28 July 2011

Harimau dan singa

Apa persamaan antara harimau dan singa?




Kredit gambar: Facebook Syazwan&Syarazi

Banyak persamaannya, tapi aku nak senaraikan sikit je la sebab besok aku kena naik flight dan malam ni aku nak berkemas sikit.

Pertama, kedua-dua binatang ni ialah pemangsa.

Kedua, kedua-dua binatang ni datang dari keluarga Felidae.

Ketiga, kedua-dua binatang ni pantang diberi makan Panadol. Kalau korang pergi zoo pastu bagi makan panadol kat harimau, singa atau kucing - maka binatang-binatang ni akan mati dalam tempoh yang pantas disebabkan oleh acute liver failure.



Share |

Iron Man

Siapa yang tak kenal Iron Man?

Iron Man (Anthony Edward atau Tony Stark) ialah satu watak fiksyen, seorang superhero dalam Marvel Comics Universe. Dicipta pada tahun 1963 oleh seorang penulis bernama Stan Lee dan ilustratinya pula digambarkan dari hasil lukisan Don Heck dan Jack Kirby. Pada tahun 2008 Iron Man telah difilemkan dan menjadi satu fenomena dalam industri perfileman malah menjadi filem box-office.

Iron Man membawa terlalu banyak kesan dan pengaruh kepada seluruh dunia, kanak-kanak khususnya. Adakah sut lengkap dengan senjata, boleh terbang dan dijana dengan arc fussion reactor di dadanya benar-benar boleh dicipta? Semuanya tidak mustahil dalam dunia kejuruteraan kini. Dengan bertambahnya dan luasnya ilmu quantumn mechanics seiring dengan peredaran masa semua ini adalah tidak mustahil.





Isunya bermula dengan arc fussion reactor di dada Tony Stark. Kalau saintis dan jurutera mampu membina power generator seperti ini. Sut besi berkuasa itu tidak lagi menjadi masalah besar. Dalam filem ini, bagaimana konsep menggunakan tenaga daripada tindak balas pelakuran sejuk dalam arc palladium reactor yang digunakan untuk memacu jantung? badan? dan akhirnya untuk menjana jet berkuasa?

Dari kaca mata dan pendapat seorang pelajar kejuruteraan,
Proton menghasilkan dari Pd lattice (melalui hidrogen dari air). Ditukar kepada antiproton + positron, selepas itu antiproton digabungkan semula kembali dengan proton untuk dilupuskan bagi menghasilkan photon gamma untuk menggerakkan badan. Dan untuk mekanisme jantung mungkin bahan-bahan photostrictive boleh digunakan untuk menukar tenaga Fotonik terus ke tenaga mekanikal. Tenaga dihasilkan oleh mass deffects hasil perlanggaran zarah. Jika zarah asas boleh dimulakan dan semua jisim zarah ini ditukar kepada tenaga, tenagay ang menghasilkan skala makro akan sangat besar. Mungkin, anhillation proton tegak lurus boleh menghasilkan tenaga sebagai letusan tetapi tidak mungkin untuk menjadi produk. Penggabungan semula antiproton dan proton, secara teori harus menghapuskan antara satu sama lain mengikut kepada fornula tenaga iaitu e = Mc2.
Menukar tenaga Fotonik ke Mekanikal, konsep bahawa radiasi elektromagnet boleh mengenakan daya ke atas objek bahan telah lama dicetus oleh Maxwell lebih daripada satu abad yang lalu. Untuk merealisasikan ke dalam peranti, kita perlu untuk memanipulasi harmonic oscillator energy level of atomic clusters. 

Untuk bahagian sut pula, semua itu hanyalah masalah kecil.

Tanpa perlu menunggu arc fussion reactor seperti yang digunakan oleh Iron Man,Yves Rossy, 51 tahun perintis Swiss, strapped jet packed bahawa dia mencipta sebuah mesin terbang di bahagian belakangnya dan terbang merentasi Selat Inggeris pada 26 September 2008 selama 9 minit 7 saat pada kelajuan 299 km/jam. Kemudian pada tahun 2008, beliau membuat penerbangan melintasi Alps, mencapai kelajuan tertinggi iaitu 304 km/jam.

Oleh sebab inilah, teknologi dalam filem Iron Man tidak boleh dianggap fiksyen semata-mata. Ia mungkin boleh menjadi realiti suatu hari nanti. 


#menulis perihal seperti ini dalam Bahasa Melayu sangat mencabar akal aku.





Share |

26 July 2011

Mari Sini Jika Nak Menang 1 Juta Dolar!

Static
Written by JREF Staff   
Thursday, 30 October 2008 12:10

The Foundation is committed to providing reliable information about paranormal claims. 
It both supports and conducts original research into such claims.
At JREF, we offer a one-million-dollar prize to anyone who can show, under proper observing conditions, 
evidence of any paranormal, supernatural, or occult power or event. The JREF does not involve itself in the testing procedure, 
other than helping to design the protocol and approving the conditions under which a test will take place. 
All tests are designed with the participation and approval of the applicant. 
In most cases, the applicant will be asked to perform a relatively simple preliminary test of the claim, which if successful, 
will be followed by the formal test. 
Preliminary tests are usually conducted by associates of the JREF at the site where the applicant lives. 
Upon success in the preliminary testing process, the "applicant" becomes a "claimant."
To date, no one has passed the preliminary tests.
Click here to see the current $1 million statement which shows the current amount in our prize account.
Last Updated on Thursday, 09 June 2011 11:55



Amacam? Ada berani? Ada kemahuan? Sehingga hari ini tiada yang berjaya melepasi saringan awal cabaran ini. James Randhi merupakan ahli silap mata terkenal dan JREF: James Randhi Educational Foundation ditubuhkan untuk meneruskan kajian yang dilakukannya dalam Pseudosaintifik, Paranormal dan Supernatural.

#kredit kepada khrlhsym untuk ini.



Share |

23 July 2011

Pencarian hantu

Paranormal; merupakan sub kepada Pseudosains yang meragukan di mana ia tentang fenomena ganjil yang berlaku di sekeliling tanpa punca yang boleh dihuraikan secara saintifik dengan jelas. Okay, kecilkan lagi skop, pencarian hantu yang kacak dan menakutkan. Umum masyarakat kita disental dengan cerita hantu dari zaman kecil-kecil sehinggalah dewasa ini dengan cerita hantu-hanti di filem dan kaca televisyen. Jadi, saya mahu tanya sama kalian, kalian percaya hantu?
Kepada penules P.S,
saya percaya hantu sekiranya hantu itu termasuk dalam kategori alam ghaib kerana orang Islam wajib percaya dengan alam ghaib
Gadis ayu,
Sentul

Okay, pendapat peribadi saya, saya percaya iblis boleh menyerupai pelbagai bentuk dalam bermain minda manusia. Tapi untuk ilmu meneliti alam ghaib ni, saya sangatlah terkurang untuk garapkan. Tapi setahu saya, dalam Islam itu sendiri, istilah hantu tiada di mana umumnya hantu bagi tanggapan masyarakat adalah roh mereka yang meninggal lalu berkeliaran di muka bumi atas faktor-faktor tersendiri, sedangkan matinya manusia itu rohnya ke alam barzakh.  Maka saya garapkan dalam perihal Sains mengenai pencarian hantu atau nama comelnya GhostSeekers!.(sesiapa ada hujah mengenai alam ghaib dan hantu sila-sila komen jangan malu).

Kebanyakan penyelidik hantu menggunakan kaedah andaian yang dipersetujui, contohnya: hantu adalah roh, jadi  bukti akan dicari untuk mengesahkan andaian itu di mana ia bergantung dengan kaedah logik semata-mata. Walau banyak rancangan tv berkenaan Ghostbusters, GhostSeekers, video tangkap hantu berusus dan yang seangkatan dengannya, haruslah diingatkan, jangan main telan dan fikir-fikirkan, kerana walaupun penyelidikan mengenai hantu ini sangat popular, ia tidak bermakna yang ia berjaya membuktikan sejelasnya mengenai kewujudan hantu. 
Edisi surat pembaca; 
Kepada abang nama ganas,Abang cakap ni belum jumpa hantu lagi, benda alah tu. Kalau dah jumpa mau terkencing-kencing berlari. yang benar. 
Jejaka berani, Johor Baharu
Kepada jejaka berani, pernah satu kali saya terjumpa dengan tiga ekor lembaga yang bermuka berbeza dengan rupanya kalah hantu buatan filem orang kita mahupun orang luar, sungguh unik rupanya menjadi igauan kalbu. Tapi tidaklah saya terus melompat kepada kesimpulan yang itu adalah hantu, kerana iblis boleh menyerupai sesiapa sahaja dengan izin-Nya dan tidak lah pula saya kencing berlari.

