25 June 2011

Dr Stein

Bila orang putih buat muzik rock, orang Malaysia pun nak jugak. Sejak zaman kemunculan band-band rock di Malaysia ni, dah berbelas ribu band dah diwujudkan. Tapi bila tengok balik mesej-mesej dalam lirik lagu - jarang, atau pun hampir mustahil nak jumpa lirik lagu yang ada tema sains.

Tengah hari sabtu ni aku nak perkenalkan band dari Jerman iaitu Helloween. Lagu yang berjudul Dr Stein ni bertemakan pengklonan manusia, dengan unsur kelakar dan sarkastik menceritakan macam mana dia cipta klon dan makhluk aneh daripada kejuruteraan genetik, last2 klon dia pulak yang bunuh dia, hahaha.




Helloween - Dr Stein (Album: Keeper of the Seven Keys, Pt. 2)

Once they killed his monster when it went into a trap
now he's making better ones on a higher step

On a warm summer day the doctor went away
to a place where he could make it real
his assistant's hips were nice
so he cloned her once or twice
now his hips are aching what a deal

Dr. Stein grows funny creatures
let's them run into the night
they become great rock musicians
and their time is right

Sometimes when he's feeling bored
he's calling it a day
he's got his computer and they do it their own way

They mix some DNA, some skin and certain spray
you can watch it on a laser screen
and the fellow's blue and gray
or sometimes pink and green
just check it out on halloween

Dr. Stein grows funny creatures
let's them run into the night
they become great politicians
and their time is right

One night he cloned himself
put his brother on a shelf
but when he fell asleep that night
it crept up from behind and thought
"well never mind "
took a syringe and blew out his life

Dr. Stein grows funny creatures
let's them run into the night
they become
1 - a great profession
2 - a great opression
and their time is right


Share |

22 June 2011

Lawak atheist

Atheist ni bermaksud tak percaya kepada Tuhan. Kat bawah ni, satu lawak yang berbaur atheist aku dapat daripada internet. 

Aku kongsi lawak ni bukan la bermaksud aku atheist. Cuba perhatikan perbezaan fahaman yang dalam lawak tu, dan kemudian analisis sendiri tentang betul salah dalam setiap hal. Selain tu, entri2 yang aku tulis dalam Pseudosains ni terlalu banyak feeding information - sedangkan penulisan yang bagus sepatutnya mencabar intelek pembaca & merangsang pembaca berfikir untuk bersetuju atau menolak idea dalam sesuatu penulisan tu. Selalunya cara paling senang ialah dengan provokasi, tapi aku tak berapa suka cara tu.
 
Pegang teguh pada pegangan masing2, tapi dalam masa sama cuba cabar diri sendiri untuk berfikir dan berdialektik.

Shit

Taoism
Shit happens.
Buddhism
If shit happens, it's not really shit.
Islam
If shit happens, it's the will of Allah.
Protestantism
Shit happens because you don't work hard enough.
Judaism
Why does this shit always happen to us?
Hinduism
This shit happened before.
Catholicism
Shit happens because you're bad.
Hare Krishna
Shit happens rama rama.
T.V. Evangelism
Send more shit.
Atheism
No shit.
Jehova's Witness
Knock knock, shit happens.
Hedonism
There's nothing like a good shit happening.
Christian Science
Shit happens in your mind.
Agnosticism
Maybe shit happens, maybe it doesn't.
Rastafarianism
Let's smoke this shit.
Existentialism
What is shit anyway?
Stoicism
This shit doesn't bother me.


Share |

15 June 2011

Gerhana

Surah Fussilat, ayat 37,

لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

Tamadun Mesir dahulunya terkenal dengan ilmu sihir. Dalam kegemilangan sihir pada waktu tu, tamadun tu menyembah matahari, dengan menamakan tuhan matahari mereka sebagai Ra.

Ahli sihir di kepulauan Melayu sering mengadakan upacara mistik ketika bulan mengambang penuh. Dalam mitos kepercayaan mereka, waktu bulan mengambang merupakan saat amalan mereka ampuh dan ada yang memuja cahaya bulan purnama.



Sains pulak mengaitkan kejadian bulan purnama dengan teori graviti - graviti bulan membantu pasang surut laut, dan ada teori, yang separuh saintifik, mengatakan waktu bulan purnama, sesetengah pesakit mental menjadi agresif dan kejadian jenayah kerap berlaku disebabkan pengaruh graviti bulan terhadap keseimbangan cecair dalam otak manusia.

