09 September 2012

Marijuana


Sila right-click kat gambar kalau tak nampak jelas.

Zaman internet sekarang ni, senang je nak cari bahan bantu mengajar. Kadang-kadang subscribe kat facebook pun, macam-macam poster cam kat atas tu.

Rasa cam malas dah nak menulis tapi takpe la, aku tambah sikit lagi info (kalau tak nanti orang cop aku ni tukang bagi ubat je, lol). THC tu bermaksud tetrahydrocannabinol, atau pun nama lainnya dronabinol. THC ni merupakan bahan kimia organik yang utama dalam daun ganja, dan di dalam daun ganja THC bersekali dengan bahan kimia kelas cannabinoid yang lain macam cannabidiol, cannabinol dan tetrahydrocannabivarin

Pihak Drug Enforcement Authority (DEA) di Amerika berasa agak pening kepala bila mendapati THC ni ada medical values, jadi bagi mengelakkan pertikaian undang-undang bila melibatkan masalah penjualan dan pengedaran ganja, dalam satu petisyen bertarikh 28 Jun 1999, DEA menegaskan sekiranya THC diformulasi untuk tujuan perubatan, bahan tersebut 

(a) mestilah bukan dalam bentuk pure dan mesti dicampur dengan bahan farmaseutikal lain seperti minyak bijan

(b) dimasukkan di dalam kapsul gelatin

(c) dirujuk dengan nama Dronabinol.

(d) dihasilkan secara sintetik (bukannya dalam bentuk daun ganja kering)

Bila sesuatu bahan diklasifikasikan sebagai psychoactive compounds (bahan psikoaktif - bahan kimia yang boleh mempengaruhi fungsi otak secara langsung), selalunya bahan kimia tu akan diklasifikasikan sebagai

Stimulants - bahan yang merangsang seseorang menjadi gembira, menyebabkan hilang rasa mengantuk tetapi tidak mengubah deria pemikiran (perception) seseorang. E.g. kopi, amphetamine, ephedrine, tembakau.

Depressant - bahan yang menyebabkan seseorang berasa tenang, hilang rasa sakit, mengantuk dan boleh mengubah deria pemikiran seseorang. E.g. barbiturates, benzodiazepine, alkohol

Hallucinogen - bahan yang mempengaruhi deria pemikiran seseorang secara langsung. E.g LSD

Untuk kes marijuana/ganja pulak, marijuana mempunyai kesemua ciri-ciri ketiga-tiga kelas psychoactive compunds cam kat atas.

Dronabinol digunakan bagi tujuan perubatan bagi merawat loya dan muntah akibat rawatan kemoterapi kanser, dan jugak untuk merawat masalah kurang selera makan bagi pesakit yang mempunyai HIV.







Share |

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...