Okay, cukup dengan selingan, para pencari hantu menggunakan kaedah-kaedah dalam cubaan untuk membuktikan kewujudan mereka seperti:
  • Penggunaan medium : mengandaikan dengan menggunakan medium, hantu boleh dihubungi
  • Memanggil mereka : menganggap hantu boleh mendengar dan memberi reaksi
  • Berjaga-jaga dengan perubahan situasi : menganggap alat instrumen yang digunakan untuk membaca kehadiran hantu adalah  normal dalam perubahan situasi
  • Mengambil 'orb photos' : menganggap orb(partikel bebola) adalah sejenis paranormal dan berkaitan dengan hantu
  • Meter EMF untuk mengesan hantu : mengandaikan hantu boleh dikesan dengan meter EMF
  • menggunakan alat dowsing untuk mencari hantu : menganggap hantu boleh dikesan dengan dowsing
  • mengkaji pemilik asal kawasan : menganggap hantu adalah pemilik kawasan yang dikatakan berhantu
  • berkhalwat di kawasan kubur : menganggap hantu selalu di kubur berbanding tempat lain
  • merekod EVP : menganggap hantu boleh direkod engan EVP
  • berkhalwat di kawasan gelap : menganggap hantu lebih mudah dikesan di tempat gelap
(khalwat bermaksud bersendirian)

Antara alat-alat pencari hantu
  • Meter EMF adalah meter pengukur daya aruhan gelombang elektromagnetik di mana ia digunakan untuk mengukur kebocoran elektrikal di dalam oven mikro-gelombang, kewujudan elektrik dalam kabel kuasa, dan juga mengukur daya aruhan elektromagnetik rawak dalam ruang udara kerana cahaya, gelombang mikro, x-ray, radio signal semuanya adalah bentuk gelombang elektro-magnetik. Jadi, walaupun ia mengesan peningkatan dalam pengukuran, tidak bermakna ia mensahihkan kehadiran hantu kerana tenaga elektromagnetik wujud hampir di mana-mana dalam alam semula jadi dan bacaan meter, walau meningkat dengan luar biasanya, kalibrasi sebenar tidak mendokong catatan EMF yang rawak.
  • Kamera pengimejan haba adalah alat yang menangkap imej mengikut haba dalam diri di mana ia dapat ditangkap dalam ruang gelap tanpa cahaya di mana menghapuskan kelemahan kamera biasa yang berdasarkan cahaya. Akan tetapi, keupayaan termalnya kurang berkait dengan ciri-ciri hantu di mana hantu jelas tidak membebaskan haba dalam apa jua bentuk malah mereka sendiri mengkonklusikan yang hantu mendorong kejatuhan suhu yang menjunam secara tiba-tiba.
  • EVP(Electronic Voice Phenomenon) di mana ia merakam bunyi yang dibuat hantu dan diterjemahkan dalam suara. Alat ini punya kelemahan di mana ia banyak merakam bunyi yang sia-sia seperti tapak kaki, bunyi air, bunyi jam.
  • Kamera video dalam cubaan merakam imej hantu tetapi objek rakaman berkitaran dengan imej orb yang tidak dikenal pasti.
  • Termometer, alat yang digunakan untuk mengukur kejatuhan suhu yang menjunam tiba-tiba di mana hantu dikaitkan dengan kesejukan yang melampau dengan bulu meremang.
  • Pengesan pergerakan(motion detector) pencari hantu menggunakan alat ini mencari hantu tetapi hantu bagi mereka diperbuat daripada tenaga yang halimunan di mana kandungan jisimnya untuk dikesan oleh pengesan pergerakan adalah sangat tipis.

Banyak lagi peralatan yang digunakan oleh mereka ni, bagi saya, penyelidik orang barat lebih bijak tentang perihal hantu walaupun kedengaran remeh dengan pemikiran skeptikal berbanding orang timur yang lebih dicengkam mudah percaya mudah ikut. Nampak objek aneh terus lari. Filem-filem dan drama dalam negara pun main hantu-hanti dengan solekan yang tak cukup mantap. Ya, teknologi membataskan, tapi ada eloknya keluar dari skopdan menggunakan plot cerita yang lebih skeptikal dalam garapan logik akal tentang perihal luar biasa berbanding penyemaian kejadian luar biasa yang sentiasa dikaitkan dengan hantu.


Bebola kabur cahaya yang dianggap sebagai bukti kewujudan hantu
digunakan untuk mengesan bendasing : Willow Witching



Share |

Makan ubat di bulan Ramadhan

Tak lama lagi Ramadhan, jadi ramai la umat Islam yang akan berpuasa. Buat sesetengah di kalangan kita yang berpuasa dan dalam masa yang sama kena makan ubat masa bulan puasa, kaedah untuk makan ubat tu kadang2 jadi masalah jugak sikit. Kalau sehari makan sekali atau dua kali mungkin takde masalah, yang jadi masalah bila ubat tu kena makan sampai tiga atau empat kali sehari. 

Kat sini ada panduan macam mana nak makan ubat dan dalam masa yang sama berpuasa. 

Makan sekali sehari - boleh dimakan sebelum makan atau selepas makan sahur (bergantung pada jenis ubat tu, ada yang kena makan sebelum makan, ada yang kena makan lepas makan)

Makan dua kali sehari - makan sekali waktu sahur, sekali lagi lepas masuk waktu berbuka.

Makan tiga kali sehari - makan waktu sahur, waktu berbuka dan sebelum tidur waktu malam.

Makan empat kali sehari atau lima kali sehari - selalunya kalau empat,lima kali sehari ni ubat antibiotik atau antivirus. Bincang dulu la dengan doktor, bagitau korang cadang nak berpuasa jadi mungkin doktor akan tukarkan ubat korang kepada yang jenis makan tiga kali sehari je. Tapi kalau tak ada pilihan lain, aku cadangkan korang tangguh dulu la puasa tu dan makan je ubat ikut macam yang doktor suruh. Lagipun antibiotik selalunya tempoh pengambilan dia tak lama, paling lama pun seminggu camtu la.

Walau macam mana pun, ada kes tertentu macam penyakit darah tinggi yang memerlukan pesakit makan ubat tiga kali sehari selang 8 jam (sebagai contoh ubat darah tinggi yang kena makan 3 kali sehari: nifedipine dan methyldopa) untuk pastikan ubat tu berkesan. Kes yang macam ni, kalau aku la, aku akan cuba tanya dengan doktor berdasarkan keadaan pesakit, possible tak untuk switch to another antihypertensive yang cuma perlu makan sekali atau dua kali je sehari. Tapi kalau keadaan dah darurat, macam kes pre eclampsia yang mana ubat-ubat antihypertensive yang selamat semuanya kena makan tiga kali sehari, so nak tak nak kena tinggalkan puasa la, atas faktor kesihatan.

Oh ya, lagi satu..kalau korang ambik ubat melalui cara-cara kat bawah, puasa tak batal

- ubat titik mata & telinga 
- Ubat yang diserap melalui kulit, seperti krim, ointments, dan plaster berubat
- Memasukkan ubat pessari ke dalam vagina, medical ovules ataupun pembersih vagina.
- Suntikan bawah kulit, otot, sendi atau salur darah (kecuali suntikan makanan melalui salur darah iaitu TPN)
- Gas oksigen dan bius
- Tablet nitroglycerine yang diletak bawah lidah untuk rawatan sakit dada
- Pencuci mulut, gargle atau penyembur mulut (dengan syarat takde ubat yang ditelan)
- Ubat titik hidung, ubat sembur hidung dan inhaler
- Suntikan dubur
- Pembedahan yang melibatkan proses bius seluruh badan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Rujukan: Aadil N., Houti I.E., and Moussamih S (2004) Drug Intake During Ramadan. BMJ, Vol 329, 778-772

Mintak maaf semua, ada masalah sikit. Garis panduan yang aku guna sebelum ni diterbitkan di dalam British Medical Journal, dan sebenarnya pihak JAKIM ada keluarkan senarai ubat-ubatan yang boleh batalkan puasa & yang tak batalkan puasa.

Memandangkan kita semua kebanyakannya hidup kat Malaysia, so aku rasa better kita ikut berdasarkan garispanduan JAKIM la. Perbezaan yang wujud ni mungkin disebabkan kaedah qias dan penentuan hukum yang berbeza di antara mazhab atau pendapat. Mintak maaf sebab tak buat research menyeluruh. Harap dapat sebarkan semula kepada umum.

Garis panduan JAKIM

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang tidak membatalkan puasa ialah :

Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);

Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;

Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;

Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi, atau salur darah;

Pendermaan atau pemindahan darah;

Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;

Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;

Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;

Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;

Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air hampir ke tekak), dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;

Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ–organ lain untuk tujuan analisa makmal;

Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;

Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;

Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat; dan

Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.

Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa:

Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau penyakit paru-paru kronik;

Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pengawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;

Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing);

Penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur atau rectum untuk pemeriksaan;

Penggunaan teropong usus (endoscope) atau teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman; dan

Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.


Sumber: Panduan Berpuasa bagi Pesakit, JAKIM (Cetakan tahun 2009)


Share |

17 July 2011

Indera dalam Kejuruteraan

Deria dalam sistem badan manusia secara amnya adalah sistem yang terdiri daripada sekelompok sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, yang selari dengan kawasan tertentu di bahagian otak di mana isyaratnya diterima dan kemudiannya ditafsirkan. Pertikaian berapa jumlah deria timbul memandangkan pengelasan pelbagai jenis sel dan pemetaannya mengikut bahagian-bahagian yang tertentu pada otak. Dalam sukatan pelajaran sekolah, kita diajarkan bahawa deria ada lima (pancaindera), iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa mengikut takrifan Aristotle, ahli falsafah Yunani, begitu juga pseudoderia keenam yang diwar-warkan, iaitu ESP(Extra Sensory Perception) yang melibatkan penerimaan maklumat yang tidak melalui deria fizikal tetapi dicerap oleh minda. Tapi sebenarnya jumlah deria adalah lebih daripada itu. Antara deria yang dapat disenaraikan adalah;
  • Penglihatan: Keupayaan mata untuk melihat, memfokus dan mengesan imej dengan pengaruh cahaya pada fotoreseptor retina. (mata)
  • Pendengaran: Pencerapan bunyi yang berdasarkan getaran yang merembat melalui medium seperti udara.(telinga)
  • Rasa: Deria kimia yang dikesan oleh reseptor pada lidah yang memberi rasa manis, masam, masin, pahit dan umami.(lidah)
  • Bau: Pencerapan bau yang diproses oleh sistem olfaktori. (hidung)
  • Suhu: Pencerapan haba oleh kulit termasuk saluran dalam kulit untuk merasa panas dan sejuk. (kulit)
  • Kinestesia: Menyumbangkan maklumat mengenai relatif anggota badan kepada korteks parietal otak.
  • Kesakitan: Menerima kesakitan dari anasir luar.
  • Reseptor regangan pulmonari: Mengesan regangaan dalam mengawal kadar pernafasan.
  • Reseptor kutaneus dalam kulit yang bertindak atas pelbagai tekanan ke atas kulit.
  • Reseptor dalam esofagus yang mengesan pengembungan gas yang menyebabkan sakit perut.
  • dan lain-lain dalam rujukan. [Eioba]


Dalam kejuruteraan, pengesan elektronik boleh dianggap sebagai deria kepada robot dan mesin. Untuk membina sebuah robot, pengesan(sensor) merupakan elemen penting untuk mengukur fenomena fizikal tertentu di sekeliling mengikut kebolehan pengesan tersebut dan data yang diperolehi akan dihantar ke sistem pengawal untuk analisis di mana sistem pengawal adalah penggerak utama untuk robot dan mesin yang memproses data dan mengawal pergerakan robot dan mesin.