Yang pasti gerhana bulan dan matahari mengajar manusia satu perkara - bulan dan matahari bukan Tuhan untuk disembah, dan cahaya kedua-dua objek tu boleh hilang bila-bila masa atas izin Pencipta yang Maha Pencipta.



Share |

11 June 2011

Mari membaca

Baiklah. Aku tau korang yang follow blog Pseudosains ni terdiri daripada golongan yang suka membaca, kalau tak mustahil la korang follow blog ni. Sekarang dah ada 151 followers, jadi maksudnya ada 151 orang yang suka membaca dan jadi follower Pseudosains. 

Tabiat membaca ni satu tabiat yang baik sebab makin banyak input masuk melalui pembacaan, makin banyak maklumat yang kita ada. Makin banyak maklumat yang kita ada maka makin senang kita nak membuat perbandingan, menganalisis dan yang paling penting membuat keputusan. Membaca tu satu permulaan yang baik ke arah kebaikan, tapi bergantung pulak dengan bahan bacaan apa yang kita baca tu. Kalau baca majalah URTV, Mangga, Mastika, ataupun komik Doraemon, tu pun dikira membaca tapi input dalam bahan bacaan macam tu low grade la. Tak membina membina sangat, lagi pun bahan bacaan macam tu dijual oleh penerbit yang nak duit, bukan nak mendidik pembaca.



Malas nak tulis banyak2, makin banyak tulis makin mengarut. Sebagai peminat Pseudosains, aku cadangkan korang beli dan baca buku tulisan Stephen Hawking nih --> A Brief History of Time: From Big Bang to Black Holes. Kalau dah beli, dah baca bagus la, tapi kepada yang belum pernah baca, aku cadangkan korang beli la buku ni. Terutamanya kepada yang berminat dalam sains fizik, buku ni bagus sebagai pendedahan awal kepada modern physic, dan jugak sedikit classic physic. Walaupun buku ni diterbitkan pada tahun 1988, tapi aku pun baru jugak beli - dan baru start nak baca (ok la korang kena faham isnin - jumaat aku kerja, kadang2 sabtu ahad pun aku kerja, kerja hospital beb mana ade cuti sekolah @ cuti semester, masa terhad so susah la nak spend banyak masa untuk fokus baca buku ni je). Berbanding dengan korang yang rata-ratanya student universiti yang tengah cuti sem sekarang, aku rasa korang lagi banyak masa la kot boleh spend untuk baca buku ni berbanding aku tapi aku cuba jugak la merangkak sikit2 nak habiskan baca buku ni.

Sekarang aku dah baca sampai bab kedua - Space and Time. Bab pertama  iaitu Our Picture of Universe banyak bercerita pasal macam mana saintis dan manusia sebelum kita sekarang ni mengkaji alam semesta, pergerakan planet, fizik klasik dan fizik moden sebagai percubaan untuk mencari punca dan di mana bermulanya proses penciptaan alam ni. Dalam bab pertama ni cuma sebagai mukaddimah je la, pengenalan asas fizik dan sumbangan fizik, perbezaan Teori Relativiti dan Quantum Mechanic. Space and Time aku tak abis baca lagi.

Masa Dr Sheikh Muszhapar naik ke stesen angkasa lepas dulu, macam2 idea keluar, cadangan supaya Malaysia serius dalam pembangunan teknologi angkasa lepas la, nak ada stesen angkasa sendiri la. Semua tu tak mustahil nak dicapai, tapi kena ada ilmu dulu la. Nak ada ilmu kena membaca. Buku yang aku cadang ni, bukan la buku teks fizik yang boleh tolong korang jawab exam, buku ni lebih kepada pendedahan kepada konsep bidang fizik yang mengkaji kejadian alam semesta ni. Aku nak cerita lebih pun aku sendiri tak habis baca lagi so apa kata kita sama-sama baca, dan kalau korang habis baca dulu korang boleh je tulis ulasan buku ni dan share sama-sama dengan semua orang. At least korang boleh participate dan jadikan blog ni tempat untuk perbincangan ilmiah.

