Kat twitter masa entri ni ditulis, tengah trending pasal Diana Danielle dapat positive result untuk pregnancy test. So aku ucapkan tahniah kat dorang, walaupun dorang confirm tak baca pun blog ni.
Tapi disebabkan ade yang sinikal dan macam menganjing pasal betapa cepatnya Diana mengandung, aku rasa sebagai ahlul sains yang ade sedikit sebanyak pengetahuan terpaksa la aku tulis entri ni for the sake of enlightenment puak-puak yang suka menganjing tak tentu pasal ni.
Ujian kehamilan boleh dilakukan dengan beberapa cara. 1st, kita boleh buat rosette inhibition assay untuk sejenis protein yang dinamakan early pregnancy factor. Early pregnancy factor ni merupakan sejenis protein yang akan dikeluarkan oleh embrio. Embrio ni dalam bahasa Melayunya aku tak jumpa, senang cerita bentuk badan sesuatu makhluk sebelum berkembang menjadi janin. Hah kalau janin pun korang tak faham takyah baca la entri ni, senang cerita. Protein ni akan boleh dikesan seawal 48 jam selepas proses pensenyawaan.
Tapi rosette assay ni mahal nak mampuih. Jadi untuk kegunaan orang ramai dan rakyat marhaen, saintis dah berjaya mencipta kit ujian kehamilan.
Bila perempuan mengandung,akan terjadi pembentukan uri,atau placenta, kan? Uri ni akan menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil human chorionic gonadotrophin (hCG). hCG ni larut dalam air,so dia larut dalam darah. Bila larut dalam darah dan benda ni pulak hormon yang saiz dia kecik, maka hCG ni akan keluar bersama air kencing sebab air kencing tu merupakan air yang ditapis kat glomerulus dalam buah pinggang. Sebab tu untuk test pregnancy orang pakai air kencing. Faham?
Pada kit ujian kehamilan tu ada la diletak antibodi yang akan bertindakbalas dengan hCG yang akan keluar melalui air kencing perempuan mengandung tu. Bila ade tindak balas, maka bahan hasil tindak balas yang mempunyai warna akan terhasil, sebab tu strip kat pregnancy test kit tu bertukar warna.
Semasa awal proses kehamilan, paras hCG yang dihasilkan akan turun naik dan tak berapa stable dalam tempoh 4 minggu pertama kehamilan, tapi lepas 4 minggu penghasilan hCG akan semakin bertambah dan bertambah. Jadi katakan seseorang tu hamil tapi buat guna pregnancy test kit ni pada awal kehamilan,katakan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lepas dia mengandung or melekat, mungkin dapat result negatif sedangkan dia mengandung. Sebab, hCG level tu tak menentu, kena time dia test tu hCG level rendah, kepekatan hCG dalam urine tu tak cukup untuk bertindakbalas dengan antibodi yang ade kat pregnancy test kit tu. Tapi mungkin jugak kalau kena time hCG tu keluar banyak, dapat la test positif. Ujian kehamilan menggunakan kit ujian ni pakai konsep antibodi ni boleh dilakukan seawal 6-12 hari selepas pensenyawaan, sebab dalam tempoh tu implantation dah berlaku. Implantation ni yang orang Melayu dok cakap melekat-melekat tu, ha tu la dia prosesnya.
Jadi, boleh tak dapat positif result even baru sangat mengandung? Jawapannya memang boleh la. Tak semestinya dah sebulan mengandung baru boleh dapat result positif.
Tapi ade benda yang tak best sikit la. Kalau test hCG ni result dia positif, tapi bila check ultrasound xde baby dalam perut. Itu petanda kemungkinan besar orang tu kena kanser.
Kalau sesiapa berminat nak tau lebih lanjut pasal camne pregnancy test kit ni berfungsi, sila klik kat sini. Aku malas tulis panjang-panjang, not worth, tak ramai baca pun blog ni. Kbye.
13 komen:
kau punya enlightenment ni sgt 'enlighthening'! hahaha.
wlopon aku tak tergolong dlm kaum2 yg menghanjeng tu, tapi aku ucap thanks jgk beb! sgt informatif.
keep it up!! Save Gaza!!!
i dont follow dis blog 4 nothing.
aku baca. :)
yer aku pun bc jgk. cuma malas nk komen sgt. ok. rajin2 tulis ye.
<3
Sye pn jnis x mnhanjeng..tp jelez giler sbb vpt da tau positip..sye ni da 2 bln x period...tp rsult still negative..plss help me..waaaa
Agak membantu untuk exam Bio next week. I hate this chapter seriously.
Sy plak dh due mensus till today. Upt pulak asyik -ve je. My LMP was on 19/2/13. 1 of the symptoms is cramp at my lower abdomen. Apa masalah nye ni.. Help me plz!!
die xpenah tunjuk perut die since then... twit pon muke je...
I read this blog okay. :) Thumbs up for those yg still minat science n bidang2 yg berkaitan dgn science. Science is a beauty. :D
owh ye.i did learnt how pregnancy test works. nice job on explaining. :D kalau sy sndiri nak explain mesti huru hara je.
Best!!serious best...
Thanks for the info. Sangat2 membantu!
Kadang2 xberapa faham jgk dgn mindset masyarakat skrg, terlalu judgmental sdgkan banyak ilmu yg tak didalami lg.
best facts and penerangan...
Post a Comment