28 March 2012

Mazda Rotary Combustion Engine


Satu percubaan berani oleh Mazda dengan memperkenalkan jenis enjin yang berbeza daripada pengeluar lain. Pengeluar kereta lain memilih untuk menggunakan enjin jenis piston untuk kereta keluaran mereka. Ramai yang tahu, Mazda menggunakan sistem enjin lain daripada pengeluar kereta yang lain tetapi tidak tahu apa sebenarnya konsep enjin yang diguna pakai oleh mereka.

Okay, kita mula dari sejarah Rotary Engine ini sendiri. Abang Felix Wankel seorang jurutera Jerman memperkenalkan teknologi enjin yang diberi nama 'The Mazda Wankel Engine' pada tahun 1960s lalu teknologi ini berkembang dengan beberapa peningkatan dari semua sudut untuk menghasilkan sebuah enjin yang berkuasa dan paling penting cekap dari sudut penggunaan bahan bakar.

Yang menjadi punca ramai pengeluar kereta tidak menggunakan enjin jenis ialah kecekapan penggunaan api enjin jenis ini sangat lemah. *poor fuel efficiency. Enjin berkapasiti kecil tapi dia punya minyak nak bakar punyalah banyak. Contoh mudah untuk menggambarkan situasi enjin jenis ini.

Mazda pula bertungkus lumus mengkaji dan membuat ujikaji seterusnya mengeluarkan prototaip mereka yang petama yang  diberi nama 40A. Dari tahun ke tahun, prototaip yang lebih canggih dikeluarkan oleh Mazda dengan pelbagai penambahbaikan untuk hasil yang lebih berkuasa dan jimat minyak.

Akhirnya Mazda muncul dengan enjin generasi baru yang dipanggil 'RENESIS' yang lebih berkuasa dan bersifat lebih mesra alam. Enjin inilah yang diguna pakai pada kereta Mazda RX-8 kegilaan remaja-remaja sekarang. Malah RX-8 banyak digunakan dalam siri-siri perlumbaan kereta membuktikan enjin ini mempunyai kuasa yang jitu.

Ayuh kembali kepada bagaimana cara enjin ini berfungsi. Enjin ini dan enjin piston biasa sangatlah berbeza dari segi cara ia berfungsi. Enjin piston 4 lejang biasa mempunyai turutan yang dikenali sebagai Otto Cycle atau Four Stroke Cycle. Empat kitaran ini ialah intake, compression, power dan exhaust. Setiap kitaran itu bermaksud satu lejang penuh piston bergerak merentasi silinder. satu kitaran penuh yang lengkap memerlukan dua revolusi/pusingan crankshaft. Crankshaft pula berfungsi menukarkan pergerakan piston dari atas ke bawah menjadi gerakan pusingan. Nampak di mana letaknya crankshaft itu pada piston? Ini adalah asas bagaimana cara enjin piston biasa berfungsi. Nak terangkan lebih lanjut tak kena pulak dengan tajuk yang bekisarkan mengenai Rotary Engine.

Untuk Rotary Engine, rotor segi tiga yang berada di tengah-tengah enjin itulah yang memainkan peranan besar dengan bergerak dengan kitaran di dalam Oblong Chamber itu dan menghantar pergerakan putaran terus kepada crankshaft. Seperti juga enjin piston biasa, enjin ini juga mempunya kitarannya sendiri iaitu intake, compression, power dan juga exhaust.

Intake
Campuran bahan api dan udara masuk kedalam silinder dan memaksa rotor segi tiga itu bergerak ke fasa yang berikutnya.

Compression
Di mana campuran tadi dimampatkan.

 

Power
Apabila campuran itu betul-betul mampat, palam pencucuh akan mengeluarkan percikan api yang akan menyalakan campuran bahan api dan udara tadi. Dan rotor akan mula bergerak apabila mendapat kuasa.

Exhaust
Gas yang terbakar tadi dikeluarkan disini.


Untuk pemahamann yang lebih jitu sila tonton link dibawah:

Gerakan putaran ini dipindahkan kepada drive shaft oleh eccentric wheel (gambarajah berwarna biru). Tidak seperti Four Strokes Cycle, drive shaft hanya berputar sekali sahaja. Sebenarnya Rotary Engine mengeluarkan output kuasa yang lebih besar dengan gerakan yang minum dibandingkan dengan enjin piston biasa. 

Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, enjin jenis ni menggunakan bahan api yang lebih besar walaupun mempunyai kapasiti enjin yang kecil. Ini adalah disebabkan kecekapan termodinamik berkurang kerana combustion chamber yang lebih panjang dan nisbah mampatan yang rendah. Kos pembuatan juga tinggi kerana bilangan enjin jenis ini jauh lebih sedikit dikeluarkan berbanding enjin piston biasa. 

Mungkin, suatu hari nanti. Jika minyak bukan lagi menjadi bahan bakar utama untuk enjin atau sumber bahan api yang lebih murah ditemui. Enjin jenis ini akan memonopoli kereta-kereta zaman akan datang.

References:
http://en.wikipedia.org/wiki/Rotary_engine
http://en.wikipedia.org/wiki/Wankel_engine
http://visual.merriam-webster.com/transport-machinery/road-transport/types-engines/rotary-engine-cycle.php


Share |

4 komen:

BadekGonzalez said...

thanks 4 d info. a lil bit sad y not many uses this tech.

firdaus.9898 said...

cun.

compression ratio dia rendah.

so rpm laju tapi power kurang.

kete sport buleh. kete yang ringan tapi nak pegi laju.

keter family "sukar"

Prince of Noob said...

ooo baru ku fahaam... sbb tu kereta maza rx7 tu cc dia 1.3 je tapi dah kira high performance car...

noob

Anonymous said...

yang aku tahu, kalau cc 1300 enjin rotary, output dia lebih kurang macam cc 3900 enjin biasa. 3x ganda juga la.

ayat dalam artikel ini macam ada contradict sikitlah, aku tak faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...