Robot dan mesin adalah dua benda berbeza di mana robot adalah mesin dan mesin itu tak semestinya robot. Robot adalah mesin yang boleh berfikir sendiri dengan memenuhi kriteria seperti 
  • mampu bergerak sendiri dalam lingkungan keadaan sekeliling yang telah ditetapkan
  • mampu mengesan dan memanipulasi keadaan sekelilingnya 
  • mampu bergerak sendiri
  • mampu menunjukkan kepintaran mengikut program yang telah ditentukan ke atasnya
  • mampu mengimitasi perilaku manusia atau haiwan


Diagram menunjukkan asas fungsi yang diaplikasikan dalam pembinaan robot yang mengitimasi bagaimana deria berfungsi. Input mewakili tugas yang hendak dilakukan, controller adalah sistem pengawal yang boleh diprogramkan seperti Logic Controller yang mengimitasi otak, driver adalah penggerak organ yang terlibat(menerima arahan daripada sistem pengawal dan menyampaikan kepada organ seperti cip gear driver), actuator adalah yang melakukan pergerakan(contohnya roda atau tangan robot), dan output adalah hasil pergerakan. Sensor bertindak sebagai deria kepada robot mengesan keadaan sekeliling mengikut fungsinya.

Terdapat pelbagai jenis sensor mengikut fungsinya seperti mengesan kehadiran cahaya, suhu, jarak, tekanan, pergerakan. Contoh-contoh yang dapat disenaraikan adalah seperti;
  • Sensor ultrasonik untuk mengukur jarak sebuah rintangan dengan menggunakan bunyi yang terpantul.
  • Sensor suhu yang mengesan suhu dan mengubah data menjadi signal elektrik.
  • Sensor cahaya yang mengesan kehadiran cahaya.
  • Sensor jarak yang mengesan objek yang melaluinya.
Sekian, kisah deria elektronik daripada saya.



Share |

Pengambilan ubat-ubatan bagi mereka yang G6PD deficiency

Masalah kekurangan enzyme Glucose 6 phosphate dehydrogenase ni, aku tak berapa pasti sama ada ketara atau tak. Sepanjang aku bekerja sejak 10 bulan lepas, baru satu kes yang aku jumpa. Mungkin masalah kesihatan macam ni terlalu rare kat Malaysia macam kes cystic fibrosis jugak, tapi apa-apa pun tak kisah la, janji ade benda yang boleh korang belajar.

Enzim G6PD ni merupakan sejenis enzim yang penting untuk melindungi sel darah merah daripada meletup, ataupun bahasa biologinya hemolyse. Dalam sesetengah keadaan tertentu, sebagai contoh selepas kita memakan sesetengah jenis makanan seperti fava bean (rujuk gambar) atau pun sesetengah jenis ubat, kandungan free radical akan meningkat disebabkan sesetengah bahan kimia yang wujud dalam makanan dan ubatan tu. Free radical ni boleh menjahanamkan pelbagai jenis enzim dan juga sel, termasuk la sel darah merah. Untuk kebanyakan orang yang takde masalah kekurangan enzim G6PD, sel darah merah mereka akan selamat sebab enzim G6PD dalam sel darah merah mereka boleh menolong meneutralkan balik free radical nih. Bagi yang kurang bernasib baik kerana kekurangan enzim G6PD - sel darah merah mereka boleh jahanam dan pecah disebabkan peningkatan free radical, kesan dari pengambilan sesetengah makanan atau ubatan macam yang dijelaskan tadi. Bila sel darah merah pecah, sistem pengangkutan oksigen terjejas sebab sel darah merah bawak oksigen, kalau berpanjangan tanpa rawatan boleh membawa kepada masalah lain yang lebih serius.


Fava bean


Masalah G6PD ni dalam keadaan biasa selalunya kita tak nampak apa-apa kesan atau tanda pada seseorang tu yang dia ada masalah ni, selalunya masalah ni dikesan bila seseorang tu mula mengalami demam kuning, letih-lesu dan jugak menunjukkan tanda kurang darah (anemia) lepas dorang makan fava bean ataupun setelah ubat-ubatan tertentu dimasukkan ke dalam badan mereka. Jadi kat bawah ni merupakan senarai ubat-ubat yang boleh mengakibatkan anemia di kalangan pesakit yang kekurangan enzim G6PD. Kalau korang ataupun siapa-siapa yang korang kenal tiba-tiba rasa lemah, kulit pucat lepas makan ubat-ubat dalam senarai kat bawah, maka sila bagitau doktor.





Share |

16 July 2011

Kejuruteraan: dari sudut mereka yang mempelajari bidangnya.

Kebiasaannya, mereka yang berjaya memasuki bidang kejuruteraan sebagai bidang pembelajaran mereka di Universiti, adalah daripada mereka yang memohon untuk mendapatkan bidang ini tidak kira lah keputusan itu dipengaruhi keluarga atau tidak. Dan merupakan kebiasaan juga, sekiranya mereka yang tidak pernah meneliti subjek-subjek yang ditawarkan sepanjang pengajian dalam bidang ini di mana-mana cabang termasuklah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Marin dan lain-lain lagi. Ini kerana, bidang kejuruteraan walaupun berteraskan subjek aplikasi fizik terutamanya, ia turut didokongi subjek elektif lain dalam menerapkan pengetahuan berkait sebagai bakal jurutera contohnya subjek Pengaturcaraan Komputer (Programming: C++, C, Java, Pascal), Keusahawanan, Multimedia litar/objek berasaskan aplikasi software (Photoshop, Illustrator, Dreamweaver), dan Litar/Objek 3D (Logo Siemens, AutoCAD). 

Tahun pertama pengajian bagi mereka yang bermula daripada program Matrikulasi dan STPM mahupun asasi, subjek-subjek yang akan dipelajari masih menekankan asas kejuruteraan seperti Fizik, Kalkulus(Advance Mathematics) dan Kimia untuk bidang yang berkaitan disebabkan asas yang utuh diperlukan dalam mendalami subjek-subjek teras kejuruteraan. Tanpa asas yang kuat, makanya penghadaman dalam mendalami subjek-subjek teras kejuruteraan akan menjadi sukar seperti subjek Linear System(untuk Kejuruteraan Elektrik), kekuatan asas dalam Kalkulus amat diperlukan. Ya, saya faham, jika kalian yang baru menganjak tahun pertama berasa bosan kerana asyik menemui subjek yang sama sahaja cuma diperdalamkan lagi kerana masakan utuh bangunan jika tidak kuat akarnya kan?

Tahun-tahun berikutnya, pelajar-pelajar sudah boleh berjimba-jimba mengenali subjek baru seperti Robotics, Programmable Logic Control System, Construction dan lain-lain mengikut pengkhususan yang kalian ikuti. Sesetengah mungkin rasa susah atau minat mereka melarikan diri dari mereka seperti testimonial sedih seorang pelajar yang berbunyi;

Salam pak cik,
saya pelajar kejuruteraan kimia tetapi saya berasa saya tidak sesuai berada dalam tu memandangkan saya rasa saya akan gagal subjek yang saya tidak minati, lagi pun saya rasa saya lebih sesuai mengambil jurusan undang-undang. Tolong lah saya pak cik dalam mengerti sebuah passion tentang kejuruteraan.

yang ikhlas,
gadis sunyi
Gombak.

Di sini, saya mahu menekankan mengenai komitmen dan minat. Mungkin sekali ada di antara kalian yang terjebak dengan bidang yang kalian tak gemari, tapi kalian pernah cuba untuk komited dan bersungguh-sungguh untuk memahami bidang apa yang kalian masuki itu? Jika tidak, sila lakukan dahulu dengan mengenali apakah bidang kalian sebenarnya contohnya saya bagi Kejuruteraan Elektrik. Bidang Kejuruteraan Elektrik mengenai apa? Apakah subjek-subjek yang terlibat dalam pengkhususannya? Apakah masa depan Kejuruteraan Elektrik? Dalam bidang kerjaya manakah terdapat Kejuruteraan Elektrik? Apa rangkuman kajian dalam Kejuruteraan Elektrik? dan lain lain persoalan. Ramai yang hanya tahu mempelajari tanpa menerokai di sebalik bidang yang dia sendiri pelajari. Tahukah kalian, yang bidang Kejuteraan Elektrik, boleh diperluaskan dengan kolabrasi bidang Sains Gunaan seperti Biologi contohnya dalam menghasilkan pengesan elektronik yang boleh mengesan kandungan makanan dalam amilase liur. Contoh lain, boleh kalian sendiri fikirkan.

