actifed masih digunakan sebagai ubat selsema di hospital, klinik dan farmasi. Formula asal Actifed ialah 60 mg pseudoephedrine dan 2.5 mg triprolidine. Pseudoephedrine bertindak sebagai pelega hidung tersumbat dengan cara merangsang pengeluaran noradrenaline yang mengecutkan salur darah dalam hidung so that mengurangkan jumlah histamine, sejenis bahan kimia yang bertenggungjawab dalam penghasilan hingus. Pseudoephedrine jugak bertindak sebagai stimulant untuk elakkan mengantuk, triprolidine pulak anti histamine yang menghalang histamine bertindak pada receptor dan seterusnya mengurangkan pengeluaran hingus. Secara teori, Actifed sepatutnya tak mengantuk tapi hakikatnya, memang mengantuk kalau makan ubat tu.

Memandangkan pseudoephedrine merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dijadikan precursor untuk menghasilkan methamphetamine, maka sesetengah pengeluar Actifed sekarang dah gantikan pseudoephedrine dengan phenylephrine dan chlorpheniramine dalam produk mereka. Tapi kebanyakan pengguna komplen, new formulation ni tak berapa berkesan. Kat Malaysia pulak nampaknya dah bercampur, kat hospital masih pakai formulasi lama tapi kat retail farmasi dah ada yang jual formulasi yang baru.

Actifed tak digalakkan untuk diberi kepada penghidap darah tinggi, ulser perut, glaucoma, masalah buah pinggang atau hati, dan juga ibu mengandung. Boleh diambil sama ada sebelum atau selepas makan.



Share |

Heckler & Koch HK416


Dorang cakap, raifal ni yang digunakan oleh anggota SEAL Team 6 masa menembak mati Osama bin Laden. Dorang yang cakap la..

Kalau tengok sekali imbas macam M4 Carbine , tapi laras muncung HK416 ni panjang sikit. Peluru 5.56x45 NATO, berupaya menembak 700-900 butir peluru dalam seminit, berat pulak di antara 2.95 kg - 3.6 kg (bergantung kepada aksesori yang di pasang).
 
 
Pada tahun 2007, pihak tentera Amerika Syarikat melakukan eksperimen untuk mengenalpasti raifal jenis yang mana paling boleh harap - yang paling kurang jam selepas sejumlah das tembakan dilepaskan. 5 jenis raifal digunakan - M4 Carbine, XM8, FN SCAR, XCR dan jugak HK416. Kesemuanya diuji dalam keadaan berdebu yang ekstrem. Hasilnya, XM8 mengalami 127 kali jam (jam = tersekat, bukan "jam" okey) bagi setiap 60 000 tembakan, jadi XM8 yang paling bagus, manakala HK416 mengalami 233 kali jam. M4 Carbine pulak paling teruk, 882 kali jam bagi 60 000 kali tembakan. Jadi HK416, boleh tahan la jugak, tak la teruk sangat.

HK416 turut di gunakan oleh Pasukan Khas Laut, element komando dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Manakala Tentera Norway sekarang menggunakan HK416 sebagai raifal utama bagi tentera mereka.



Share |

21 May 2011

Ular oh ular

Ular oh ular kenapa kau makan katak
Macam mana aku tak makan
Memang makanan aku
Memang makanan aku

Lagu "Bangau Oh Bangau". Copyright Controlled.

Terbaca pasal penduduk kampung di Ipoh yang menghantar ular hidup sebagai hadiah ke pejabat Menteri Besar Perak bagi aku idea untuk tulis..ok la, aku copy+edit sebenarnya entri pasal ular ni.

Di Malaysia terdapat kira-kira 141 jenis ular yang berhabitat sama ada di air atau di darat. Daripada jumlah ini hanya 16 jenis ular di darat dan 21 jenis ular laut yang dikenal pasti berbisa. 

Ular darat seperti ular tedung, ular katam tebu dan ular kapak tergolong daripada ular yang berbahaya dan selalunya didapati berhampiran dengan tempat kediaman atau kawasan kerja. Manakala ular laut, kesemuanya mempunyai bisa dan berbahaya. 

Memandangkan susah untuk kita tahu sama seekor ular tu berbisa atau tak, cara terbaik bila terjumpa ape2 jenis ular pun ialah cuba elakkan daripada dipatuk ular tu. Kalau korang berani dan ada pengalaman, mungkin korang boleh cuba tangkap ular tu kalau ular tu masuk dalam rumah korang, pastu buang la keluar. Tapi sebaik-baiknya panggil je la bomba, sebab sebagai contoh ular sawa, walaupun tak berbisa tapi boleh membelit manusia sampai mati. Ular yang tak berbisa kalau mematuk, walau pun takde racun tapi dalam mulut ular tu banyak kuman - tak kena bisa, mungkin korang boleh kena jangkitan kuman. Jadi kalau kena patuk, tak kira la ular tu bisa ke tak, pergi je la ke hospital.

