04 September 2012

Tahun cahaya



Kelajuan cahaya = 299,792,458  m s-1

Cahaya daripada Matahari mengambil masa lebih kurang 8 minit sebelum sampai ke Bumi. Sebabnya, jarak antara Matahari dan Bumi ialah sejauh 149 597 870.7 km.

Tapi bayangkan kalau sebuah tempat atau planet tu berjarak sejauh 6.43 x 1023  km daripada Bumi. Maka cahaya yang dipantulkan daripada Bumi akan mengambil masa selama 68 juta tahun untuk sampai ke planet tersebut.

Begitu jugak dengan bintang-bintang di langit. Kebanyakan bintang yang berkelipan di langit berjarak puluhan atau ribuan tahun cahaya, jadi cahaya yang kita nampak daripada bintang yang bekerlipan tu merupakan cahaya yang dipancarkan pada puluhan atau ribuan tahun yang sudah.

Dalam erti kata lain, bila kita melihat bintang di langit, kita melihat cahaya yang datang daripada masa silam.

Stephen Hawking pernah menyuarakan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya pertembungan antara makhluk asing yang lebih pintar dengan manusia di bumi. Beliau mengatakan sejarah pertembungan sesama manusia yang berlainan tahap ketamadunan kat bumi ni sendiri sering berakhir dengan konflik dan pertempuran berdarah.

Rasanya kita tak perlu risau sangat kot. Macam dalam kartun kat atas, kalau ada makhluk asing yang meneropong ke bumi dan kalau jarak antara bumi dan planet dorang sejauh 68 juta tahun cahaya, dorang cuma akan nampak dinosaur, iaitu masa silam bumi. So tak ada point la nak datang cari gaduh pun, betul tak? :D



Share |

6 komen:

Anonymous said...

Terbaik dowh.

asip محمد said...

bahaha.. science joke..

BadekGonzalez said...

haha..best2. tapi, alang2, kalau writer(s) xkesah, gua nak request untuk korang memberikan fakta mengenai halangan untuk manusia bergerak seiring cahaya dan teleport. ye lah, tengok kat muvee, ada je cara senang nak pergi marikh bagai.

p.s: gua bukan budak sains. jadi, gua tak dapat lah nak memenuhi permintaan gua ni. hehehe...good job PseudiSains!!!

Jαnnαhツ said...

haha, daebak karl!

karl said...

korang semua suka lawak ye. bila aku tulis artikel sains yg serius xdak sapa pun amik pot :P

sebenarnya susah nak menulis topik yg sesuai dengan tajuk blog ni, sebab pseudosains ni bermaksud sains yang palsu - sesuatu yang dianggap saintifik tapi sebenarnya bukan la sains pun e.g testimoni orang yg kurus badan lepas makan produk macam2, feng shui, tilik nasib. tapi sebab aku dah setuju nak jadi penulis kat sini so aku go on je la.

tq semua sebab sudi membaca, sori la jarang sangat aku balas komen sebab aku saje je nak tulis artikel, pastu biarkan korang berdebat/discuss pasal artikel yg aku tulis, keh2

BadekGonzalez said...

hah...feng shui pon chaya gak. ade ke entri tu? btw, aku dengar2 dulu, mcm ade 'feng shui ala islam', ye ke?

aku entri semua aku baca. cuma kadang2 tak sempat nak respon sebab baca guna phone. phone murah, interface sampah, paham2 je lah. heeee

p.s: gua macam tak percaya yang gua sanggup bukak smula komen sini.demm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...