Harga buku ni, aku beli hari tu RM 28.80, lepas 20% kat Popular Bookstore. Kat MPH tak tau la harga berapa. Tapi kepada yang takde budget atau pun budget lari bulan ni, nak baca softcopy punya pun boleh, tapi save la dulu takut nanti link mati. Klik kat link bawah ni.


Okeh, selamat membaca.





Share |

09 June 2011

Half atheist



Assalamualaikum, 
Berdasarkan ape yang Prof VS Ramachandran tu cakap, melalui eksperimen yang dia buat, dia mendapati otak hemisfera kiri dan kanan pesakit bila dirangsang dan diberikan soalan "anda percaya pada Tuhan?", hemisfera kanan percaya pada Tuhan, tapi hemisfera kiri pulak tak percaya pada Tuhan. Dia kemudian buat lawak sinis dari sudut teologi (bukan Teohlogy, Teohlogy merupakan buku karangan Patrick Teoh, pelakon dan pelawak yang cool), lepas mati ke mana roh pesakit tu akan pergi, ke neraka atau syurga sebab bahagian otak yang berbeza bagi jawapan yang berbeza pasal kepercayaan kepada Tuhan. Otak pesakit tu menunjukkan pesakit tu merupakan half atheist.

Wujud ke half atheist? Perbincangan persoalan ni merupakan suatu paradoks yang tak boleh nak diselesaikan, serupa macam nak mendapatkan nombor perpuluhan mutlak sebagai penyelesaian 1/3 atau 7/9. Sekularisme, macam kehidupan kebanyakan kita sekarang taklah seteruk atheism, tapi sejak aku hidup dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ni keluar istilah moderate Islam, extreme Islam - tak kedengaran pulak pasal moderate Christian, Hindu, Buddha dan sebagainya, jadi terlintas jugak dalam kepala aku wujud tak half atheist, sebab kalau Islam pun macam regulator suhu air cond yang boleh diubah mengikut low, moderate dan high (extreme), mesti atheism pun ada skala yang macam tu.

Mungkin kita boleh bagi profile half atheist berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Sebagai contoh, seorang Muslim yang belajar melalui Islam, Adam dan Hawa diciptakan di syurga dan kemudian turun ke bumi. Tapi bila dia belajar di peringkat A level, atau pun tingkatan 6 mungkin dia akan diajar, semua makhluk atas muka bumi ni berevolusi. Dia pun setuju. Evolusi menyelamatkan sesetengah makhluk, dan mengetepikan makhluk yang lain daripada gene pool berdasarkan kemampuan mereka untuk survive. Dia setuju lagi. Kemudian diajar pulak, manusia - berevolusi daripada beruk, dan dah dibuktikan melalui saintifik yang DNA chimpanzi 99% sama dengan manusia. Dia mungkin tak setuju, tapi atas kertas peperiksaan dia akan muntahkan teori evolusi yang menolak penciptaan Adam dan Hawa dan mengiktiraf teori survival of the fittest macam yang dia belajar. Mungkin macam tu la kot half atheist. Atau pun pak lebai, imam solat jemaah yang memimpim jemaah solat, yang membaca doa iftitah (membaca doa, ke berdoa? entahlah labu, aku pun tak tau) yang menyebut sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan mati ku kerana Allah Taala tapi kadang2 bila bercerita dekat kedai kopi tentang kenaikan harga barang atau pun pasal anak2 yang cemerlang keputusan SPM yang nak mintak biasiswa, terkeluar jugak - ish, zaman sekarang kalau takde duit, susah kita. Ish, kalau takde kabel, memang tak dapat biasiswa JPA tu. Duit menentukan susah senang, kabel dan kawan menentukan lulus gagal pemilihan biasiswa. Tapi dalam masa sama 5 kali sehari mengucap, baca Al Fatihah. 

Macam tu lah kot half atheist. Mungkin korang ada persepsi dan pandangan korang sendiri. Kongsilah.

p/s Ini pseudosains kan, jadi tak payah nak 100% saintifik, betul tak?