Ular yang berbisa biasanya mempunyai taring sama ada panjang dan boleh digerak-gerakkan (bagi ular kapak) ataupun yang berkedudukan tetap (bagi Ular tedung, ular katam tebu, ular pantai ataupun ular laut) di bahagian atas rahang. Taring-taring ini biasanya beralur (bagi Elapidae) ataupun alur yang bertaup membentuk seperti jarum hipodermik (bagi kumpulan Viperidae) supaya bisa dapat disuntik ke dalam tubuh mangsa. 

Racun atau bisa ular tersimpan pada kelenjar yang terletak di kiri dan kanan pipi dan disalurkan ke taring melalui duktus. Seekor ular berkeupayaan mengawal jumlah bisa yang disuntikkan ke tubuh mangsa dan biasanya tidak akan menghabiskan kesemua bisa pada satu gigitan. 

Bisa ular biasanya mengandungi bahan-bahan racun haemotoksin, neurotoksin dan myotoksin. Kesemua racun ini terdapat pada setiap ular tetapi hanya salah satu daripadanya lebih dominan dan mendatangkan kesan kepada mangsa - bergantung kepada jenis ular. 

Terdapat tiga jenis keluarga ular yang berbisa

Ular dari keluarga Elapidae mempunyai bahan racun saraf (neurotoksin), keluarga Viperidae pula bahan racun jenis darah (haemotoksin) manakala keluarga Hydropidae pula mempunyai bahan racun otot (myotoksin). 

Di samping bahan-bahan ini, bisa juga mengandungi sejenis enzim yang dipanggil hyaluronidase yang bertindak sebagai mangkin bagi meningkatkan penyebaran bisa ke saluran darah ataupun saraf. Bisa ular mempunyai dua fungsi yang utama:
  • Bertujuan melumpuhkan atau membunuh mangsa.
  • Bertindak sebagai ejen penghadaman. 


Ular berbisa terbahagi kepada 3 keluarga yang utama: 


Jenis Ular
Tanda-tanda kesan bisa patukan
Viperidae
(Kesan toksik bisa bermula dari 30 minit to 24 jam)

  Gangguan jantung dan salur darah:
  • Pitam, pening kepala, pengsan, gangguan ritma jantung, penurunan tekanan darah.
 Gangguan sistem pembekuan darah
  • Pendarahan di sekitar tempat gigitan
  • Pendarahan spontan di gusi, mata, batuk atau muntah berdarah, kencing berdarah, pendarahan dalam otak
Elapidae
(Kesan toksik bisa bermula dari beberapa minit hingga 6 jam)
  Sistem saraf
  • Pening, lumpuh seluruh badan, sukar membuka kelopak mata,lumpuh otot sekitar muka dan mata, air liur meleleh.
  • Kencing berdarah dan kegagalan buah pinggang.
Patukan King Cobra juga boleh menyebabkan gangguan sistem pembekuan darah seperti yang diakibatkan oleh bisa ular dari keluarga Viperidae
Hydrophiidae
(Kesan toksik bisa bermula dari 5 minit hingga 8 jam)
  Gangguan otot rangka
  • Sakit seluruh badan, lumpuh otot jantung, kejang otot
  Buah pinggang
  • Sakit belakang, kencing berdarah atau warna air kencing bertukar keruh kehitaman, atau tidak dapat kencing langsung atau mungkin kencing dalam kuantiti yang terlalu sedikit.
  Sistem saraf
  • kabur penglihatan, sukar bercakap, sukar duduk tanpa bantuan, badan menjadi lembik dan lumpuh. Dalam kes yang serius kegagalan otot pernafasan mungkin berlaku.

 Langkah - langkah yang perlu di ambil bila berdepan dengan mangsa patukan ular berbisa

- Minimumkan pergerakan bahagianbadan yang dipatuk. Sebagai contoh sekiranya patukan terkena di kaki, ikatkan sebatang kayu pada kaki untuk mengurangkan pergerakan

- Kenalpasti jenis ular yang mematuk - bunuh ular tersebut dan masukkan dalam balang kaca/bekas yang selamat dan bawa sekali bersama mangsa patukan ke hospital untuk pengenalpastian oleh doktor, seterusnya memudahkan doktor menentukan rawatan yang sepatutnya.

