23 June 2013

Hajarul Aswad




Aku tak tau yang tulis status tu siapa. Memang fanpage Dr Muhaya tapi tah berapa ramai admin tak tau la aku.

Penyakit share status facebook ni sebenarnya hasil didikan wartawan hiburan kat Malaysia ni la. Apa-apa cerita main sebar dulu, biar orang bergosip pastu betul tak betul lain kira.

Okaylah, nak dijadikan cerita maka macam ni lah. Aku nak taip style Tun Mahathir.

1) Tawaf dan solat takkan mempengaruhi penghasilan gelombang magnet atau gelombang elektomagnet. 

2) Gelombang magnet & gelombang elektromagnet tu dua benda yang berbeza walaupun berkaitan. 

Gelombang magnet            - gelombang yang terhasil daripada bahan magnet kekal
Gelombang elektromagnet - gelombang yang terhasil daripada magnet buatan yang dihasilkan dengan memasukkan bahan konduktor ke dalam gegelung solenoid. Ceh, senang cerita magnet yang pakai elektrik la, kalau takde elektrik power dia hilang.

Berdasarkan penerangan kat atas, camne pulak Hajarul Aswad tu boleh hasilkan gelombang elektromagnet bila orang tawaf & solat?

3) Hajarul Aswad tu logam ke hape aku tak tau la. Tapi camne orang putih yang kafir dan tak boleh jejak masuk Masjidil Haram ni tau pulak batu tu logam? Siapa bagitau dorang? Bagi sini gambar dari angkasa yang boleh buktikan ayat astronaut nampak Hajarul Aswad tu bercahaya.

4) Hajarul Aswad tu superconductor yang bertindak sebagai microphone..haramjadah la aku tak faham ayat ni. Superconductor tu istilah untuk bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan tahap rintangan yang menghampiri sifar. Microphone pulak alat penukar gelombang bunyi kepada gelombang elektrik. Dah ape kaitannya? Ini main tulis je la ni.

Nak menunjukkan bukti kebesaran Allah banyak je kat atas muka bumi ni. Eg, Dalam badan manusia banyak karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulphur. Semua unsur ni boleh jumpa dalam tanah. Dalam Quran dah bagitau manusia ni diperbuat daripada tanah. Cerita la benda2 yang logik dan bersangkut-paut dengan apa yang dah diajar dalam agama. Tak perlu la buat cerita mengarut macam kat status facebook tu.



Share |

6 komen:

BadekGonzalez said...

haha. gua sokong apa yang lu ketengahkan. konon bicara sains, namun, logik nya keparit. takde fakta. nice one :)

catherine- said...

Ilmu Allah terlalu luas.

Seperti apa bezanya air biasa dengan air zam-zam. air biasa dengan air yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Semuanya punya bukti yang tiada yang mustahil bagi Dia.

Saya percaya ayat2 Al-Quran, Zikir dan sebagainya akan menghasilkan suatu gelombang yang tak tercapai dek akal macamana ia boleh berlaku. Zat yang tersembunyi didalamnya mempunyai kuasa yang mampu menghalau syaitan dan iblis. Tak mustahil ia mampu menghasilkan suatu gelombang yang lebih hebat dari yang kita jangkakan.

Orang2 yang bertawaf itu sudah pasti membaca doa dan berzikir bukan?

Maha Suci Allah.

karl said...

@badek

kalau ade bukti yg boleh support aku x hentam post fb tu

@catherine

banyak bukti yg tunjukkan apa yg dalam Al Quran tu betul. tapi yg post fb tu aku yakin confirm dibuat-buat. macam tu kan dah kira menipu. Islam tak ajar kita menipu macam tu

fikrahuddin said...

masalahnya kat sini, mungkinlah memang betul ada 'power' nya kaabah tu yang kita taktau. tapi yang pos kat fb ni, ayat dia suma jadah main reka je. elektromagnet la bagai.

bukan nak jadik liberal ke sekular ke, kitorang pecaya je Allah boleh buat apa saja. dan memang terbukti pun Allah tu maha berkuasa. tapi tak payahlah tipu macam ni. carik jela bukti kekuasaan Allah yang tak tipu. belambak.

plain83 said...

@fikrahuddin

exactly...

Anonymous said...

Cuba google for original source untuk berita ini.... google Prof Lawrenece E Yospeh... tak akan jumpa.

Hoax!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...