Komitmen tidak semestinya perlukan minat, kerana minat boleh diterapkan. Pelajar kebiasaannya hanya melihat bidang yang dia ceburi itu cuma lah pembelajaran dalam menentukan kerjayanya kelak. Persepsi itu kurang tepat sebenarnya. Tidak semestinya apabila kalian berjaya memperoleh Sarjana Muda dan keluar daripada Universiti terus menjulang kerjaya sebagai jurutera, tidak, tidak semuanya memperoleh kesenangan yang sama, kerana syarikat-syarikat di luar sana tidak melihat sangat pengkhususan yang kalian ambil selagi berlingkar dalam major bidang yang sama, contoh lah kau ambil Kejuruteraan Marin, kilang tetap ambil kau untuk menjadi juruteknik mesin (Mekanikal). Pembelajaran di Universiti sebenarnya lebih menekankan komitmen kalian dalam melakukan tugasan yang diberi seraya lulus dalam peperiksaan yang dijalankan serta aktif berpersatuan dan bukan hanya mengenai pembelajaran semata-mata.

Minat pula tidak akan membuatkan kalian tegar menghadapi segala aral yang melintang dalam proses pembelajaran kerana ia akan dihakis oleh kelelahan dan kerinduan terhadap dunia rileks-rilek, dah nama anak muda yang masih ingin bersuka-suka kan? Maka, minat itu jika dikuatkan dengan komitmen dan hala tuju yang utuh, besar kemungkinan kalian dalam menamatkan pembelajaran dalam bidang tersebut. Walau kalian tukar haluan dalam bidang lain kerana tiada minat dalam bidang yang kalian masuki, saya tidak jamin yang kalian boleh memberi komitmen dalam bidang-bidang lain, sedangkan kita sudah diasuh untuk berkomitmen dalam apa-apa subjek di sekolah dulu-dulu, masakan kita tidak sanggup hendak menempuh aral dalam menghabiskan pengajian di institut yang kita masuki. Jalannya tidak habis, tiada kita ketahui apakah manfaatnya kita mengambil bidang tersebut melainkan kita ingin mengenali ia dan menanamkan passion dan komitmen kita ke dalamnya.

Bagi saya, setiap ilmu yang ada di dunia ini unik dalam bidangnya, sama ada ia bersifat empirikal mahu pun paradoks berseni, kerana ia semuanya menjuruskan kehidupan yang berkronologikan masa lepas, sekarang dan masa depan. Boleh jadi, apa yang kita pelajari itu tidak ternampak di hadapan mata, seperti pengiraan voltage pada litar elektrik yang bersimbol, mahu pun pengukuran gelombang yang berjuruskan pengiraan dan alat yang disediakan, tetapi itu tidak menghalang kita daripada mengimejkan ia di dalam minda kita sendiri. Andai minat itu hilang, jenguklah kembali akan setiap sudut impaks dan aplikasi bidang tersebut. 


p/s: Saya suka jadi doktor robot.



Share |

14 July 2011

Paracetamol

"Hello, on call pharmacist?" 

"Yes, speaking,"

"Got one case of paracetamol toxicity tonight," Rasa macam nak sergah je makhluk yang mengada-ngada cari pasal tu macam Frank Pierce sergah sorang mat pet yang fail masa bunuh diri (rujuk filem Bringing Out The Dead).

Sampai kat wad, aku jumpa dengan Doktor Apetahnamakauakutaksempatnaktanya.

"Any possiblity of multiple ingestion, or concomitant ingestion with other medications doc?

"So far she claimed she took PCM only. But we also run few tests to investigate whether there's signs for paraquat toxicity,"

"Okay, then i run the TDM (therapeutic drug monitoring) first and once the result available i'll inform you,"

Aku pun run TDM assay. Rasa macam senang pulak malam ni sebab mesin tak meragam. Cobas Integra 4000 tu kadang2 lalok, tapi sepanjang aku on call minggu ni elok je.

Result keluar. Babi betul, toxic pulak dah. Aku seluk saku seluar ambik handphone, call operator pastu suh sambung terus ke medical ward.

"Doc, post ingestion level after 21 hours show high probability of toxicity. Suggest to start NAC protocol on this patient,"

"Okay, u just prepare the protocol and NAC later we'll come and collect," balas Dr W.

Aku buat calculation sikit untuk tengok berapa banyak nak pakai N- Acetylcysteine, antidote untuk paracetamol toxicity. Pergi ke wad, bagitau & explain infusion protocol kat doc & nurse, berapa jumlah dextrose 5% nak pakai, berapa lama nak infuse, ape nak buat kalau tiba2 patient develop anaphylaxis..dah settle semua aku pun blah.
___________________________________________________________________________________

Keracunan paracetamol atau pun panadol jarang membawa kepada kematian, tapi kalau melibatkan jumlah dos yang besar iaitu > 10 gram sekali hadap, masalah serius iaitu kerosakan hati yang teruk boleh berlaku sebab metabolite paracetamol iaitu NAPQI merupakan free radical yang merosakkan sel-sel hati.

Ada beberapa sebab kenapa keracunan paracetamol ni agak popular. Pertama, senang nak dapat paracetamol. Kedua, ramai yang tak tau paracetamol tak patut dimakan melebihi 4 gram dalam tempoh 24 jam. Ketiga, ramai ingat makan panadol boleh mati cepat - actually teramat jarang yang mati terus lepas makan panadol, selalunya paling cepat mati kalau togok racun rumpai atau pun benzodiazepine macam diazepam.

Nurbisa bagi keracunan paracetamol: N Acetylcysteine. Dose akan diberikan secara 3 peringkat:

1. Loading dose: 150 mg/kg (maximum 15 gram) dalam 200 mL Dextrose 5%, infusion selama 15 - 60 minit (kalau infuse selama 15 minit biasanya doktor akan bagi IV Hydrocortisone 50 mg setiap 6 jam + Chlorpheniramine untuk elakkan allergic reaction terhadap N Acetylcysteine)

2. Maintenance dose: 50 mg/kg (max 5 gram) dalam 500 mL Dextrose 5%, infusion untuk 4 jam.

3. 2nd maintenance dose: 100 mg/kg (maximum 10 gram) dalam 1 L Dextrose 5%, kemudian bagi secara infusion selama 16 jam.

Bagi assignment sikit, kalau berminat nak buat:

(a) Seorang pesakit disyaki mengalami keracunan paracetamol (Paras paracetamol dalam darah: 35 mcg/mL, paras ukuran dalam darah diambil selepas 21 jam dos diambil). Hitung dose N Acetylcysteine yang diperlukan untuk pesakit ini (berat badan pesakit: 50 kg).

(b) Untuk 2nd maintenance dose N acetylcysteine, didapati bekalan cecair pelarut N Acetylcysteine iaitu Dextrose 5% dibekalkan dalam bentuk botol berisipadu 500 mL. Cadangkan kaedah yang sesuai bagi membolehkan N Acetylcysteine dibekalkan kepada pesakit melalui IV infusion, memandangkan arahan untuk 2nd maintenance dose memerlukan N Acetylcysteine dilarutkan ke dalam 1 L Dextrose 5%





Share |

11 July 2011

Sains dan sejarah

Sains dan sejarah merupakan dua displin ilmu yang berbeza. Sains merupakan ilmu yang bertunjangkan teori empirikal, yang secara teknikalnya menolak kewujudan Tuhan. Sejarah pula displin ilmu yang berkait dengan rakaman, pendokumentasian peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi pada masa lalu. 

Sebelum aku graduate daripada universiti (kalau korang iktiraf UiTM tu universiti, ya aku grad dari situ), aku tak berapa nampak kepentingan sejarah ni. Terutama sekali dari sudut pekerjaan aku. Masa belajar pun tak berapa ditekankan sangat hal ni oleh lecturer yang mengajar aku jadi aku pun tak tau. Lepas bekerja aku baru nampak apa kepentingan sejarah ni, atau lebih tepat lagi, kepentingan cara untuk mencungkil sejarah atau cerita berkenaan sesuatu perkara.

Sebagai contoh dalam bidang perubatan. Setiap kali ada pesakit yang dimasukkan ke hospital, dan dimasukkan ke dalam unit jagaan di wad hospital bukan la sebab dorang saja-saja suka masuk hospital. Dorang datang ke hospital sebab mereka ada masalah kesihatan - mungkin dorang tiba-tiba lumpuh sebelah badan, atau air kencing dorang tak keluar masa dorang nak keluarkan air kencing, atau pun demam yang tak kebah sampai berminggu-minggu. Secara asasnya, perkara pertama yang bakal dilakukan oleh doktor mereka akan bertanya sejarah penyakit yang dialami pesakit tersebut (atau dikenali sebagai History of Present Illness: HPI) - kalau lumpuh sebelah badan, bila mula jadi macam tu. Kalau air kencing tak keluar, dah berapa hari dah?  Kalau demam dah berapa hari dah demam. Soalan-soalan tu ditanya untuk membolehkan doktor membuat telahan, apa masalah yang mungkin dihadapi pesakit tu. Sebagai contoh lagi, katakan seseorang datang mengadu air kencing dia keluar sedikit, atau tak lawas baru selama 1 hari. Jadi keadaan macam ni akan ditafsirkan oleh doktor sebagai petunjuk kepada keadaan yang dipanggil sebagai acute renal failure. 

Walaupun begitu, maklumat yang setakat tu masih belum mencukupi untuk menentukan masalah sebenar. Sejarah lain yang bakal ditanya oleh doktor, seterusnya akan menjurus kepada soalan-soalan untuk menentukan sama ada pesakit sebelum ni dah ada masalah lain yang boleh menyebabkan tiba-tiba je air kencing dia takde. Maka doktor akan tanya, ada tak dia ambil apa-apa ubat, makan makanan apa, pernah menjalani pembedahan ke, pernah mengalami kemalangan ke dan soalan-soalan lain yang relevan. Masalah kesihatan macam tekanan darah tinggi dan kencing manis turut akan disiasat, sebab penyakit macam ni boleh menyebabkan pesakit perlu diberi rawatan yang lebih rapi. Jadi bila doktor bertanya sama ada seseorang tu ada mengalami masalah kesihatan yang lain - waktu tu mereka sedang mencari maklumat berkenaan sejarah penyakit lampau (past medical history).

