26 January 2012

Kesan Minyak Petrol

Lebih dua bulan mungkin, soalan pembaca yang tak terjawab mengenai kesan minyak petrol jika terdedah terlalu lama. 

Mohon maaf kerana sudah sekian lama baru saya balas jawapannya.

Begini lah, seperti yang kita ketahui, minyak petrol, minyak gasoline, dan yang seangkatan dengannya mempunyai bau yang kuat dan tajam bukan? Seperti gam kangaru yang mempunyai sifat yang sama, memberi kesan kepada penghidu gam dalam jangka masa panjang kerana mereka (baca:minyak gas/gam) mempunyai daya kesejatan yang tinggi. Perasan bukan mereka mudah tersejat jika dibiarkan seketika berbanding air? Sama juga analoginya dengan minyak pewangi di mana ia juga mudah tersejat di mana ia memberi kesan (yang berbeza mengikut jenis kandungannya).

Untuk kes minyak petrol, gasoline, benzene dan yang seangkatan dengannya, walau hanya sekadar mencium baunya untuk seketika, bagi yang kurang daya ketahanan diri (baca: lemah), hidung dan tekaknya akan lebih mudah terasa gatal, pening lalat, mabuk, terasa nak muntah, dan gangguan pernafasan. Bagi yang biasa-biasa, tidak ada kesan sangat lah dan tidak perlu dirisaukan. Akan tetapi jika didedahkan dengan mereka dalam jangka masa panjang, tanpa perlindungan sepatutnya, dengan kadar pendedahan yang lebih pekat, sememangnya mereka membawa kesan yang buruk pada tubuh kita di mana ia boleh menyebabkan koma/kematian. 

Memang terdapat kes di mana mereka yang terdedah dengan minyak dalam jangka masa panjang (biasanya pekerja industri minyak gas) menderita kehilangan memori, melemahkan imun tubuh serta daya kekuatan otot yang berkurangan (macam nyanyuk dan lemah tubuh badan). Jika terdedah dalam dos yang tinggi, seperti gasolin dan benzene misalnya, boleh menyebabkan kanser. Dalam perihal benzene, ia menyebabkan kanser darah. Pada pekerja perempuan pula, 'menstrual period' anda akan terganggu dan mengecutkan ovari. Terkejut?

Pendek kata, jika kalian bekerja berterusan dalam jangka masa panjang dalam industri yang melibatkan bahan kimia di mana baunya sememangnya kuat dan tajam, pakailah penutup mulut/hidung sekurang-kurangnya. Mungkin bagi sesetengah orang baunya enak dihidu (seperti saya yang suka menghidu), kesan jangka panjangnya hanya lah menumpulkan kesihatan kita. Tidak lah lengkap jawapan saya ini kerana jenis minyak yang tidak spesifik, secara amnya sahaja saya terangkan, penerangan lebih padat boleh dibaca di link di bawah.



Share |

3 komen:

Missnote said...

Petrol bau sedap.Huhu.

sam saraa said...

sy xtahu samada sy ble dikategorikan sbgi penagih or x. but since age 19 sy mmng suke sgt cium bau petrol. xkiralah petrol merah or kuning. satu hal yg sy perasan.. petrol jika terdedah terlalu lama ia akan btukar warna & bau pun xsekuat sblmnya. klw tempuh pjlnan jauh, asal ada bau petrol kpla xpening dah. rsa mabuk jln trus hilang. hurm...

Shazwan Shinichi said...

huhu...ia brgantung pda individu dan ada stgh individu alah pda bau petrol dan ad juga yg suka akan bau petrol tp wlau bagaimana pun..petrol tetap bhya pda ksihatan kita wlaupun kesan nya tidak ketara namun kesannya akan muncul dlm jngka msa yg pnjang jadi elak kan diri dripada bau bahan api (petrol) kalau sekali sekala tak ap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...