Share |

05 June 2011

Dapur Adalah Makmal Kimia


Dah hampir dua tahun dalam bidang sekarang, orang masih tanya aku apakah aku akan sambung belajar dan sebagainya. Siapa yang kenal aku, tahu sangat betapa kebolehan aku hanya belajar dan mengajar. Tak pandai benda lain dalam hidup ini. Tak berbakat untuk menyanyi sebab suara boleh runtuhkan gunung, nanti orang dengar dalam radio orang pun tak boleh nak bezakan penyanyi ni lelaki ke perempuan (aku tak nak jadi Justin Bieber nombor dua).
Ketawa.

http://farm3.static.flickr.com/2529/3731765438_e6fe61d998.jpg
Gambar : Aku tetap bangga dengan latar belakang Kimia aku. Bukanlah berjaya mana pun, tapi aku ambil sesuatu yang aku suka dalam hidup. Benda yang buat aku lebih hargai banyak benda dalam dunia.

Aku pelik kenapa ramai budak tak suka Kimia ataupun Sains. Aku tak layak tulis pasal Fizik ataupun Biologi disebabkan aku memang minat yang amat sangat dengan kimia. Mungkin sebab aku dapat buat benda yang aku suka dalam hidup, mengharungi kepayahan dan kesusahan tidaklah sampai ke satu tahap tekanan. Ya, dalam hidup kalau kita dapat buat benda yang kita suka tentulah sangat seronok bukan?

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/255602_10150623634235543_885375542_18845299_1134233_n.jpg
[Tekan ini untuk tumbesaran]

Maaflah.
Sebab nak cepat, aku cuma conteng laju-laju apa yang aku perlu buat di atas sehelai kertas dan lekatkan di peti sejuk. Ya, sudah aku nyatakan yang aku budak kimia dan kebanyakan benda yang aku perlu buat, akan aku tulis atau catatkan di mana-mana. Bukan sebab aku budak kimia, cuma aku skema kata orang. Baiklah, mari kita tengok antara kajian saintifik terhadap diri sendiri yang aku terapkan mengikut ciri-ciri sesuatu kajian.
Ketawa.

  • Daya pemerhatian - Benda ini penting sebagai orang sains dan dalam benda yang melibatkan kemahiran. Jadi aku menggunakan daya pemerhatian sebagai salah satu cara aku mendapatkan sesuatu pengetahuan. Ini meliputi apabila aku ralit melihat Puan Mulia masak walaupun dia membebel kenapa aku tengok dia masak sampai aku tolong dia lambat. Tapi itu memang aku, aku perhatikan dan gunakan semula pengetahuan itu bila perlu.

  •  Perlu ada langkah-langkah - Ya. Macam mana kau buat eksperimen di dalam makmal, ataupun bertukang di dalam bengkel, perlu ada manual kerja. Nampak macam sangat mahu kesempurnaan, tapi pada aku itu bukan mengejar kesempurnaan, tetapi mengelakkan kesilapan. Manusia memang akan sentiasa buat silap, tapi pasti lebih berbaloi kalau kita dapat elakkan ia terjadi kan? Pernah sekali aku tersalah baca manual semasa di dalam makmal sewaktu zaman belajar, habis berasap set eksperimen aku. Nasib baik hidup lagi.

  • Rujukan - Ini adalah penting ya para pembaca. Sebelum membuat apa-apa sila buat rujukan. Aku akui, manusia beku macam aku tak pernah kenal alat solek sebelum ini. Aku beli bedak padat (baca : compact powder) pertama aku pada tahun 2007 disebabkan aku perlu kelihatan menarik untuk pergi latihan mengajar. Bersolek ala kadar, dengan bedak yang sangat polos, dan juga calitkan sedikit pemerah bibir. Itu pun baru pertama kali ada. Bukan gincu, tapi apa benda entah dulu tu. Bagi bibir nampak segar sahaja. Gila kan?

  •  Rujukan tambahan - Ini yang aku gunakan dengan lebih mendalam bila aku dah mula pandai nak beli alat solek sendiri. Baca artikel di surat khabar, majalah dan aku akan cuba sendiri dengan muka aku adalah tempat membuat uji kaji. Sama juga macam aku baca mana-mana resepi, aku akan cuba dengan gunakan segala benda yang aku boleh cari. Yang aku tak boleh cari, aku ubah ikut suka hati aku sendiri. Pensyarah aku dulu kata kita mesti inovasi dalam uji kaji. Ya lah. Itu uji kaji biasa, kalau aku guna nuklear? Eh.

Jangan lupa langkah berjaga-jaga semasa membuat uji kaji.
Betul tak?
  • Dapur : Banyak benda bahaya. Jaga-jaga jangan sampai terbakar, tercederakan diri sendiri dengan alatan yang tajam serta boleh membunuh.