Jadi berdasarkan contoh yang aku bagi tu, sejarah sebenarnya satu elemen penting dalam diagnosis (penentuan/pengenalpastian) sesuatu masalah kesihatan. Bila bercakap tentang sejarah maka tak boleh lari daripada bercakap tentang sumber sejarah - dari mana nak cari maklumat berkenaan sejarah-sejarah yang ditanya tu, sama ada melalui dokumentasi perubatan yang sebelum ni atau pun melalui lisan pesakit saja? Sumber yang betul dan sah bermaksud maklumat yang sahih, dan maklumat yang sahih penting sebelum keputusan dibuat. Dan satu perkara lagi, lupa aku, patut bagi tau awal-awal. Masa korang datang klinik atau hospital, masa mula-mula datang ke kaunter pendaftaran mesti orang kat kaunter akan tanya, korang dah pernah datang ke situ sebelum ni atau ini kali pertama? Sebabnya macam aku cerita dari awal lagi la, untuk membolehkan doktor mengenalpasti masalah-masalah kesihatan yang dulu, tengok sama ada berkait atau bakal mempengaruhi sebarang keputusan untuk menentukan rawatan kepada korang.

Jadi begitu la lebih kurang serba sedikit, pasal aplikasi sejarah dalam bidang sains. Sebab aku kerja kat dalam suasana healthcare, tu jela contoh terdekat yang aku boleh bagi sebab benda tu aku berdepan setiap hari. Dalam bidang lain, rasanya sama juga, sejarah ada tempat dan kepentingan cuma dalam keadaan yang macam mana aku tak berapa pasti la.

Masa sekolah dulu, ramai kawan mengadu pembelajaran subjek sejarah ni membosankan. Aku dulu minat sejarah sebab pertama sejarah ni berkisar tentang cerita, dan aku suka baca cerita. Kedua..sebab dulu aku minat nak jadi peguam. Keh3. Old story. Tapi dari satu hal, memang pengajaran sejarah di sekolah amat menyedihkan sebab pelajar diajar untuk menghafal fakta, dan soalan sejarah pun banyak soalan yang bias kepada pelajar yang banyak menghafal. Sepatutnya pelajar diajar berkenaan cara nak mendokumentasi sejarah dengan bagus, cara nak mengorek sejarah, cara menganalisis sejarah...dan sekali lagi, aku terpaksa salahkan KBSM yang bermatlamat menjadikan manusia kat Malaysia ni sekadar tahu membaca, menulis dan mengira - sebijik macam zaman Inggeris menjajah kita.



Share |

Kenapa Menguap Boleh Berjangkit?

Biasanya dalam kelas Biology Puan Sharina, aku kerap sangat aku menguap. Tambah-tambah pula jadual kelasnya hampir waktu tengah hari. Cuaca yang panas dengan kipas angin di lab biologi yang tidak selaju mana bikin aku tambah penat untuk teruskan pengajian. Dah la penat, menguap berkali-kali pula. Bila aku menguap, aku lihat beberapa rakan kelas yang lain turut menguap. Ah sudah, kenapa mereka nak tiru aku ni? Adakah ini bibit-bibit bermulanya aku sebagai trend setter di sekolah? 

Yang runsing, 
Pelajar kelas 5 Ibnu Sina. 

Nampaknya adik pelajar kelas 5 Ibnu Sina kita ni menghadapi sindrom penyakit cepat perasan. Jangan risau dik, bukan adik seorang yang menghadapi sindrom ini. Persoalan yang merunsingkan adik ni selain untuk skor A+ dalam SPM nanti adalah kenapa menguap boleh berjangkit atau contagious yawning?

Umum tahu menguap adalah proses yang tidak dapat dikawal (involuntary process) yang membuatkan kita  sedut nafas secara dalam, meregangkan otot di sekitar telinga dan diakhiri dengan hembusan nafas. Terdapat beberapa teori mengapa manusia menguap.


1. Teori fisiologi
Dikatakan menguap mampu menarik lebih banyak oksigen ke dalam badan dan membuang pembentukan karbon dioksida yang berlebihan. Persoalannya, jika menguap mampu menyedut lebih banyak oksigen, yang anehnya tidak pula kita menguap semasa sedang bersenam? Menurut kajian seorang saintis neuro, bekalan oksigen tambahan atau mengurangkan bekalan karbon dioksida tidak akan mencegah perbuatan menguap.

2. Teori bosan
Kita cenderung untuk menguap semasa kita bosan menunggu giliran membayar bil air atau bil elektrik di pejabat pos, berada dalam trafik kesesakan lalu lintas. Tetapi  teori ini tidak menjelaskan kenapa atlet suka menguap sebelum bermulanya pertandingan. Ini membawa kepada teori seterusnya..

3. Teori menyejukkan otak (brain-cooling theory)
Menguap sedikit sebanyak mampu membekalkan aliran keluar masuk oksigen ke dalam otak melalui saluran darah. Suhu otak akan lebih sejuk dan ini mampu membantu menajamkan fikiran dan seseorang itu kembali fokus. Secara tidak langsung, menguap membantu kita untuk lebih berjaga-jaga. Bayangkan jika satu kelompok menguap serentak, maka semua orang akan lebih alert sama ada dalam menentang musuh atau fokus di dalam kelas.

Kenapa menguap boleh berjangkit?
Sama ada kita melihat orang menguap, mendengar atau membaca tentang menguap, tidak semena-mena kita akan turut ikut menguap. Ini semua adalah keraan mirror neuron (neuron yang menyebabkan satu makhluk dalam satu spesis yang sama mengajuk perbuatan masing-masing). Jadi tidak salahlah jika dikatakan manusia itu suka meniru perbuatan orang lain kerana mereka memang dilahirkan, diimplantkan sebegitu.

Kajian mendapati mereka yang menghidapi penyakit autism (tidak mempunyai social skill yang baik) tidak banyak 'mangajuk' perbuatan menguap ini. Oleh itu, ini menyokong bahawa teori menguap berjangkit ini juga bergantung kepada keboleh upayaan empati (perasaan) seseorang.

****
Untuk pelajar kelas 5 Ibnu Sina tadi, selamat menguap sambil meregangkan badan saya ucapkan. Jangan lupa tutup mulut pakai belakang tangan. Nak menguap pon biarlah sopan ye dak.

Untuk menyelesaikan entri ini sahaja saya menguap hampir 10 kali dan meregangkan badan sebanyak itu juga.  Saya rasa ada eloknya saya tidur sekarang. Selamat berteori!


Share |

Inspirasi

Jun 1973. Anthony Hollander, 9 tahun terjumpa seekor burung yang mati kat sebuah taman. Budak kecik tu rasa kesian kat burung tu - lalu kemudian dia menulis sepucuk surat kepada penerbit rancangan Blue Peter - rancangan TV kanak-kanak yang popular pada masa tu. Kat bawah ni surat dia:





Penerbit rancangan tu kemudian membalas surat Anthony. Dalam reply tu diterangkan, dorang kagum dengan keinginan Anthony tapi dorang tak dapek nak nolong. Penerbit tu kemudian cadangkan Anthony bercakap dengan family doctor untuk berikan bahan2 bacaan @ diagram untuk "hidupkan manusia @ binatang" semula.

2008. Anthony kemudiannya pada waktu tu merupakan antara pakar kejuruteraan tisu, merangkap Professor di University of Bristol, terlibat dalam proses penjanaan semula tisu trakea daripada penderma untuk pembedahan implan trakea untuk sorang pesakit yang menghidap tuberculosis.Pembedahan penggantian trakea tersebut dikatakan yang pertama di dunia yang mana penerima tisu implan dari penderma tak memerlukan rawatan immunosuppression.

Anthony kemudian berkata, surat reply daripada penerbit Blue Peter - yang mengambil serius idea beliau dan tak memperlekehkan niat dia untuk hidupkan semula manusia/binatang dalam surat beliau membuatkan dia excited dan berasa positif untuk menceburkan diri dalam bidang sains perubatan. Kata dia, kalau penerbit tv tu cakap idea dia mengarut pada masa tu, mungkin dia takkan berusaha keras dalam bidang sains dan membawa perubahan kepada kehidupan manusia macam yang dia buat 3 tahun lepas.

Transkrip surat Anthony & surat reply daripada penerbit  Blue Peter:

29th June

Dear Val, Jhon, Peter and Lesslie,

This may seem very strange, but I think I no how to make people or animals alive. Why Im teling you is because I cant get the things I need.

A list of what I need.

1. Diagram of how evreything works. [inside youre body.]
2. Model of a heart split in half. [both halvs.]
3. The sort of sering they yous for cleaning ears. [Tsering must be very very clean.]
4. Tools for cutting people open.
5. Tools for stiches.
6. Fiberglass box, 8 foot tall, 3 foot width.

[DIAGRAM]

7. Picture of a man showing all the arteries.

Sorry but in number 6 in the list the box needs lid. If you do get them on 1st March I can pay £10, £11, £12, £13 or £14.

Send your answer to me,

Love from Anthony,
London, NW11

----------------------------

Dear Anthony,

Thank you very much for your letter. It was nice to hear from you again after such a long time and we are sorry we have been delayed replying.

We are receiving over 4,000 letters every week and are having difficulty answering them as quickly as we would like.

We were interested to hear that you think you know how to make living people - and your list of necessary items intrigued us!

We are sorry we can't help you at all, but we wondered if you had thought of talking to your family doctor - he might be glad to help you with some diagrams and other information.

We are sending you a photograph of the "Blue Peter" team - it has been signed specially for you.

With best wishes from Valerie, John, Peter, Lesley and all of us on the programme.

