17 July 2012

Pink bukan sejenis warna

Roomate aku tiba-tiba tanya aku.
"Engko tahu tak pink tu bukan sejenis warna?"
Dalam mengantuk aku jawab.
"Habis tu, apa? Nasi Lemak?"

Keesokan harinya aku cuba lar cari source-source dan artikel untuk menjawab persoalan roomate aku tu. Ya betol kata roomate aku. Pink bukan sejenis warna. Habis tu ape? Kalau kita lihat struktur asal dari mana datangya warna-warna ini ialah dari sebenarnya dari cahaya putih yang apabila terbias membentuk 7 warna pelangi yang umumya kita ketahui sejak sekolah rendah lagi.




7 asas warna pelangi yang semua sedia maklum dari kecil lagi. But where the heck is Pink? Tiada dalam 7 warna pelangi. Maksudnya warna pink ini ialah bukan termasuk dalam warna spektrum cahaya. Persoalannya, bagaimana otak kita boleh mentafsir warna pink itu wujud dalam dunia kita.

Satu cara untuk membuktikan pink ialah bukan sejenis warna adalah dengan melihat objek dibawah secara terus lebih kurang 30 saat dan selepas lihat backgroud putih blog ini. Apa yang dapat dilihat? Warna apa yang dilihat?













Kalau seorang manusia yang normal yang mempunyai daya penglihatan yang sempurna. Kita akan dapat melihat satu objek bulat yang berwarna hijau. Ya tidak? Warna yang terhasil iaitu hijau yang kita nampak tadi sebenarnya ialah warna yang dipanggil warna pelengkap kepada asal yang kita tengok. Warna pelengkap ialah warna yang ditafsir terbalik oleh mata. Merah dan warna pelengkapnya ialah biru muda, oren kepada biru dan kuning kepada violet.

Semua warna yang disebut diatas, warna pelengkapnya ada dalam spektrum warna kecuali hijau. Sebenarnya spektrum warna mempunyai range wavelengths masing-masing. Merah wavelength paling panjang, violet paling pendek dan lain-lain warna adalah di antara merah dan violet. Jadi, macam mana mata membezakan warna-warna kat atas dunia ni?

Bila mata melihat sesuatu objek yang berwarna. Ya, semua objek berwarna. Retina sebenarnya melihat dan membezakan panjang wavelength sesuatu objek itu. Senang cerita, warna dibezakan oleh panjang wavelength dan otak mentafsir wavelength yang kita nampak itu sebagai experience dan tersimpan kemas dalam memori otak. Contohnya, sebenarnya dari kecik lagi kita diajar wavelength panjang ini, warna ini. Tapi masih tak menjawab persoalan pink bukan sejenis warna.

Hurmm. Bagaimana pula bila mata melihat dua wavelength yang berlainan pada satu masa? Contoh violet dan merah dilihat pada satu masa. Ada dua pilihan yang diintepret oleh otak apabila berlaku situasi ini.

1. Otak akan mengambil jalan mudah dengan mengambil warna yang berada di tengah-tengan antara merah dan violet iaitu hijau (bukan hasil campuran dua warna itu)
2. Atau mencipta warna baru pertengahan antara merah dan violet.

Pink adalah bukti otak melakukan pilihan yang ke-2. Warna pink telah dicipta oleh otak untuk merapatkan hubungan antara merah dan violet kerana warna itu tidak wujud dalam spektrum cahaya. Pink tidak mempunyai wavelength yang boleh dikaitkan dengannya tidak seperti warna-warna spektrum lain. Spektrum cahaya mempuyai warna yang hilang kerana otak kita sendiri sudah boleh mentafsir warna yang hilang itu.



Lihat pusingan titik objek di atas. Apa yang ditafsir oleh otak. Warna pelengkap kepada pink iaitu warna hijau. 

Tetapi bila saintis superimposed the red end of the spectrum to the blue end, warna pink terhasil. maksudnya cahaya putih melalu satu prisma laluh menghasilkan 7 warna dan sekali lagi warna merah dan biru melalui prisma lalu menghasilkan warna pink. Pink ialah satu-satunya warna yang tidak mempunya wavelength sebagai satu single wavelength kepada cahaya. Ramai pula bertanya bagaimana dengan warna coklat? Warna coklat mepunyai wavelengthnya sendiri kerana warna coklat sebenarnya terletak antara warna merah dan kuning dalam spektrum cahaya. Dalam erti kata lain coklat ialah warna merah yang mempunyai intesiti yang rendah. 

Kesimpulannya, pink ialah bukan sejenis cahaya disebabka pink tidak mempunya wavelengthnya sendiri dan otak lah yang mencipta warna pink dan disimpan sebagai satu memori.


*credit to my roomate for this idea.




Share |

10 komen:

Anonymous said...

Mantap!

Aku pun terjatuh rahang baca pasal warna pink.

BadekGonzalez said...

demm!gua terasa tertipu dengan pemahaman gua yang lepas. kahkah...good job!keep it coming!!!

Yayayong said...

info yang sangat menarik!

cik violet said...

terbaik ar!

fikrahuddin said...

dis bes broo!

cik aletheea: said...

owh...
good info nie...

AzmanV2 said...

i learn something new today. thanks

NurHanaFathia said...

nice entry..i like this blog,keep it up! :)
jom sggah blog sy jgk msih bru lg ni.hehe
thanks yer!!
^_^

biskut said...

berdasarkan titik objek pink tuh, adakah ianya normal kalau pink tuh ada bayang warna hijau? kadang2 antara dua pink tuh, ada satu hijau ditengah2nya....


my brain...

plain83 said...

lol biskut, otak aku pulak bagitau yg itu adalah pic .gif sebuah ufo dari pandangan bawah, yg mana ada lampu hijau tengah buat satu putaran tanpa henti bertukar-tukar dengan pink...

oh my brain also...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...