  • Alat solek : Sayangilah muka sendiri. Pilih alat solek yang bersesuaian dengan diri. Jangan sampai memerlukan pembedahan plastik ya? Itu kita tak boleh buat uji kaji dengan diri sendiri. Tak boleh!

http://farm4.static.flickr.com/3222/3000334755_3668b4a7b3.jpg
Gambar : Kimia penuh rasa cinta. Tak percaya? Cuba kau tanya orang bercinta, mereka mesti kata antara mereka dan pasangan mereka ada kimia (chemistry). Tak percaya tanya.

Sumber dari blog asal aku.
Lucifer kata sesuai masuk blog ini.


Share |

02 June 2011

Kesan Geraham Bongsu (Impacted Wisdom Tooth)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Pesakit berumur 20 tahun, masih bujang, tidak pernah melakukan oral seks dan mempunyai diet makanan yang seimbang. Cuma sejak dua tiga empat menjak kebelakangan ini sakit di di bahagian gusi belakang berdekatan dengan dinding pipinya semakin menjadi-jadi. Didapati kawasan tersebut kemerah-merahan (radang = iflammation) gusi mulai membengkak dan sesekali berdarah. Kadang-kadang pesakit juga rasa sengal-sengal di kawasan rahang dan bawah telinga --> ini semua simptom pericoronitis berlaku.. Selaku seorang pelajar urban yang percaya pada perubatan moden, beliau mengambil langkah mudah untuk terus berjumpa doktor gigi bagi merungkai tabiat luar alam ini.......

Hasil perbincangan yang bernilai 42LE Pound (sekitar RM20, kalau di Malaysia saya kurang arif kosnya berapa) tersebut, doktor menasihatkan beliau untuk membuang geraham bongsu yang nampaknya belum ada tanda mahu tumbuh (impacted wisdom tooth). Persoalan demi persoalan diajukan kepada doktor gigi tersebut. Apakah geraham bongsu? Apakah jenis-jenis kesan geraham bongsu? Mengapa kesan geraham bongsu ini boleh terjadi? Dan yang paling utama, mengapa perlu dibuang geraham bongsu ini?

Pengenalan.
Seorang manusia normal yang tidak dilahirkan di Marikh, tetapi di Bumi, mereka mempunyai 4 gigi geraham bongsu (third molar) dua batang di atas dan dua di bawah (satu setiap kiri dan kanan). Pertumbuhan gigi geraham ini berlaku dari umur 18 - 24 tahun. Untuk mengesan impacted wisdom tooth ini adalah dengan melakukan xray.

Apakah Kesan Geraham Bongsu (Impacted wisdom tooth)?
Kesan Geraham Bongsu ini adalah translation terus dari google translate, tapi ikut bahasa inggerisnya Impacted Wisdom Tooth. "Impacted" ataupun perkataan "kesan" tersebut adalah merujuk kepada gigi geraham yang tidak tumbuh dengan sempurna pada tempatnya. Ianya boleh jadi distal (menyimpang), mesial (mencondong), horizontal (melintang), vertical (menegak), soft-tissue (tisu lembut) atau bony (bertulang). Untuk jenis saoft tissue, gigi sudah mulai tumbuh di permukaan gusi tetapi tidak sepenuhnya. Bagi jenis bony pula, gigi masih lagi terbenam di dalam rahang. Pesakit perlu mendapatkan gambar xray bagi menentukan jenis wisdom tooth. Kebanyakan kes adalah jenis mesial.


Kenapa geraham bongsu boleh jadi macam tu ek? 
Okay, soalan ni senang. Qadak dan qadar telah menentukan..haha ok tipu. Sebab utama boleh terjadinya kesan gigi geraham bongsu ini adalah kerana ruang untuk gigi geraham bongsu ini tumbuh (di belakang geraham yang kedua (second molar)) tidak mencukupi, atau senang kata tak muat. Dah sempit dengan set graham yang lain.