Yours sincerely

B (Biddy Baxter)
Editor
Blue Peter

Anthony masih lagi tak dapat hidupkan semula makhluk yang mati, tapi sekurang-kurangnya dia dapat membawa perubahan positif pada kehidupan orang lain. Nampaknya memang penting kita terapkan pemikiran positif kat dalam kepala budak2 kecik.

Sumber: facebook Lancet & LettersNote

(entri recycle dari blog aku sendiri. Aku tulis entri ni dalam blog aku 11 hari sebelum join Pseudosains)


Share |

10 July 2011

Natijah nuklear

"Mr. President, I have blood on my hands", itu kata Oppenheimer, saintis fizik yang terlibat dalam Manhattan Project kepada Presiden USA, Harry Truman.

Projek Manhattan merupakan projek kerjasama USA, UK dan Canada circa tahun peperangan Dunia Kedua. Objektif projek tersebut adalah untuk membangunkan bom nuklear. Hasilnya ialah Little Boy dan Fat Man yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

Menulis tentang kronologi projek bom nuklear amat membosankan sebab banyak istilah fizik aku tak familiar. Lebih seronok kalau kita lihat kesan daripada bom nuklear yang menyebabkan Oppenheimer, seorang keturunan Yahudi Jerman berasa bersalah dan merasakan tangan beliau berlumuran dengan darah.












Share |

Frenologi vs Neurosains

Frenologi dan Neurosains adalah dua bidang berbeza yang menghuraikan subjek yang sama, iaitu otak. Para Ahlul Sains mengkategorikan Frenologi adalah Pseudosains dan Neurosains adalah Sains [Pengenalan tentang Pseudosains dan Sains]  

Phrenology ( berasal dari bahasa Greek: phrÄ“n = minda, logos = ilmu )
Frenologi merupakan hipotesis tentang keperibadian seseorang berdasarkan bentuk tengkorak kepala manusia yang berpaksikan konsep bahawa otak adalah organ kepada minda dan setiap bahagian otak mempunyai fungsi dan cara kerja kendiri. Para frenologis percaya bahawa tingkah laku manusia lebih mudah difahami secara neurologikal berbanding dengan kaedah falsafah atau terma agama.  

Para frenologis percaya yang minda mempunyai pelbagai fakulti mental, di mana setiap fakulti mewakili kawasan yang berlainan di dalam otak di mana personaliti dan perwatakan boleh dibezakan berdasarkan kraniometri(tentang bentuk, ukuran, dan berat tengkorak kepala) dan fisiognomi(tentang raut wajah). 

Franz Joseph Gall, ahli fizik German (1976) adalah perintis kepada cawangan Pseudosains ini. Gall mencadangkan otak dibahagikan kepada 27 organ yang berasingan di mana setiap organ sepatutnya bertindak balas dengan bahagian keperibadian manusia. 19 yang pertama adalah sama dengan spesis haiwan.
  1. Naluri untuk membiak (terletak di serebelum)
  2. Cinta kepada anak seseorang
  3. Kasih sayang; persahabatan
  4. Naluri mempertahankan diri; keberanian; kecenderungan untuk bergaduh; naluri untuk membunuh
  5. Tipu daya; kepandaian; kelicikan
  6. Perasaan untuk memiliki harta atau simpanan; kecenderungan untuk mencuri
  7. Keangkuhan; kebanggaan; cintakan kuasa pemerintahan
  8. Cita-cita; kecintaan kepada kemenangan
  9. Berhati-hati; berprasangka
  10. Memori tentang fakta dan perihal bersangkut-paut; tahap didikan dan kesempurnaan
  11. Perkadaran ruang
  12. Ingatan tentang orang-orang sekeliling
  13. Ingatan tentang prosa kata
  14. Perasaan tentang bersuara; berbahasa
  15. Perasaan tentang warna
  16. Perasaan tentang muzik; kebolehan dalam muzik.
  17. Perasaan tentang hubungan antara nombor
  18. Perasaan tentang mekanikal dan pembinaan; bakat seni bina; kecerdasan dalam perbandingan
  19. Perasaan tentang metafizik
  20. Perasaan tentang satira atau penyindiran; gurauan
  21. Bakat berpuisi
  22. Belas kasihan; lemah-lembut; sensitiviti, moraliti
  23. Bahagian peniruan; berimitasi
  24. Organ agama
  25. Ketegasan dalam menyampaikan maksud; malar; ketabahan; kedegilan




Neurosains pula adalah kajian saintifik tentang sistem saraf seiring dalam kemajuan teknologi di mana dahulu, ia diletakkan di bawah ceruk Biologi, dan kini ia berkolaborasi dengan bidang lain membentuk bidang yang lebih spesifik seperti Kimia, Sains Biologi, Kejuruteraan, Linguistik, Matematik, Perubatan, Falsafah dan Psikologi. Skop Neurosains diluaskan dengan menggunakan pelbagai pendekatan dalam kajian dari aspek molekular, selular, pembangunan, struktur, fungsi, evolusi, komputasi dan perubatan tentang sistem saraf.  

Penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf dipecahkan ke dalam aplikasi perubatan seperti Neurologi yang berkaitan tentang sistem saraf pusat dan periferal(contohnya strok dan amyotrophic lateral sclerosis), Psikiatri(berkaitan kecelaruan tingkah laku, kognitif dan persepsi), Neurosurgeri dan Psikosurgeri(berkaitan dengan rawatan pembedahan penyakit sistem saraf pusat dan periferal), Neuropatologi(klasifikasi dan mekanisme patogen berdasarkan sistem saraf pusat periferal dan penyakit otot) dan Neuroradiologi. Teknologi pengimejan otak menjadikan diagnosis yang lebih pantas.

Sekadar perkongsian tentang bidang yang berkaitan tentang otak.

Sumber: Phrenology



Share |

09 July 2011

Arca Kinetik

Perkataan kinetik berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'to move', di mana seni kinetik dikaitkan dengan pergerakan dalam sesebuah karya atau hasil kerja yang bergantung kepada tenaga yang menggerakkannya untuk mendapatkan kesannya seperti motor, kuasa angin, elektrik, stim atau "clockwork". Arca kinetik merupakan contoh seni kinetik dalam bentuk arca atau 3D dan merupakan inspirasi teknologi dalam menggabungkan sains pergerakan ke dalam seni dalam mencerminkan kepentingan teknologi dan mesin dalam pasca moden dan penerokaan manipulasi penglihatan. 

Theo Jansen, pereka arca kinetik yang terkenal, banyak menggunakan konsep menyerupai tulang-temulang haiwan yang boleh bergerak menggunakan angin. Hasil kerjanya menggabungkan seni dan kejuruteraan yang mengkagumkan. Dalam sebuah iklan kereta berjenama BMW, dia mengatakan, " Dinding di antara seni dan kejuruteraan hanya wujud dalam minda kita. " Dengan hanya menggunakan paip, kayu dan layar yang berbentuk sayap, hasil kerjanya berevolusi sehingga menjadi arca-arca yang berjalan di atas pantai tanpa memerlukan roda malah lebih efektif. 






Share |

08 July 2011

Khidmat Masyarakat: Bersih 2.0

Kepada yang bakal menyertai Bersih esok, nak larang pun korang dah besar. Jadi pikir sendiri la. Tapi aku nak bagitau, tear gas kebiasaannya terdiri daripada serbuk berasid - jadi bawak la Eno, ubat sakit perut Maalox atau pun baking powder. Kalau kena gas tu, campur la Eno @ baking powder tu dalam air pastu basuh muka korang. Kalau korang pakai Maalox, pecahkan tablet tu pastu campur dalam air, pastu basahkan muka.






Share |

07 July 2011

Djenkolic Acid

Kali pertama aku terbaca pasal djenkolic acid ni masa aku sekolah rendah, aku terjumpa dan terbaca assignment yang abah aku buat masa dia belajar kat maktab perguruan. Lepas tu aku tak pernah belajar dah pasal djenkolic acid ni sampai la aku belajar subjek toksikologi kat universiti. Kah kah kah. (Koman betul KBSM nih, haih)

Djenkolic acid merupakan sejenis asid yang terdapat dalam buah jering. Bagi orang kampung macam aku ni, memang aku kenal la buah jering ni, in fact memang favourite aku pun. Aku paling suka makan jering masak lada, tak pun jering masak tempoyak (pakai tempoyak yang baru la, yang manis-manis masin, bukan yang masam).

Ni dia buah jering, kepada sape2 yang tak kenal.




Ni pulak chemical structure djenkolic acid.

Dalam bahasa Indonesia, jering ada nama lain, iaitu djengkol. Kebetulan dulu masa Indonesia dijajah oleh Belanda, para saintis dari Belanda buat kajian pasal kandungan bahan kimia dalam buah jering ni. Jadi bila dorang jumpa substance kimia tu dorang pun namakan bahan tu sempena nama buah jering tu.

Djenkolic acid yang terdapat dalam buah jering boleh mencapai sehingga 20 gram bagi setiap kilogram buah jering. Biasanya kes keracunan djenkolic acid ni terjadi bila seseorang tu makan terlalunya buah jering, atau pun bila seseorang dah dah memang ada masalah buah pinggang tapi masih lagi pelahap nak jugak makan jering. Tanda-tanda keracunan djenkolic acid ialah berlakunya acute renal failure, di mana pesakit akan menunjukkan kesan-kesan keracunan seperti kencing berdarah (air kencing jadi keruh dan ada nampak darah sikit), sakit di bahagian abdominal, sakit celah kangkang yang serius, sakit belakang pinggang, sakit atau susah nak buang air kencing, loya, cirit birit, dan sembelit. Di samping tu, air kencing dan nafas pesakit akan berbau hancing macam buah jering la.

