27 January 2012

Bumi Adalah Kapasitor?

Kapasitor atau pemuat atau dalam bahasa Inggeris-nya Capacitor adalah komponen elektronik bersifat pasif dan mempunyai dua terminal yang berfungsi menyimpan tenaga di medan elektrik antara sepasang plat (konduktor). 

Konduktor bukannya konduktor bas ye adik-adik. Konduktor yang dimaksudkan ialah 'pengalir cas, pengalir elektrik'.

Bumi pula adalah sebuah planet yang didiami makhluk berwajah hodoh iaitu manusia. Oh maaf. Bumi adalah sebuah planet yang mempunyai dua paksi, berputar mengikut orbit, mempunyai tarikan graviti kerana ada medan magnetik. Adakah bumi ialah konduktor? Mungkin juga bumi juga sebuah konduktor. Namun tidak sebaik wayar elektrik kerana ia bergantung kepada permukaan bumi. Lagipun bumi mempunyai sifar tenaga potensi elektrik, sebab itu kita ada pendawaian bumi di mana aliran lebihan cas pada alat elektrik kita akan di halakan ke bumi. 

Namun kalau kamu tanya aku. Aku yakin bahawa bumi adalah sebuah konduktor. Sebab kalau jumlah cas pada pendawaian bumi adalah sifar. Entah mana datangnya medan magnetik bumi? Lalu ini juga aku menteorikan bahawa bumi juga boleh bertindak seakan sebuah kapasitor. Ya, bumi menyimpan cas. Bumi menyimpan tenaga elektrik.

Sekarang, aku ingin persoalkan satu perkara memandangkan kita semua telah dikhabarkan mengenai ribut geomagnetik di mana ia boleh menganggu medan magnetik bumi. Jika bumi adalah penyimpan cas, kalau kapasitor pun boleh breakdown kerana overlimit menyimpan tenaga elektrik sampai meletup/terbakar, apakah bumi juga boleh menerima kesan yang sama?

Apabila diberi tiga kata kunci bumi iaitu 'medan magnetik', 'kapasitor' dan 'graviti'. Seringkali dalam fikiran aku berteori bahawa ketiga-tiga ini seakan berkait antara satu sama lain dalam mengimbangi bumi berputar dan bereaksi secara normal seperti yang kita alami kini. Apa akan jadi jika salah satu ini diganggu? Seperti ribut geomagnetik misalnya. Ia menganggu medan magnetik bumi atau dalam bahasa tepat, bereaksi.

Fakta yang pernah berlaku ialah ;

Ribut geomagnetik yang sangat kuat seperti yang berlaku pada tahun 1989 telah menyebabkan arus aruhan yang menyebabkan kebakaran alat transformers di jaringan elektrik voltan tinggi di Wilayah Quebac, Kanada.

Maka, jika ribut geomagnetik ini terus berlaku. Apakah yang mungkin akan berlaku lagi?

Medan magnetik bumi yang terganggu akan menyebabkan bumi berputar lebih cepat? Paksi bumi akan lebih condong? Pergerakkan plat tektonik bumi akan bertambah aktif? Meninggikan cas yang disimpan dalam bumi sehingga bumi sudah tidak mampu menjadi sebuah kapasitor? Jika tiada lagi pendawaian ke bumi, ke manakah selepas ini tenaga elektrik hendak didawai-halakan? Graviti bumi akan lemah?

"Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja" - Najwa Latif. 



Share |

26 January 2012

Kesan Minyak Petrol

Lebih dua bulan mungkin, soalan pembaca yang tak terjawab mengenai kesan minyak petrol jika terdedah terlalu lama. 

Mohon maaf kerana sudah sekian lama baru saya balas jawapannya.

Begini lah, seperti yang kita ketahui, minyak petrol, minyak gasoline, dan yang seangkatan dengannya mempunyai bau yang kuat dan tajam bukan? Seperti gam kangaru yang mempunyai sifat yang sama, memberi kesan kepada penghidu gam dalam jangka masa panjang kerana mereka (baca:minyak gas/gam) mempunyai daya kesejatan yang tinggi. Perasan bukan mereka mudah tersejat jika dibiarkan seketika berbanding air? Sama juga analoginya dengan minyak pewangi di mana ia juga mudah tersejat di mana ia memberi kesan (yang berbeza mengikut jenis kandungannya).

Untuk kes minyak petrol, gasoline, benzene dan yang seangkatan dengannya, walau hanya sekadar mencium baunya untuk seketika, bagi yang kurang daya ketahanan diri (baca: lemah), hidung dan tekaknya akan lebih mudah terasa gatal, pening lalat, mabuk, terasa nak muntah, dan gangguan pernafasan. Bagi yang biasa-biasa, tidak ada kesan sangat lah dan tidak perlu dirisaukan. Akan tetapi jika didedahkan dengan mereka dalam jangka masa panjang, tanpa perlindungan sepatutnya, dengan kadar pendedahan yang lebih pekat, sememangnya mereka membawa kesan yang buruk pada tubuh kita di mana ia boleh menyebabkan koma/kematian. 

Memang terdapat kes di mana mereka yang terdedah dengan minyak dalam jangka masa panjang (biasanya pekerja industri minyak gas) menderita kehilangan memori, melemahkan imun tubuh serta daya kekuatan otot yang berkurangan (macam nyanyuk dan lemah tubuh badan). Jika terdedah dalam dos yang tinggi, seperti gasolin dan benzene misalnya, boleh menyebabkan kanser. Dalam perihal benzene, ia menyebabkan kanser darah. Pada pekerja perempuan pula, 'menstrual period' anda akan terganggu dan mengecutkan ovari. Terkejut?

Pendek kata, jika kalian bekerja berterusan dalam jangka masa panjang dalam industri yang melibatkan bahan kimia di mana baunya sememangnya kuat dan tajam, pakailah penutup mulut/hidung sekurang-kurangnya. Mungkin bagi sesetengah orang baunya enak dihidu (seperti saya yang suka menghidu), kesan jangka panjangnya hanya lah menumpulkan kesihatan kita. Tidak lah lengkap jawapan saya ini kerana jenis minyak yang tidak spesifik, secara amnya sahaja saya terangkan, penerangan lebih padat boleh dibaca di link di bawah.



Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...