30 July 2012

Craniopagus parasiticus

Rebeca Martinez



 Pasqual Pinon






   Edward Modrake


Manar Maged


Budak Lelaki Berkepala Dua dari Bengal



Craniopagus parasiticus merupakan suatu keadaan di mana pasangan kembar yang tak memiliki tubuh badan yang sempurna atau tak ada badan langsung, melekat di bahagian kepala pasangan kembar yang mempunyai tubuh badan yang berkembang secara normal.

Setakat ni rekod yang didokumentasikan dalam sejarah perubatan moden ada tiga kes, iaitu kes Manar Maged daripada Mesir, Rebeca Martinez daripada Republik Dominican dan kes "Budak Lelaki Berkepala Dua dari Bengal" yang lahir pada 1783. Manar Maged dan Rebeca Martinez meninggal dunia semasa pembedahan yang dilakukan sebagai percubaan untuk memisahkan kepala kembar parasit mereka, manakala budak lelaki daripada Bengal meninggal dunia kerana serangan ular tedung.

Satu lagi kes yang popular yang berlaku di England melibatkan seorang kerabat bangsawan iaitu Edward Modrake. Beliau memiliki sebuah lagi muka yang bercantum di bahagian belakang kepala beliau. Muka yang satu lagi tu tak boleh bercakap, tetapi boleh menangis dan ketawa. Edward Modrake merayu kepada setiap doktor yang beliau jumpa supaya memisahkan muka kembar parasit beliau sebab beliau mendakwa muka kembar yang satu lagi tu selalu membisikkan ayat-ayat dan bahasa syaitan pada dia bila menjelang waktu malam. Tapi semua doktor yang mengendalikan kes beliau tak berani berbuat demikian sebab dorang tak berani nak ambil risiko, dan tiada kepakaran dalam mengendalikan kes semacam tu pada zaman tersebut. Akhirnya, Edward mengambil keputusan untuk membunuh diri pada umur 23 tahun.


p/s Mohon jangan ambil gambar kat atas kemudian post kat facebook sambil letak tag, "dajal sudah ada", "bukti freemason wujud" dan segala macam bullshit yang bertujuan menipu orang Melayu. Masalah kesihatan semua individu dalam gambar tu ada penjelasan dari sudut perubatan. Tq.



Share |

5 komen:

Avid Reader. said...

Kahkahkah, terbaik Karl.

Anonymous said...

Yg last tu xleh blah. ukk.. dasar melayu mmg gitu..
Is it parasite? Agak scary.

Nice post! :D

syuhadaa said...

Seriyes scary!

Memang tak boleh buang ke? Kalau tengok yang tengkorak tu memang cam impossible nak pisahkan sebab tengkorak diorang bercantum.

Oke nak pegi google.

firdaus.9898 said...

datuk karl,

tanya sikit.

banyak kes kembar siam bercantum di kepala, any reason for that?

SaddLone said...

ohh nilah dia craniopagus parasiticus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...