Rawatan untuk keracunan djenkolic acid sama ada:

1 - Rawatan konservatif: Pesakit akan dihidrat (air dimasukkan ke dalam badan) secara agresif dengan normal saline (normal saline - rujuk post aku pasal bertajuk Isotonic) dan ubat perangsang air kencing (Frusemide). Proses mengalkalikan (alkalinization) air kencing dengan menggunakan sodium bicarbonate (20 mL sodium bicarbonate 8.4% dalam 500 mL normal saline) juga boleh dipertimbangkan.

2 - Pembedahan: Pesakit yang tak menghasilkan langsung air kencing mungkin tak memberikan respon terhadap rawatan konservatif. Dalam kes sebegini, proses flushing di kedua-dua salur ureteric (bilateral ureteric flushing) akan dipertimbangkan oleh doktor. Kebiasaannya daripada pembedahan, bahan berbentuk jeli akan dikeluarkan daripada ureteric pesakit. Selepas proses flushing, pesakit akan dihidrat secara agresif agar penghasilan air kencing dapat berlaku dengan baik

Sumber: 

D'Mello, J. P. Felix (1991). Toxic Amino Acids. In J. P. F. D'Mello, C. M. Duffus, J. H. Duffus (Eds.) Toxic Substances in Crop Plants. Woodhead Publishing. pp. 21–48. ISBN 0851868630. Google Book Search. Retrieved on November 15, 2008.

Soo H.H., Lau, G.L. Chew P.H. (2005) Sarawak Handbook of Medical Emergencies. 2nd Edition. C.E. Publishing. (Refer topic Acute Renal Failure - Jering Nephropathy)





Share |

05 July 2011

Ini Cerita Betul



Sudah melihat video ini? Tercabar? Ini merupakan satu perintis bagi Malaysia menghasilkan jet pejuang buatan sendiri. Walaupun hanya sekadar RC (Radio-Control). Model jet pejuang di atas adalah dari skala 1:5. Model ini adalah model dari pesawat pejuang MiG-29. Pihak UPM dari kalangan pelajar dan pensyarahnya telah menghasilkan jet pejuang kawalan jauh ini pada tahun 2007 lepas. Kalau tahun 2007 sudah boleh bina jet pejuang kawalan jauh, tahun 2011 mesti sudah boleh meletakkan sebuah bom panduan kawalan jauh seakan jenis Exocet mungkin? Cuba kita bayangkan, andai kata hendak meletupkan lapangan terbang Changi, kita hanya kawal kapal terbang ini dari Kota Tinggi. Hebat.

UPM sudah ada satu. UTM, USM, UM, UKM mana?



Share |

Generic name, brand name (Nama generik, nama jenama)

Manusia ada nama untuk mudahkan mereka mengenali sesama mereka, jadi begitu jugak ubat yang ada nama untuk memudahkan pengenalpastian ubat tu.

Setiap ubat-ubatan kebiasaannya mempunyai dua nama. Pertama, nama generik yang turut dikenali sebagai nama tanpa hak milik antarabangsa (International Nonproprietary Name). Nama generik bermaksud nama rujukan yang sama bagi sesuatu ubat, di mana-mana negara pun kat atas muka bumi ni. Melalui nama generik, para profesional dalam penjagaan kesihatan akan dapat mengenalpasti dua perkara asas berkenaan klasifikasi ubat tu - kegunaan ubat tu dan macam mana ubat tu bertindak.

Contoh: Celecoxib - ubat anti-bengkak/tahan sakit, ubat ni merencatkan aktiviti enzim cyclooxygenase 2 yang terlibat dalam proses pembengkakan.

Selain tu, katakan terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai mekanisme tindakan yang sama, ubat-ubat ni akan mempunyai nama yang seakan-akan sama.

Contoh: Celecoxib, Etoricoxib, Parecoxib - semua ni ubat yang mempunyai mekanisme tindakan yang sama, iaitu merencatkan aktiviti enzim cyclooxugenase 2.

Nama jenama. Nama jenama ni merupakan nama yang diberikan oleh syarikat farmaseutikal yang menghasilkan ubat-ubat ni. Macam ubat gigi, selalunya kita gunakan istilah Colgate untuk mewakili ubat gigi, tak kira la ubat gigi tu dari jenis apa pun (eg: Weh, aku nak beli Colgate la jap lagi -- padahal pegi kedai nanti dia beli ubat gigi jenama Safi, tapi kita faham la kan maksud dia nak beli ubat gigi.). Jadi selalunya untuk nama jenama ubat-ubatan ni, nama jenama yang terkenal selalunya terdiri daripada nama jenama yang diberikan oleh syarikat yang mula-mula mengeluarkan ubat-ubat tu.

Contoh: Panadol - merujuk kepada Paracetamol, Minipress - merujuk kepada ubat anti hypertension iaitu Prazosin.

Timbul soalan - macam mana nak tau kat label ubat-ubat, mana satu nama generik atau nama jenama?

Selalunya nama generik akan ditulis di bahagian kandungan aktif (active ingredients), manakala nama jenama selalunya kat luar kotak/pembungkus dan ditulis dengan nama yang besar.

Aku galakkan korang kalau dapat ubat, pastikan korang tau nama generik ubat yang korang dapat, sebab kebanyakan ubat dihasilkan oleh lebih daripada satu company - jadi nama generik ubat memudahkan doktor atau mana-mana profesional kesihatan untuk kenalpasti jenis ubat yang korang makan. Masa dapat ubat, mintak orang yang beri ubat kat korang tu, tak kira la ahli farmasi atau pembantu klinik tulis nama generik pada sampul ubat yang korang dapat. 

Mula-mula aku ingat nak buat satu table dan senaraikan nama generik dan nama jenama, tapi memang ambik masa banyak nak buat benda tu dan memandangkan ada website yang dah ada maklumat tu, jadi aku paste link jela. Klik kat link yang aku bagi ni --> Senarai nama generik dan nama jenama ubat-ubatan.



Share |

03 July 2011

Passive Design #2

Untuk pembaca baru, sila rujuk entri Passive Design untuk memahami teori dan implementasinya.

Baiklah. Jika anda telah membaca entri sebelumnya, anda pasti boleh membuat kesimpulan bahawa passive design ini adalah rekabentuk yang respon kepada alam sekitar dan menggunakan tenaga yang ada tanpa sebarang penggunaan alat mekanikal. Walau bagaimanapun, tetap ada halangan tertentu untuk menggunakan passive design dalam binaan pada masa kini.

Bolehlah dipendekkan melalui beberapa poin:

Iklim dan udara di Malaysia

Malaysia dikategorikan dalam Negara yang bersuhu agak panas. Malah suhu setempat di Bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan sebagainya adalah lebih tinggi daripada kawasan pinggir bandar. Selain suhu yang tinggi, udara juga kurang bersih, dan jika anda dapat lihat selalunya bandar-bandar ini mengalami jerebu sepanjang hari.

Matlamat passive design adalah untuk mendapatkan udara segar dari luar. Jadi di sini bolehlah dikatakan jika pendekatan ini digunakan, maka penduduk bandar akan mendapat circulation udara yang tidak sihat. Malah suhu yang panas juga akan mempengaruhi suhu dalaman bangunan. Maka jalan terbaik ialah menggunakan penghawa dingin, dengan menutup semua tingkap.


Bahan binaan

Dalam zaman serba maju ini, bahan binaan seperti kayu semakin sukar didapati. Malah terlalu banyak pembalakan haram tidak terkawal menyebabkan kayu semakin pupus dan harga kayu juga melambung naik akibat dari permintaan yang banyak dari pembekal seperti industri perabot dan sebagainya.

Selain itu, kayu juga sifatnya mudah reput dek hujan dan panas. Tambahan pula serangan daripada serangga seperti anai-anai dan kumbang-kumbang kayu menyebabkan kayu bukanlah bahan binaan utama untuk membina rumah. Binaan daripada kayu yang perlu dirawat selalu menjadikan kos maintenancenya adalah tinggi.



Kos pembinaan dan penjagaan rumah kayu adalah lebih tinggi

Konkrit bukanlah bahan binaan yang baik untuk cuaca di Malaysia, akan tetapi sifatnya yang mudah lentur dan harganya yang murah menyebabkan konkrit menjadi bahan binaan utama di Malaysia. Konkrit menyimpan haba. Oleh sebab itu bahagian rumah yang menghadap ke arah barat cenderung untuk panas di malam hari.


Tanah yang terhad

Populasi di dunia adalah semakin meningkat secara exponentially. Penduduk Bandar juga semakin meningkat akibat dari migrasi dari kawasan luar bandar demi mencari sesuap nasi. Disebabkan itu kita kekurangan tanah yang baik untuk mendirikan sesebuah bangunan. Keadaan ini menyebabkan bangunan kediaman seperti flat, apartment, kondominium terpaksa didirikan, dan kebanyakkan dari bangunan ini terdapat di bandar-bandar besar.



Garisan hijau mewakili graf peningkatan penduduk dunia

Apabila bangunan seperti kondominium didirikan, maka sukarlah untuk menentukan unit mana yang mengikut orientasi timur barat. Unit rumah disusun mengikut tingkat dan kedudukan yang seragam. Rekaan rumah tidak lagi diambil kira tentang orientasi matahari, tetapi hanya pada keluasan tanah yang ada.

Contoh lain seperti rumah teres. Rumah teres disusun dalam keadaan linear dan disambung-sambung unitnya. Jadi agak sukar untuk unit tengah mendapatkan udara dan cahaya matahari yang cukup. Rumah teres murah selalu disusun rapat-rapat sehingga sukar untuk mendapatkan peredaran angin yang bersih.


