20 September 2012

Verizon oh Verizon


Verizon Communications ni merupakan syarikat komunikasi di US, ala lebih kurang macam Maxis, Celcom, TM jugak la. Pernah sekali dorang buat promosi servis dorang, bagitau yang dorang cuma charge 0.002 sen = US$ 0.00002. Tapi dalam sistem bil dorang, dorang letak servis charge dorang US$ 0.002. Jadi, dalam promosi cakap lain, tapi charge harga lain. Ini menyebabkan rage di kalangan pengguna. Bila ada pengguna call Verizon tanya pasal kenapa harga lain, boleh pulak ade customer service yang defend dengan bertanya balik kepada pelanggan, ade beza ke US$ 0.002 dengan 0.002 sen? lol

Nak dijadikan cerita, ada orang yang upload cek bank macam kat atas ni kat internet, sebab nak menganjing Verizon yang tak tau nak bezakan nilai duit.

Nota: Randall Munroe, programmer dan bekas roboticist di NASA. Randall juga merupakan pengasas website xkcd. Tapi aku tak tau la sama ada cek bank ni betul-betul dihantar ke Verizon ke tak, atau pun betul ke Randall yang keluarkan cek ni.



Share |

1 komen:

firdaus.9898 said...

0.02 + (-1) + (1) = 0.02

hahaha e ni nombor kesukaan peminjam duit pasal dia limit utk compound interest..(baca wiki, honestly gua x ingat da subject calculus ni)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...