23 November 2012

Teka nama natang #1

Bosan ah kalau asyik cerita pasal benda serius je. Balik-balik pasal hormon, pasal upregulation downregulation receptor, pasal targeted drug delivery, pasal hadron collider, Schrodinger cat..Even hari tu cerita pasal Xeno's paradoxes yang pakai kartun abam jerung pun macam bosan. Aku ingat aku nak buat entri bersiri pasal teka nama binatang la pulak.

Kalau jawab betul takde hadiah pun. Cuma tambah knowledge jela. Hari ni kita mula dengan gambar binatang  yang senang dulu...







Share |

Awan makro

Pakar meteorologi Britain sekarang tengah berkempen untuk mencadangkan nama untuk fenomena awan dalam gambar-gambar kat bawah ni. Last time aku belajar nama-nama awan masa sekolah rendah - awan komulonimbus, awan sirus. Awan nano takde pulak setakat yang aku ingat. Untuk fenomena unik kat dalam gambar bawah ni, pakar meteorologi mencadangkan nama Asperatus.

Sumber: Daily Mail UK








Share |

22 November 2012

Parasit zombi




Sumber: The Scientist


Share |

20 November 2012

Ilusi optik

Ade berapa ekor kuda dalam gambar kat bawah ni?





Share |

19 November 2012

Ujian kehamilan

Kat twitter masa entri ni ditulis, tengah trending pasal Diana Danielle dapat positive result untuk pregnancy test. So aku ucapkan tahniah kat dorang, walaupun dorang confirm tak baca pun blog ni.

Tapi disebabkan ade yang sinikal dan macam menganjing pasal betapa cepatnya Diana mengandung, aku rasa sebagai ahlul sains yang ade sedikit sebanyak pengetahuan terpaksa la aku tulis entri ni for the sake of enlightenment puak-puak yang suka menganjing tak tentu pasal ni.

Ujian kehamilan boleh dilakukan dengan beberapa cara. 1st, kita boleh buat rosette inhibition assay untuk sejenis protein yang dinamakan early pregnancy factor. Early pregnancy factor ni merupakan sejenis protein yang akan dikeluarkan oleh embrio. Embrio ni dalam bahasa Melayunya aku tak jumpa, senang cerita bentuk badan sesuatu makhluk sebelum berkembang menjadi janin. Hah kalau janin pun korang tak faham takyah baca la entri ni, senang cerita. Protein ni akan boleh dikesan seawal 48 jam selepas proses pensenyawaan. 

Tapi rosette assay ni mahal nak mampuih. Jadi untuk kegunaan orang ramai dan rakyat marhaen, saintis dah berjaya mencipta kit ujian kehamilan.

Bila perempuan mengandung,akan terjadi pembentukan uri,atau placenta, kan? Uri ni akan menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil human chorionic gonadotrophin (hCG). hCG ni larut dalam air,so dia larut dalam darah. Bila larut dalam darah dan benda ni pulak hormon yang saiz dia kecik, maka hCG ni akan keluar bersama air kencing sebab air kencing tu merupakan air yang ditapis kat glomerulus dalam buah pinggang. Sebab tu untuk test pregnancy orang pakai air kencing. Faham?

Pada kit ujian kehamilan tu ada la diletak antibodi yang akan bertindakbalas dengan hCG yang akan keluar melalui air kencing perempuan mengandung tu. Bila ade tindak balas, maka bahan hasil tindak balas yang mempunyai warna akan terhasil, sebab tu strip kat pregnancy test kit tu bertukar warna.

Semasa awal proses kehamilan, paras hCG yang dihasilkan akan turun naik dan tak berapa stable dalam tempoh 4 minggu pertama kehamilan, tapi lepas 4 minggu penghasilan hCG akan semakin bertambah dan bertambah. Jadi katakan seseorang tu hamil tapi buat guna pregnancy test kit ni pada awal kehamilan,katakan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lepas dia mengandung or melekat, mungkin dapat result negatif sedangkan dia mengandung. Sebab, hCG level tu tak menentu, kena time dia test tu hCG level rendah, kepekatan hCG dalam urine tu tak cukup untuk bertindakbalas dengan antibodi yang ade kat pregnancy test kit tu. Tapi mungkin jugak kalau kena time hCG tu keluar banyak, dapat la test positif. Ujian kehamilan menggunakan kit ujian ni pakai konsep antibodi ni boleh dilakukan seawal 6-12 hari selepas pensenyawaan, sebab dalam tempoh tu implantation dah berlaku. Implantation ni yang orang Melayu dok cakap melekat-melekat tu, ha tu la dia prosesnya.

Jadi, boleh tak dapat positif result even baru sangat mengandung? Jawapannya memang boleh la. Tak semestinya dah sebulan mengandung baru boleh dapat result positif.

Tapi ade benda yang tak best sikit la. Kalau test hCG ni result dia positif, tapi bila check ultrasound xde baby dalam perut. Itu petanda kemungkinan besar orang tu kena kanser.

Kalau sesiapa berminat nak tau lebih lanjut pasal camne pregnancy test kit ni berfungsi, sila klik kat sini. Aku malas tulis panjang-panjang, not worth, tak ramai baca pun blog ni. Kbye.







Share |

12 November 2012

Khidmat Masyarakat: #YOLO

Kalau pekerjaan korang memerlukan korang untuk pakai safety googles, ataupun korang tengah run experiment yang bahaya & korang kena pakai safety googles, maka pakai la safety googles.

Memang betul you only live once. Cuma kalau korang jadi buta disebabkan memperjuangkan YOLO macam Carol dalam gambar ni,rasanya takde sape yang teringin nak tolong korang dengan dermakan mata dorang kat korang.



Share |

08 November 2012

Tabligh





Share |

03 November 2012

Aplikasi fizik



Kalau tak silap aku masa form 4, untuk sukatan pelajaran fizik SPM ada belajar pasal sesaran, laju, halaju dan sebagainya. Topik yang sama diulang masa form 5 dalam subjek add math.

Kat atas tu salah satu aplikasi topik tu.


Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...