Rumah teres unit tengah mempunyai kurang bukaan tingkap

Di samping itu, tanah yang terhad juga menyebabkan penghuni rumah sukar untuk menanam tanaman yang boleh memberi shading pada rumah mereka. Di kampung, keliling rumah adalah pokok-pokok besar. Tetapi di bandar, keliling rumah adalah jalan raya tar, tembok, rumah jiran dan longkang besar. Lebih malang jika rumah didirikan di sebelah lebuhraya. Habuk dan haba panas sentiasa ada, menyebabkan penghuni terpaksa menutup tingkap sepanjang hari. Ini keadaan yang sangat tidak sihat kerana penghuni tidak dapat udara segar.

Kesimpulannya, passive design agak kurang berjaya dan sukar mencapai targetnya jika diimplementasikan di kawasan bandar. Akan tetapi, beberapa cara-cara tertentu masih boleh diimplemen pada sesebuah pembinaan seperti kediaman dan pencakar langit. Contohnya pemasangan louvres pada dinding bangunan dan tanaman/taman hijau di atas bangunan.


Pemasangan louvres pada tingkap/bukaan sebelah timur dan barat

Sekurang-kurangnya bangunan tersebut mempunyai perlindungan dari silau matahari dan penyejukkan daripada tanaman di atas bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, tetap akan ada penghawa dingin dan lampu untuk pencahayaan.



Bersambung: Contoh-contoh bangunan yang mengaplikasikan Passive Design


Share |

Di Sebalik Nama URL

Boleh dikatakan ramai yang belum tahu apa itu PseudoSains (ruangan ini). Sebelum itu, aku huraikan apa itu Sains dan Pseudosains. Sains dirujuk sebagai sistem ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kajian yang mendalam dengan kaedah saintifik melalui pemerhatian, hipotesis, ramalan dan eksperimen. Ia terdiri daripada beberapa pecahan di mana sains fizikal, sains hayat dan sains bumi adalah pecahan utama yang tulen. Hasil gabungan daripada ceruk ilmu yang lain seperti Matematik contohnya menghasilkan pecahan kecil seperti bidang kejuruteraan, teknologi dan lain-lain. 

Pseudosains pula dikaitkan kajian yang tidak menggunakan 100% kaedah saintifik di mana ia lebih kepada praktis dan amalan yang dikatakan sebagai saintifik tetapi tidak mematuhi kaedah saintitifk, bukti-bukti yang boleh menyokong praktis tersebut atau tidak dapat diuji. Secara rumusannya ia adalah teori dan hipotesis yang tergantung. Ceruk Pseudosains (nama lain adalah sains palsu) tidak digemari oleh ahli sains tulen memandangkan Pseudosains membawa konsep yang meragukan untuk diiktiraf sebagai Sains. Keliru? Secara mudahnya Sains itu menggunakan kaedah saintifik yang diperakui tetapi Pseudosains lebih kepada teori sains yang dicampuri perspektif lain yang tidak diperakui.

Contoh-contoh Pseudosains adalah seperti;
  • Susunan bintang di langit yang membuahkan idea kepada zodiak yang berkaitan dengan perilaku, nasib dan kehidupan manusia.
  • Kewujudan hantu dengan cubaan mengesannya melalui alat pengesan daya elektro-magnetik.
  • Perubatan alternatif seperti homopati dan akupuntur. 

Oleh itu, blog ini dinamakan PseudoSains kerana ia mengetengahkan kedua-dua elemen iaitu Sains dan Pseudosains dan kami akan cuba menyampaikan kedua-dua elemen ini dalam gaya bahasa yang lebih mudah difahami.




Share |

02 July 2011

Isotonic

Di pasaran sekarang bermacam jenis minuman ringan dijual. Kalau korang tengok label minuman berjenama 100 Plus atau Gatorade, sure korang akan nampak tulisan "Isotonic" kat label minuman tu.




Isotonik bermaksud sama tekanan (iso = sama, tonic = tekanan). Secara ringkas kalau dari segi istilah biologi, tahap kepekatan bahan dalam cecair isotonik sama pekat  dengan kepekatan cecair dalam sel badan manusia. Makin cair kepekatan bahan dalam sesuatu cecair, makin tinggi tekanan air dalam cecair tu, dan kalau makin pekat kepekatan bahan dalam sesuatu cecair, makin rendah tekanan air dalam cecair tu. Sebagai contoh - air masak vs air gula pekat. Tekanan air paling tinggi kat dalam air masak, dan tekanan air rendah dalam air gula yang pekat.

Dalam biologi, kepekatan cecair boleh dibahagikan kepada tiga tahap = isotonik, hipertonik dan hipotonik. Isotonik aku dah bagi tau maksud dia, hipertonik pulak bermaksud cecair yang tahap kepekatan bahan dalam cecair tu lebih tinggi daripada kepekatan cecair dalam  sel badan manusia. Hipotonik pulak, mesti la cecair yang tahap kepekatan dia lebih kurang daripada kepekatan cecair dalam sel badan manusia.

Tengok kat gambar bawah ni apa yang jadi bila sel haiwan (yang warna kuning) dan sel tumbuhan terdedah kepada pelbagai cecair yang berlainan jenis




Dalam cecair hipotonik, sel haiwan meletup (lysis). Dalam cecair isotonik, sel haiwan tu berada dalam keadaan saiz yang normal. Bila sel haiwan tu terdedah kepada cecair hipertonik, sel haiwan tu mengecut. Keadaan yang berbeza ni disebabkan oleh satu fenomena yang digelar sebagai osmosis. Osmosis ni merujuk kepada pergerakan molekul air merentasi membran separa telap, daripada kawasan yang cair kepada kawasan yang pekat.

Dalam cecair hipotonic, air bergerak masuk ke dalam sel sebab tekanan air (osmotic pressure) dalam cecair hipotonic tu lebih tinggi berbanding tekanan air dalam sel haiwan.

Dalam cecair isotonik, air bergerak masuk dan keluar dari sel pada kadar yang sama. Jadi sel tu takde sebarang perubahan.

Dalam cecair hipertonik, air bergerak keluar daripada sel ke kawasan luar sel, sebab tekanan air (osmotic pressure) dalam sel tu lebih tinggi daripada tekanan air di luar sel.

Berdasarkan eksperimen berpuluh tahun dulu, akhirnya saintis dah menerima fakta yang cecair isotonik boleh dihasilkan dengan cara macam ni:

Tambahkan 0.9 gram garam (NaCl) ke dalam 100 mL air = 0.9% normal saline
Tambahkan 5 gram glukosa ke dalam 100 mL air             = 5% dextrose

Apa guna isotonik solution yang dua benda ni? Ini antara aplikasi dia:

- ubat titis mata yang daripada jenis pelembap mata dan antibiotik biasanya diformulasi supaya bersifat isotonik, supaya mata tak berasa pedih bila cecair tu dititiskan ke dalam mata. Tapi ubat titis mata yang digunakan untuk rawatan glaucoma (kerosakan saraf mata) yang disebabkan oleh kenaikan tekanan cecair dalam mata (intaocular pressure), yang jenis ni akan diformulasi untuk bersifat hipertonik untuk keluarkan cecair dalam mata tu.

- untuk tujuan mengganti kehilangan air dalam badan pesakit di hospital, doktor akan infuse (salurkan) cecair isotonik, sama ada menggunakan 0.9% normal saline atau 5% dextrose ataupun dengan gabungkan dua-dua sekali. Atau pun cara yang mudah, suruh je pesakit tu minum air masak biasa yang hipotonik. Cuma untuk tujuan infusion/salurkan air melalui salur darah menerusi intravenous line, doktor akan gunakan cecair isotonik sebab kalau cecair hipotonic digunakan, sel darah merah pesakit akan pecah, bila pecah nanti anaemia, bila anaemia macam-macam masalah lagi la.

- ada masa cecair hipertonik digunakan jugak untuk tujuan rawatan, tapi bukanlah atas sebab sifat hipertonik cecair tu. Sebagai contoh, larutan dextrose 50% digunakan bersama-sama rapid acting insulin untuk rawatan hyperkalemia.

Ok la, panjang cerita. Sebenarnya aku nak cerita pasal minuman isotonik sebenarnya,tapi kena ceritakan konsep-konsep ni dulu, baru senang nak faham.

Baiklah. Minuman isotonik macam 100 Plus tu, diformulasi untuk menggantikan cecair dan elektrolit (sodium, potassium, magnesium, fosfat - alah yang macam dalam cerita Hantu Kak Limah tu, yang bomoh Jawa tu sebut time jampi) dalam badan yang hilang lepas aktiviti lasak macam bersukan. Cuma daripada satu aspek - istilah isotonik kat label tu tak betul sebenarnya.

Macam yang aku cakap tadi, cecair yang bersifat isotonik, our main reference are 0.9% normal saline dan jugak 5% dextrose solution. Kalau korang tengok label kat minuman isotonik tu, ambik contoh 100 Plus la, berapa kandungan gula dalam 100 mL 100 Plus? Pergi check, tak silap aku 6.7% takpun 6.9%. Jadi senang cerita, dah bukan isotonik dah la kalau lebih 5%. Lepas tu selain gula, benda lain macam garam untuk elektrolit pun ditambah jugak dalam minuman tu. Makin bertambah la kepekatan minuman tu, jadi sekali lagi istilah isotonik tu dah tak boleh pakai.

Jadi patut ke tak minum minuman isotonik yang bukan isotonik tu lepas buat aktiviti lasak?

Boleh, sebab dalam minuman tu still ada elektrolit yang boleh gantikan elektrolit yang hilang melalui peluh (eg Natrium dan Potassium/Kalium). Tapi minum la jugak air masak biasa, sebab bila kita minum air masak biasa, air yang hilang daripada badan melalui peluh pun dapat diganti jugak. Minum air masak walaupun air masak tu hipotonik takde masalah, sebab sistem badan kita akan tentukan sendiri banyak mana air yang perlu diserap ke dalam salur darah.



Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...