31 August 2012

cap jari..hilang?

Pernah tengok scene filem ni?

Kat dalam gambar atas tu merupakan Kevin Spacey. Dia berlakon sebagai John Doe dalam filem Se7en, sorang pembunuh bersiri psychopath yang membunuh mangsa-mangsa dia berdasarkan sifat peribadi dorang yang sama dengan seven deadly sins (err, ada siapa-siapa yang pernah baca Divine Comedy karya Dante Alieghieri..?). Seven deadly sins ataupun Cardinal Sins merupakan salah satu konsep dalam ajaran Kristian pada berkenaan dosa-dosa yang cenderung dilakukan oleh manusia. Tujuh dosa tersebut ialah sifat pemarah, tamak, pemalas, bangga diri, nafsu seks, dengki dan pelahap. John Doe membunuh mangsa-mangsa dia yang berperangai macam dalam senarai seven deadly sins tu.

Cap jari John Doe tak dapat nak dikesan oleh Brad Pitt & Morgan Freeman yang berlakon sebagai detektif dalam filem tu, sebab John Doe ni kerap menghiris kulit jari dia untuk hilangkan lapisan cap jari dia. Agak extreme gak la cara dia, kan? Lebih extreme dari mana-mana watak dalam Kontrol Histeria, haha.

Sebenarnya masa time frame John Doe ni wujud, ada sejenis ubat anti kanser yang baru dipatenkan - capecitabine. 



Ubat ni bila diambil dalam jangka masa yang panjang, boleh menyebabkan satu kesan sampingan iaitu...boleh menghilangkan cap jari. Senior Konsultan Onkologi kat Pusat Kanser Kebangsaan Singapura, Dr Eng Huat Tan pernah menulis dalam Annals of Oncology, beberapa pesakit kanser yang menerima rawatan menggunakan ubat capecitabine ni menghadapi masalah imigresen bila nak masuk ke US sebab cap jari dorang hilang. So sebagai penyelesaian, beliau menyarankan pesakit yang menerima rawatan dengan menggunakan ubat tu membawa bersama surat pengesahan pakar perubatan yang merawat dorang yang menjelaskan kesan ubat tu.

So, ada siapa-siapa yang nak cari pasal, nak hilangkan cap jari dengan makan ubat ni? Walaubagaimanapun penggunaan ubat anti kanser memerlukan pengawasan pakar perubatan, dan capecitabine ni merupakan sejenis ubat sitotoksik. Kalau orang sihat makan atau terdedah kepada ubat sitotoksik ni, orang tu berkemungkinan boleh mendapat masalah secondary neoplasm, iaitu kanser yang terbentuk akibat kesan ubat tu. Memang ubat tu untuk bunuh kanser, tapi bila korang suka-suka makan ubat tu, ubat tu boleh merangsang pembentukan kanser dalam badan korang, faham?

Jadi, ada sesiapa?




Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...