- Jangan potong/kelar atau picit tempat terkena patukan

 - Hantar mangsa secepat mungkin ke hospital/klinik berdekatan

Contoh-contoh ular bagi setiap keluarga


Elapidae


Ular Katam Tebu

Ular tedung/senduk

Ular tedung selar

Viperidae

Ular Kapak Tokong

Ular kapak tanah

Ular kapak hijau/kapak bakau

 Hydrophidae



Ular laut belang (paling common dan senang jumpa, tapi selalunya tak agresif pun)



Share |

06 May 2011

Ikan syaitan

Agak keterlaluan jugak meletakkan perkataan "ikan" dan "syaitan" bersebelahan, sebab ikan merupakan haiwan yang takde akal dan bertindak mengikut naluri & nafsu, berbanding syaitan yang dalam pemahaman Islam dan Kristian merupakan the fallen angel yang ada akal. Tapi sebenarnya cerita serba sedikit pasal Goliath Tigerfish, yang mana dalam rancangan River Monster digelar sebagai Demon Fish.

Goliath Tigerfish merupakan atau nama saintifiknya, Hydrocynus goliath merupakan sejenis ikan pemangsa yang boleh di dapati di negara Congo. Boleh membesar sampai 1.5 meter dan ada kala sampai berat 50 kg. Ikan ni walaupun tak la sebesar Great White Shark, tapi disebabkan terdapat insiden serangan ke atas manusia reputasi ikan ni agak menggerunkan orang2 kat Congo. Ironiknya, ramai jugak rakyat Congo tak pernah jumpa ikan ni, tapi bagus la kot sebab ikan ni tak ubah macam Piranha versi 50 kg.

Bila badan besar dan berat, dah tentulah susah nak tangkap. Jeremy Wade, biologist yang jugak hos rancangan River Monster cakap ikan ni memang antara greatest fish he had ever catched. Mungkin maksud dia ikan sungai la kot.

Dalam kes serangan terhadap manusia, ikan ni dikatakan tertarik untuk menyerang mangsa yang memakai sebarang objek yang berkilau. Ada satu kes, budak perempuan masuk dalam air sungai untuk main2, kat pinggang dia terpasang tangkal yang berkilat - tangkal yang dipakai secara tradisi untuk melindungi keselamatan diri. Tapi sadisnya, budak tu mati diserang ikan Tigerfish ni dan dia dibaham di bahagian pinggang, sebab ikan tu attracted terhadap shining object. Fuh..

Kalau ada masa, mungkin korang boleh tengok rancangan River Monster yang dah uploaded dalam Youtube kat bawah ni. Biodiversiti ciptaan Tuhan ni banyak jenis - dan yang satu ni agresif dan menakutkan.





Share |

01 May 2011

Pemerhatian

Gugurnya graviti dalam diri dia apabila melihat pecutan yang ada pada konduktiviti harapan manusia seiring dengan keperluan yang memenuhi nafsu serakah. Manusia semakin tamak menyusuri kejayaan. Manusia semakin tamak mencari kejayaan. Adakah dia tergolong di dalam manusia yang tamak sebegitu?

Sistem yang di kenalpasti merobek keluhuran manusia itu perlu di analisis, perlu di sintesiskan bagi mengubah perkara-perkara yang negatif menjadi positif. Kiranya dia mahu membalikkan kejadian kelukaan kepada kejadian kegembiraan. Harapan itu masih ada walaupun di katakan harapan itu hanya untuk mereka yang kalah. Merengek dan memanjatkan mimpi untuk menang.

"Mengapa tidak untuk aku berharapan walaupun sedikit? Katakanlah, lafazkanlah yang aku ini selalu tewas, tetapi tiada siapa yang boleh merampas hak aku untuk berharapan"


Menang.


Itu saja yang dia mahukan. Menang pada setiap masa. Melebihi setiap masa. Walaupun sebenarnya dia sudah kalah, dia akan mencari mana-mana pelosok mungkin untuk mengatakan dia menang agar memberi keyakinan kepada perjalanan seterusnya.

"Ahh, di sini ada ruang kelemahan, mengapa tidak aku baiki dahulu?"

Sistem kapitalis. Sistem sosialis. Sistem liberal, diktator, demokrasi bahkan syariah Islamiyah itu sendiri mempunyai kelemahan kerana pengamal sistem adalah sikap. Sistem dan sikap. Dua kelas yang bertindak-balas sesama sendiri seperti kembar partikel dan gelombang dalam hukum mekanik kuantum. Apa saja yang berhubung kait dengan momentum dan tenaga pasti ada ruang yang boleh di perbaiki dan dikira. Itulah metafizik. Perubahan dan tindak balas sesuatu tahap.

Perlahan-lahan dia mengambil semula pematri dan membuka semula litar-litar prinsip yang terpesong dari matlamat eksperimen. Kehidupan dia berbalutkan kajian dan interaksi pemikiran dari pemerhatian. Itu lah dia. 


Dia memang gila, namun dalam gila itu ada hormatnya.



Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...