Sebab perlunya membuang geraham bongsu (impacted and non-impacted wisdom tooth)
Bagi pendapat profesional saya, bagi mengelakkan rasa sakit pada masa depan, adalah lebih baik geraham bongsu ini dibuang bagi mengelakkan kesan buruk pada masa depan. Tak semestinya dibuang, bergantung pada nasihat doktor gigi anda dan evaluasi xray anda. Tak mahu set graham yang kedua anda rosak, rapuh atau patah, bertindaklah sekarang dengan membuangnya. Pada usia muda, gigi geraham bongsu tersebut masih belum tumbuh dengan sempurna,kurang mampat dan akarnya masih lembut, oleh itu surgeri untuk membuangnya akan jadi lebih senang. Bagi yang sudah berumur, payah sikit lah. Masa untuk sembuh pon lebih lama. Doktor pakar biasanya akan menasihatkan untuk buang gigi geraham bongsu yang bermasalah ini sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Sebab-sebab kukuh untuk membuang gigi geraham bongsu adalah:

- Pericoronitis [radang yang berkaitan dengan geraham bongsu]
- Komplikasi yang berkaitan dengan kerosakan gigi [tartar dan plaque]
- Periodontal [penyakit/jangkitan gusi]
- Kista (cysts) dan tumor yang berkaitan dengan geraham bongsu.
- Risiko set geraham dan gigi lain rosak dan kegagalan akar gigi untuk berfungsi dengan baik.
- Kesakitan yang kronik dan tidak selesa.
- Masalah gigi tidak sejajar.

Pesakit diberi Brufen Granules (ubat serbuk larut dlm air) untuk mengurangkan kesan inflammation dan Ibidroxil 500gm (anesthetic).

Berbincanglah dengan orang tua (sebab depa yang nak kena bayar surgeri ni) dan buatlah keputusan semasak-masaknya. Bagi pesakit dalam kes ini pula, beliau kata nak tunggu balik ke pangkuan keluarga nanti. Dengar kata jururawat di hospital kerajaan tak kurang manisnya, kan @kucingputih?

Entri seterusnya saya akan jelaskan isu surgeri dan rawatan selepas surgeri. Sebarang pertanyaan lanjut sila komen di bawah atau boleh ke laman fesbuk Pseudosains. Kami juga mengalu-alu kan undangan ke majlis perkahwinan dan soalan sains yang thrill tak thrill mana. :D

http://www.facebook.com/pages/PseudoSains/





Share |

01 June 2011

Pengertian Sains Dalam Kehidupan

Sebagai negara dunia ketiga yang masih membangun dalam dunia sains dan teknologi, sistem pendidikan negara telah diterapkan dengan sains sejak dari pendidikan rendah lagi. Sains yang membawa maksud ilmu pengetahuan, secara am nya berpandukan penjelasan berdasarkan pemerhatian dan rasionaliti dalam alam semesta yang mempunyai segenap bidang untuk diterokai.
Rembatan 

Mereka yang menolak sains daripada kehidupan dengan menganggap subjek-subjek Sains yang diajarkan di sekolah hanya sia-sia, sebenarnya duduk di dalam skop pemikiran yang kecil di mana Sains sememangnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Walau kita tengah beristinjak di dalam tandas itu pun dikira sebahagian daripada Sains di mana ia adalah proses berkumuh membuang bahan perkumuhan daripada badan. 

Rembatan
Walau dalam bidang sukan sekali pun, Sains diaplikasikan dalam menambah baikkan mutu sukan itu sendiri. Contohnya seperti dalam bola sepak, bola yang digunakan dalam Piala Dunia sentiasa diubah suai dari setahun ke setahun dalam menjadikan ia berdaya pecutan lebih tinggi. Mutu kain yang digunakan dalam pakaian sukan dimodifikasikan untuk mendapatkan kesuaian suhu dan sistem perpeluhan yang baik semasa digunakan dalam bersukan. Siapa kata ahli sukan tidak perlu mempelajari ilmu sains? Guru Pendidikan Jasmani, instruktor sukan/gim dan bakal-bakal ahli sukan turut mempelajari anatomi badan dan fisiologi untuk diaplikasikan.

Fikiran yang cetek hanya menganggap subjek Fizik, Kimia dan Biologi sahaja yang dianggap Sains walhal Sains merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Itu masalah mentaliti kebanyakan remaja masa kini yang memandang remeh akan aliran Sains sedangkan dalam membangunkan negara kepada tahap yang lebih maju, tenaga kerja manusia daripada segenap bidang daripada pecahan berpaksikan Sains amat diperlukan dalam membentuk sistem yang lebih utuh terutamanya teknologi.

Memasak itu pun sebahagian daripada Sains tahu? Sains Rumah Tangga.


Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...